Monday, March 2, 2009

Singapore Di Panah Petir!



Sabtu lepas ikon negara Singapore yang dikenali sebagai "Merlion" telah di panah petir. Kerosakan kecil jelas kelihatan pada monumen tersebut dan kerja baik pulih sedang giat dijalankan. "Merlion" yang terletak di "Merlion Park" berhampiran Singapore CBD ini, sudah berusia 36 tahun dan merupakan tarikan utama pelancong di sana. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Selain di Merlion Park terdapat juga beberapa monumen seperti "Merlion" di sekitar Singapore, antaranya di Pulau Sentosa, Mount Faber dan Grange Road.



Tepat pada kepala


Antara kerosakan yang terdapat pada monumen
"Merlion"



Kalimah Allah Untuk Semua Agama?

Pihak Kristian serta sebuah organisasi media "The Herald" telah membuat tuntutan dari Kerajaan Malaysia bagi membenarkan mereka menggantikan perkataan "Tuhan" kepada "Allah". Perkara ini adalah bertujuan untuk membolehkan mereka menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitan media cetak dan elektronik. Mereka mendakwa bahawa kalimah "Allah" merupakan terjemahan dari bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan "God" dalam bible versi Inggeris mereka??


Media elektronik The Herald

Di Malaysia bible versi Bahasa Malaysia telah diedarkan secara meluas di Sabah dan Sarawak. Di semenanjung jumlahnya semakin meningkat dari masa ke semasa. Ada sumber menerangkan bahawa versi Bahasa Malaysia tidak dipanggil bible tapi 'Al-kitab berita baik'. Jika kita perhatikan beberapa petikan yang diambil dari bible versi ini:
“Engkau adalah Messias anak Tuhan yang hidup “
( Matius 16 : 16 )

“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Tuhan.”
( Matius 27 : 43 )

“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera
dari Tuhan, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus )
Kristus. (Galatia 1 : 3 )
Dan banyak lagi yang lain dan tidak perlu diperincikan di sini.

Jika tuntutan ini dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia. Petikan bible itu tadi akan berbunyi seperti ini :

“Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup “
( Matius 16 : 16 )

“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.”
( Matius 27 : 43 )

“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera
dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus )
Kristus. (Galatia 1 : 3 )


Perkara ini akan menimbulkan kekeliruan kepada Umat Islam di Malaysia terutamanya anak-anak kecil serta golongan remaja yang masih mentah.

Sumber penyelidikan lain, membawa kepada beberapa persoalan, iaitu apakah bahasa asal penulisan kitab Taurat dan Holy Bible? Berdasarkan fakta, bahasa asal kitab Taurat adalah bahasa Hebrew manakala bahasa yang digunakan bagi penulisan kitab Holy Bible ialah bahasa Greek. Bible asal bukan dalam bahasa Inggeris, maka dakwaan mengatakan yang kalimah "Allah" adalah terjemahan dari bahasa Inggeris adalah tidak relevan sama sekali!

Kalimah tuhan dalam bahasa Hebrew ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yahweh. Manakala di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud tuhan ialah Theos. Orang-orang Rom yang menyembah Tuhan yang disepakati oleh mereka sebagai Tuhan yang sebenar memanggil Tuhan ini sebagai Hotheos. Manakala sekiranya ada di kalangan mereka yang menyembah Tuhan palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tontheos.

Di sini jelas menunjukkan! Bahawa bagi kedua-dua bahasa yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun yang menyebut kalimah "Allah".

Namun ada juga di kalangan cendiakawan Kristian menyatakan bahawa alasan yang paling kukuh bagi membolehkan mereka menggunakan kalimah "Allah" adalah berdasarkan penggunan kalimah "Allah" di dalam kitab Bible versi Arabic.

Sememangnya diakui kalimah Allah digunapakai di dalam Bible berbahasa Arab. Bible versi bahasa Arab tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi Alkitab Al-Muqaddas. Begitu juga Bible berbahasa Melayu yang menggunakan nama yang sama? Di dalam terjemahan Bible bahasa Melayu mereka menamakannya seperti yang telah dinyatakan di awal artikel ini iaitu sebagai Al-kitab berita baik.

Perlu dinyatakan bahawa kalimah Allah wujud di dalam Bible bahasa Arab adalah kerana sesetengah Kristian Arab (seperti Syria, Mesir dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini termasuk mereka yang terlibat dengan tuntutan isu kalimah Allah ini.

Maka hujah yang dijadikan sandaran sebagai alasan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak masuk akal kerana golongan Kristian Trinity sendiri mengkafirkan golongan Kristian Unity.

Untuk pengetahuan pembaca larangan terhadap penggunaan kalimah "Allah" yang diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah. Sesetengah negeri pula contohnya Selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan sekiranya digunakan oleh Non Muslim.

Gambar di bawah merupakan surat perutusan pilihanraya yang dikeluarkan oleh CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA. Surat tersebut bertarikh 18hb Februari 2008.


Perutusan Pilihanraya oleh Persekutuan Kristian Malaysia


Ini jelas menunjukkan bahawa pihak kristian telah melanggar warta yang diputuskan kabinet mengenai larangan penggunaan kalimah "Allah" pada 16 Mei 1986. Adakah mereka sengaja melanggar warta ini? atau mereka sekadar ingin menguji sensitiviti Rakyat Malaysia?

Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.



Sumber utama:
http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/isu%20kalimah.pdf
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/02/fighting-for-god-or-fighting-over-allah.html?showComment=1233845700000#c3658086545420518134
http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/01/31/the-name-allah-quid-pro-quo-on-the-christian-community/
http://www.worldscriptures.org/pages/malay.html