Wednesday, July 13, 2011

Apa hala tuju BERSIH?


Sememangnya BERSIH memperjuangkan pilihan raya bersih. Rasanya majoriti rakyat mahukan pilihan raya telus dan adil. Tapi perjuangan biarlah melalui toleransi dan aman.

Beberapa minggu sebelum 9 Julai. SPR telah membuat satu forum bagi membincangkan tuntutan dari mereka. Rupanya beberapa siri pertemuan telah dilakukan sejak November 2010 lagi. Pada masa itu mereka (NGO) mencadangkan 17 perubahan perlu dilakukan pada proses pilihan raya


SPR telah menjelaskan satu persatu dan memberi gambaran sebenar isu yang di bangkitkan. Sehingga isu berbangkit tinggal kepada 8 perkara sahaja. Kemudian pada Mac 2011, SPR terpaksa menangguhkan perbincangan bersama NGO tersebut kerana perlu mempersiapkan jentera pilihan raya di Sarawak. Suruhanjaya telah memaklumkan bahawa satu tarikh baru akan di kemukakan bagi menyambung perbincangan bersama NGO terbabit.

Pada Mei, iaitu selepas pilihan raya. Lain pula ceritanya. 8 perkara yang menjadi cadangan kepada SPR tersebut telah berubah menjadi TUNTUTAN. Daripada sebuah NGO yang pada awalnya bertoleransi telah menjadi angkuh dan mendesak SPR supaya melaksanakan 8 tuntutan tersebut dengan segera.

Dari situ bermula ugutan untuk melakukan demo jalanan 2.0. Sokongan rakyat yang memuncak ketika itu, tidak dapat melihat perkara sebenar disebalik pergerakkan dan tujuan BERSIH ini.
Untuk makluman, pada penghujung tahun 2007. Iaitu lebih kurang empat bulan sebelum pilihan raya ke-12, 2008. NGO terbabit telah malakukan demo jalanan yang pertama, bagi memberi saranan kepada hanya empat perkara berbangkit.

Cuba perhatikan kronologinya, pada awal mereka membangkitkan 4 perkara. Kemudian bertambah menjadi 17 perkara dan berjaya dikurangkan kepada 8 perkara.

Berikutan dari demo jalanan terbabit. BN telah dinafikan 2/3 majoriti dengan kehilangan 5 negeri kepada pembangkang.

Ekoran dari provokasi dicanang pembangkang dan media antarabangsa. Ekonomi negara dilihat terencat sehingga tidak mencapai sasaran kadar pertumbuhan 6% setahun.
Tapi dipusing cerita mengatakan kegagalan terbabit disebabkan oleh ketidakcekapan kerajaan dan ketirisan kewangan negara? Jangan lupa bahawa demo dan provokasi yang telah berlaku juga menjadi punca kerencatan ekonomi negara.

Adakah ini adil bagi menunding kesalahan pada sebelah pihak sahaja?

Sekarang BERSIH2.0 telah selesai dilaksanakan. Tujuan tersiratnya nampak jelas iaitu untuk mengulangi sejarah pada tahun 2007. Kesan dari perhimpunan pertama, pembangkang telah berjaya merampas 5 negeri. Apakah mungkin kali ini mereka akan merampas Putrajaya?

Mungkin ya. Mungkin tidak. Kerana jumlah yang menyokong BERSIH untuk pilihan raya bersih memang besar. Namun ramai juga yang tidak menyokong pendekatan dan langkah yang diambil oleh mereka melalui demo jalanan.

BERSIH yang merupakan badan bebas. Sepatutnya tidak menjadi platfom kepada mana-mana parti politik. Penampilan parti politik dan para penyokongnya yang fanatik telah mencalar nilai murni BERSIH ini. Pada perhimpunan 9 Julai yang lalu saya lihat lebih kepada kepentingan politik PAS/PKR/DAP daripada kepentingan Rakyat.

Kini mereka mengugut untuk melaksanakan perhimpunan BERSIH 3.0. Diharap perhimpunan kali ini dilaksanakan dengan penuh berhemah dan toleransi. Diharap BERSIH membersihkan dulu badan mereka dari anasir yang mempunyai kepentingan politik. Ini penting bagi mengambarkan BERSIH sebuah badan bebas adil dan telus bagi meperjuangkan tuntutan rakyat dalam pilihan raya.



Peringatan: Penulisan dalam blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik. Ia adalah berdasarkan pemerhatian dan perbincangan intelektual bersama rakan-rakan blogger yang lain


No comments: