Wednesday, February 18, 2009

Bekas 'Boipren' Elizabeth menghilang!

Mana bekas "boipren"nya?


Nan Naga baru menerima info terkini mengenai isu Elizabeth Wong. Beberapa sumber dari rakan-rakan wartawan dan ahli politik telah panjangkan informasi menarik yang Nan Naga rasa ramai rakan-rakan blogger nak tahu.
Dari info pertama :
PKR Petaling Jaya Selatan, mengatakan beliau tidak tahu di mana pembantu khasnya yang dikatakan bekas "boipren" Elizabeth berada sekarang. Katanya pembantunya itu hanya sempat bertugas dengan beliau selama 9 bulan dan menghilangkan diri selepas isu gambar bogel tersebar - Sumber AGENDANEWS
Rakan dari suratkhabar cina mengatakan pemuda tersebut dipercayai telah melarikan diri ke Indonesia. Tidak dapat dipastikan motif sebenar dia, sama ada dia sebar atau jual gambar dan video tersebut.Video? dah ada video pulak. Tapi apa-apa pun perbuatan tersebut tetap menyalahi undang-undang sivil. Rasanya Syariah sekali.
Dari info kedua :
Sah Melayu- Pegawai di Pusat Khidmat MP PJ Selatan ketika dihubungi AgendaNews, mengesahkan bahawa pemuda yang dikaitkan dengan isu gambar bogel Eli tidak lagi bertugas di Pejabat tersebut sejak Januari. Nama pemuda tersebut ialah Helmi. Kini isunya adakah mereka bersekedudukan. - Sumber AGENDANEWS
Dari sumber lain, bekas 'boipren' Elizabeth ini mempunyai facebook. Beliau menggunakan nama 'Hilmi Malek'. Dah mana satu pulak! Hilmi ke Helmi. Tak dapat dipastikan dan Nan Naga tak berminat nak cari dalam facebook. Kalau ada yang rajin cuba lah cari sendiri.
Dari info ketiga :
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga MP Titiwangsa, Dr Lo'lo mengatakan jika benar teman lelaki Elizabeth adalah seorang pemuda Melayu Islam dan mereka berkesedudukan, kes tersebut perlu di bawa ke mahkamah syariah. Kita tak boleh terima hubungan tanpa ikatan.- sumber AGENDANEWS

Menurut pandangan otai wartawan dan politik, isu ini hanya berkisar kepada masalah dalaman Parti sahaja iaitu PKR. Di mana bekas 'boipren' Elizabeth ini merupakan ahli PKR. Maka dalam hal ini, Elizabeth serta PKR tidak sepatutnya terus menunding jari kearah BN/UMNO sebagai dalang dan harus bertanggungjawab di atas konspirasi jahat ini. Gunting dalam lipatan. Orang PKR yang cuba menjatuhkan PKR.

Ini semua pandangan peribadi mereka.

Anda sendiri sudah tentu mengikuti perkembangan isu ini dari awal. Jadi apa pandangan anda?

Tuesday, February 17, 2009

Kenyataan Media Yang Asal Elizabeth

Dari artikel Nan Naga sebelum ini, ada pembaca yang minta dan ingin melihat sendiri kenyataan media yang asal berbahasa Inggeris oleh Elizabeth Wong. Dengan ini Nan Naga scan press release tersebut dan upload. Baca sendiri, di sini Nan Naga jamin tak tambah dan tak kurang. Inilah yang asli. Untuk lebih jelas sila klik pada gambar:


Kenyataan Media Yang Asal

Lama Nan Naga tunggu mencangkung kat luar bangunan Biro Penerangan PKR sebelum dapatkan kenyataan media ni.

Elizabeth Wong Mangsa Konspirasi BN?

Sidang media bertempat di "Biro Penerangan Pusat" Merchant Square, Tropicana telah merungkai segala persoalan yang menjadi bualan majoriti rakyat Malaysia. Isu yang menjadi paparan utama di dada akhbar-akhbar tempatan. Isu yang menjadi favorite para blogger untuk diselitkan ke dalam blog mereka.



"I'll continue to fight for justice!!"


Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan, hari ini mengumumkan perletakan jawatan, sebagai ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Ingat nak scan press release asal dan upload dalam blog. Tapi Nan Naga terasa rajin nak terjemah. Baca Sejenak:
KENYATAAN MEDIA Elizabeth Wong
(diterjemahkan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris).

Peristiwa yang berlaku sejak dua hari lalu telah menunjukkan usaha-usaha tersembunyi dan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu untuk memburukkan reputasi saya. Kehidupan peribadi dan hak bersendirian tanpa gangguan (privasi) saya telah dicabuli.

Golongan ini telah berkonspirasi untuk melemahkan kredibiliti saya sebagai Exco Negeri Selangor dan juga sebagai pemimpin Keadilan. Walaupun kempen yang ditujukan secara langsung kepada saya ini telah mengakibatkan saya tertekan, saya sedar bahawa objektif sebenar ialah untuk mencemarkan nama baik Parti Keadilan Rakyat.

Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak malu dengan keseksualan saya sebagai seorang wanita bujang. Saya tidak melanggar sebarang undang-undangn. Saya berpegang teguh dengan prinsip demokrasi di mana setiap orang mempunyai hak untuk bersendirian tanpa gangguan.

Parti Keadilan Rakyat berpegang kepada politik “baru” yang meletakkan keadilan dan hak asasi manusia sebagai nilai utama, tanpa mengira jantina, etnik dan kasta. Politik “baru” juga bermakna kita akan bangkit mengatasi politik “longkang” (gutter politics).

Oleh kerana itu saya percaya semua serangan ini akan berterusan berlaku, malah lebih dahsyat, dan saya yakin UMNO dan Barisan Nasional akan terus memanupulasi situasi ini. Oleh yang demikian, saya telahpun mengambil keputusan, demi kepentingan dan perjuangan parti, serta untuk rakyat.

Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pengundi, rakan-rakan Pakatan Rakyat, sahabat dan orang awam. Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan.

Saya akan berbincang dengan Menteri Besar mengenai perkara ini untuk mengaturkan penyerahan rasmi tugasan saya. Saya akan terus berbakti kepada rakyat dan berjuang untuk keadilan di Malaysia.

Akhir sekali, saya amat menghargai orang ramai yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya dan parti, dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat. Kata-kata tidak dapat menggambarkan rasa terhutang budi rasa kepada pekerja dan rakan-rakan ADUN, terutama sekali Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi, serta memberi peluang kepada saya bekerja dengannya.

Sekiranya saya telah mengecewakan atau menyinggung perasaan sesiapa, saya memohon maaf.

ELIZABETH WONG
ADUN BUKIT LANJAN
EXCO Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar