Friday, June 9, 2017

Shafee Terima RM9.5juta Dari Akaun Hantu


Kegilaan pembangkang sudah tidak boled diubati. Sebelum ini memfitnah dengan 1MDB kini dengan isu bayaran kos guaman RM9.5 juta kepada TS Shafee Abdullah. Portal Sarawak Report menyatakan bahawa bayaran kepada Shafee dibuat pada 11 Sept 2013 dan 17 Feb 2014 melalui akaun Ambank yang ada kaitan dalam isu penerimaan dana 2.6b.

Di sini Sarawak Report kantoi besar. Jika diingatkan kembali, SR adalah antara portal terawal yang memainkan fitnah 2.6billion bagi menyerang PM, DS Najib. Tapi mereka terlepas maklumat tarikh mengenai akaun bank terbabit.


Thursday, April 13, 2017

UEC: Jangan Takrif Dengan Emosi!

Image result for Annuar Musa

Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bukanlah sesuatu yang baharu di negara ini, ia sijil peperiksaan yang dilaksanakan di 60 buah sekolah persendirian cina. Yakni Sekolah-sekolah persendirian yang bernaung di bawah satu gabungan yang dikenali sebagai Dong Zong. 

Mendengar saja nama Dong Zong, bagai taboo dikalangan masyarakat terutama pro kerajaan. Ini berikutan beberapa siri tindakan Dong Zong terlalu berkeras dan mencabar dasar-dasar kerajaan yang tidak selari dengan sistem pendidikan persendirian mereka.


Wednesday, October 24, 2012

Kembali Bertapak!


Sudah lebih setahun meninggalkan dunia blog kerana terpaksa mendahulukan kerja-kerja yang terlalu banyak. Sehingga ada yang terpaksa ditolak! 

Wednesday, July 13, 2011

Apa hala tuju BERSIH?


Sememangnya BERSIH memperjuangkan pilihan raya bersih. Rasanya majoriti rakyat mahukan pilihan raya telus dan adil. Tapi perjuangan biarlah melalui toleransi dan aman.

Beberapa minggu sebelum 9 Julai. SPR telah membuat satu forum bagi membincangkan tuntutan dari mereka. Rupanya beberapa siri pertemuan telah dilakukan sejak November 2010 lagi. Pada masa itu mereka (NGO) mencadangkan 17 perubahan perlu dilakukan pada proses pilihan raya

Wednesday, April 8, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Albert Einstein

Nan Naga ingin kongsikan ringkasan analisis bertajuk "WHY THE JEWS SO SMART" yang diterima dari seorang rakan. Tapi tidak dinyatakan pula siapa yang telah terjemahkan ringkasan analisis ini ke Bahasa Malaysia. Jadi minta maaf bebanyaklah kalau tak kredit nama si penterjemah tu.


Bagi saya analisis Dr Stephen ini agak mikro dan prejudis. Mungkin kerana ia dilakukan oleh Dr Stephen secara solo atau kerana saya tidak mendapat tesis penuh mengenai topik ini. Terpulanglah kepada individu untuk menilainya sendiri sebab nak kritik memang mudah! Apa-apa pun teks penulisan ini memang menarik untuk di baca.

Monday, March 2, 2009

Singapore Di Panah Petir!



Sabtu lepas ikon negara Singapore yang dikenali sebagai "Merlion" telah di panah petir. Kerosakan kecil jelas kelihatan pada monumen tersebut dan kerja baik pulih sedang giat dijalankan. "Merlion" yang terletak di "Merlion Park" berhampiran Singapore CBD ini, sudah berusia 36 tahun dan merupakan tarikan utama pelancong di sana. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Selain di Merlion Park terdapat juga beberapa monumen seperti "Merlion" di sekitar Singapore, antaranya di Pulau Sentosa, Mount Faber dan Grange Road.



Tepat pada kepala


Antara kerosakan yang terdapat pada monumen
"Merlion"



Kalimah Allah Untuk Semua Agama?

Pihak Kristian serta sebuah organisasi media "The Herald" telah membuat tuntutan dari Kerajaan Malaysia bagi membenarkan mereka menggantikan perkataan "Tuhan" kepada "Allah". Perkara ini adalah bertujuan untuk membolehkan mereka menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitan media cetak dan elektronik. Mereka mendakwa bahawa kalimah "Allah" merupakan terjemahan dari bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan "God" dalam bible versi Inggeris mereka??


Media elektronik The Herald

Di Malaysia bible versi Bahasa Malaysia telah diedarkan secara meluas di Sabah dan Sarawak. Di semenanjung jumlahnya semakin meningkat dari masa ke semasa. Ada sumber menerangkan bahawa versi Bahasa Malaysia tidak dipanggil bible tapi 'Al-kitab berita baik'. Jika kita perhatikan beberapa petikan yang diambil dari bible versi ini:
“Engkau adalah Messias anak Tuhan yang hidup “
( Matius 16 : 16 )

“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Tuhan.”
( Matius 27 : 43 )

“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera
dari Tuhan, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus )
Kristus. (Galatia 1 : 3 )
Dan banyak lagi yang lain dan tidak perlu diperincikan di sini.

Jika tuntutan ini dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia. Petikan bible itu tadi akan berbunyi seperti ini :

“Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup “
( Matius 16 : 16 )

“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.”
( Matius 27 : 43 )

“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera
dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus )
Kristus. (Galatia 1 : 3 )


Perkara ini akan menimbulkan kekeliruan kepada Umat Islam di Malaysia terutamanya anak-anak kecil serta golongan remaja yang masih mentah.

Sumber penyelidikan lain, membawa kepada beberapa persoalan, iaitu apakah bahasa asal penulisan kitab Taurat dan Holy Bible? Berdasarkan fakta, bahasa asal kitab Taurat adalah bahasa Hebrew manakala bahasa yang digunakan bagi penulisan kitab Holy Bible ialah bahasa Greek. Bible asal bukan dalam bahasa Inggeris, maka dakwaan mengatakan yang kalimah "Allah" adalah terjemahan dari bahasa Inggeris adalah tidak relevan sama sekali!

Kalimah tuhan dalam bahasa Hebrew ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yahweh. Manakala di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud tuhan ialah Theos. Orang-orang Rom yang menyembah Tuhan yang disepakati oleh mereka sebagai Tuhan yang sebenar memanggil Tuhan ini sebagai Hotheos. Manakala sekiranya ada di kalangan mereka yang menyembah Tuhan palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tontheos.

Di sini jelas menunjukkan! Bahawa bagi kedua-dua bahasa yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun yang menyebut kalimah "Allah".

Namun ada juga di kalangan cendiakawan Kristian menyatakan bahawa alasan yang paling kukuh bagi membolehkan mereka menggunakan kalimah "Allah" adalah berdasarkan penggunan kalimah "Allah" di dalam kitab Bible versi Arabic.

Sememangnya diakui kalimah Allah digunapakai di dalam Bible berbahasa Arab. Bible versi bahasa Arab tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi Alkitab Al-Muqaddas. Begitu juga Bible berbahasa Melayu yang menggunakan nama yang sama? Di dalam terjemahan Bible bahasa Melayu mereka menamakannya seperti yang telah dinyatakan di awal artikel ini iaitu sebagai Al-kitab berita baik.

Perlu dinyatakan bahawa kalimah Allah wujud di dalam Bible bahasa Arab adalah kerana sesetengah Kristian Arab (seperti Syria, Mesir dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini termasuk mereka yang terlibat dengan tuntutan isu kalimah Allah ini.

Maka hujah yang dijadikan sandaran sebagai alasan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak masuk akal kerana golongan Kristian Trinity sendiri mengkafirkan golongan Kristian Unity.

Untuk pengetahuan pembaca larangan terhadap penggunaan kalimah "Allah" yang diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah. Sesetengah negeri pula contohnya Selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan sekiranya digunakan oleh Non Muslim.

Gambar di bawah merupakan surat perutusan pilihanraya yang dikeluarkan oleh CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA. Surat tersebut bertarikh 18hb Februari 2008.


Perutusan Pilihanraya oleh Persekutuan Kristian Malaysia


Ini jelas menunjukkan bahawa pihak kristian telah melanggar warta yang diputuskan kabinet mengenai larangan penggunaan kalimah "Allah" pada 16 Mei 1986. Adakah mereka sengaja melanggar warta ini? atau mereka sekadar ingin menguji sensitiviti Rakyat Malaysia?

Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.



Sumber utama:
http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/isu%20kalimah.pdf
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/02/fighting-for-god-or-fighting-over-allah.html?showComment=1233845700000#c3658086545420518134
http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/01/31/the-name-allah-quid-pro-quo-on-the-christian-community/
http://www.worldscriptures.org/pages/malay.html

Wednesday, February 18, 2009

Bekas 'Boipren' Elizabeth menghilang!

Mana bekas "boipren"nya?


Nan Naga baru menerima info terkini mengenai isu Elizabeth Wong. Beberapa sumber dari rakan-rakan wartawan dan ahli politik telah panjangkan informasi menarik yang Nan Naga rasa ramai rakan-rakan blogger nak tahu.
Dari info pertama :
PKR Petaling Jaya Selatan, mengatakan beliau tidak tahu di mana pembantu khasnya yang dikatakan bekas "boipren" Elizabeth berada sekarang. Katanya pembantunya itu hanya sempat bertugas dengan beliau selama 9 bulan dan menghilangkan diri selepas isu gambar bogel tersebar - Sumber AGENDANEWS
Rakan dari suratkhabar cina mengatakan pemuda tersebut dipercayai telah melarikan diri ke Indonesia. Tidak dapat dipastikan motif sebenar dia, sama ada dia sebar atau jual gambar dan video tersebut.Video? dah ada video pulak. Tapi apa-apa pun perbuatan tersebut tetap menyalahi undang-undang sivil. Rasanya Syariah sekali.
Dari info kedua :
Sah Melayu- Pegawai di Pusat Khidmat MP PJ Selatan ketika dihubungi AgendaNews, mengesahkan bahawa pemuda yang dikaitkan dengan isu gambar bogel Eli tidak lagi bertugas di Pejabat tersebut sejak Januari. Nama pemuda tersebut ialah Helmi. Kini isunya adakah mereka bersekedudukan. - Sumber AGENDANEWS
Dari sumber lain, bekas 'boipren' Elizabeth ini mempunyai facebook. Beliau menggunakan nama 'Hilmi Malek'. Dah mana satu pulak! Hilmi ke Helmi. Tak dapat dipastikan dan Nan Naga tak berminat nak cari dalam facebook. Kalau ada yang rajin cuba lah cari sendiri.
Dari info ketiga :
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga MP Titiwangsa, Dr Lo'lo mengatakan jika benar teman lelaki Elizabeth adalah seorang pemuda Melayu Islam dan mereka berkesedudukan, kes tersebut perlu di bawa ke mahkamah syariah. Kita tak boleh terima hubungan tanpa ikatan.- sumber AGENDANEWS

Menurut pandangan otai wartawan dan politik, isu ini hanya berkisar kepada masalah dalaman Parti sahaja iaitu PKR. Di mana bekas 'boipren' Elizabeth ini merupakan ahli PKR. Maka dalam hal ini, Elizabeth serta PKR tidak sepatutnya terus menunding jari kearah BN/UMNO sebagai dalang dan harus bertanggungjawab di atas konspirasi jahat ini. Gunting dalam lipatan. Orang PKR yang cuba menjatuhkan PKR.

Ini semua pandangan peribadi mereka.

Anda sendiri sudah tentu mengikuti perkembangan isu ini dari awal. Jadi apa pandangan anda?

Tuesday, February 17, 2009

Kenyataan Media Yang Asal Elizabeth

Dari artikel Nan Naga sebelum ini, ada pembaca yang minta dan ingin melihat sendiri kenyataan media yang asal berbahasa Inggeris oleh Elizabeth Wong. Dengan ini Nan Naga scan press release tersebut dan upload. Baca sendiri, di sini Nan Naga jamin tak tambah dan tak kurang. Inilah yang asli. Untuk lebih jelas sila klik pada gambar:


Kenyataan Media Yang Asal

Lama Nan Naga tunggu mencangkung kat luar bangunan Biro Penerangan PKR sebelum dapatkan kenyataan media ni.

Elizabeth Wong Mangsa Konspirasi BN?

Sidang media bertempat di "Biro Penerangan Pusat" Merchant Square, Tropicana telah merungkai segala persoalan yang menjadi bualan majoriti rakyat Malaysia. Isu yang menjadi paparan utama di dada akhbar-akhbar tempatan. Isu yang menjadi favorite para blogger untuk diselitkan ke dalam blog mereka.



"I'll continue to fight for justice!!"


Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan, hari ini mengumumkan perletakan jawatan, sebagai ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Ingat nak scan press release asal dan upload dalam blog. Tapi Nan Naga terasa rajin nak terjemah. Baca Sejenak:
KENYATAAN MEDIA Elizabeth Wong
(diterjemahkan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris).

Peristiwa yang berlaku sejak dua hari lalu telah menunjukkan usaha-usaha tersembunyi dan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu untuk memburukkan reputasi saya. Kehidupan peribadi dan hak bersendirian tanpa gangguan (privasi) saya telah dicabuli.

Golongan ini telah berkonspirasi untuk melemahkan kredibiliti saya sebagai Exco Negeri Selangor dan juga sebagai pemimpin Keadilan. Walaupun kempen yang ditujukan secara langsung kepada saya ini telah mengakibatkan saya tertekan, saya sedar bahawa objektif sebenar ialah untuk mencemarkan nama baik Parti Keadilan Rakyat.

Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak malu dengan keseksualan saya sebagai seorang wanita bujang. Saya tidak melanggar sebarang undang-undangn. Saya berpegang teguh dengan prinsip demokrasi di mana setiap orang mempunyai hak untuk bersendirian tanpa gangguan.

Parti Keadilan Rakyat berpegang kepada politik “baru” yang meletakkan keadilan dan hak asasi manusia sebagai nilai utama, tanpa mengira jantina, etnik dan kasta. Politik “baru” juga bermakna kita akan bangkit mengatasi politik “longkang” (gutter politics).

Oleh kerana itu saya percaya semua serangan ini akan berterusan berlaku, malah lebih dahsyat, dan saya yakin UMNO dan Barisan Nasional akan terus memanupulasi situasi ini. Oleh yang demikian, saya telahpun mengambil keputusan, demi kepentingan dan perjuangan parti, serta untuk rakyat.

Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pengundi, rakan-rakan Pakatan Rakyat, sahabat dan orang awam. Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan.

Saya akan berbincang dengan Menteri Besar mengenai perkara ini untuk mengaturkan penyerahan rasmi tugasan saya. Saya akan terus berbakti kepada rakyat dan berjuang untuk keadilan di Malaysia.

Akhir sekali, saya amat menghargai orang ramai yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya dan parti, dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat. Kata-kata tidak dapat menggambarkan rasa terhutang budi rasa kepada pekerja dan rakan-rakan ADUN, terutama sekali Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi, serta memberi peluang kepada saya bekerja dengannya.

Sekiranya saya telah mengecewakan atau menyinggung perasaan sesiapa, saya memohon maaf.

ELIZABETH WONG
ADUN BUKIT LANJAN
EXCO Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

Monday, February 16, 2009

Teresa Kok Sokong ADUN Bogel!

...Sambungan...


Di Parlimen tadi, Setiausaha Wanita DAP, YB Teresa Kok memberitahu bahawa Elizabeth Wong ADUN PKR Bukit Lanjan tidak perlu letak jawatan kerana dia adalah mangsa jenayah yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Dia adalah seorang wanita yang menjadi mangsa percintaan??




Bukan Sokong Bogel! Kita Perlu Beri Sokongan Moral!
Cakap Biar Teranggg!


Elizabeth mendakwa dia tidak menyedari masa bila gambarnya dirakam oleh bekas kekasihnya. Betul ke tak tahu? Ke buat-buat tak tahu. Hahaha. Apa-apa pun kita tunggu siasatan polis. Menurut YB Teresa kesnya ini tidak boleh disamakan dengan kes Datuk Dr Chua Soi Lek, Naib Presiden MCA. Dia adalah mangsa jenayah dan kita akan beri SOKONGan kepadanya.




5 Star Superstar


Dato Seri Azalina pula menyatakan alasan dia (Elizabeth) menjadi mangsa percintaan tidak boleh diterima sama sekali. Tak semestinya kita bercinta mesti mengambil gambar bogel. Walaupun dia kata isu peribadi, dia perlu sedar bahawa dia adalah wakil rakyat.

Elizabeth Wong patut letak jawatan sebagai ADUN dan Exco kerana apa yang dilakukan adalah tidak bermoral dan memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat terutama golongan muda. Tambah Azalina.

Dapat info lain bahawa gambar bogel tersebut disebar menggunakan telefon bimbit melalui MMS. Ia dirakam oleh bekas kekasihnya yang juga orang PKR. Itu yang saya dapat tahu lah. Tapi belum dipastikan lagi. Menariknya MMS itu telah diterima oleh seorang wartawan akhbar MalayMail dan tersiar didalam akhbar hari ni . Patutlah MalayMail habis hari ni!


Parlimen


Difahamkan pihak polis telah hadir ke Parlimen untuk mengambil keterangan wartawan tersebut yang kebetulan sedang membuat liputan di Parlimen. Telefon bimbit wartawan tersebut turut diambil untuk dijadikan bahan bukti kes. Tak tahu lah bila akan dapat balik handphone tu.



Banyak betul isu menarik pasal Bukit-bukit bulan ni:
Bukit Gantang - Kerusi kosong kerana Ahli Dewan Rakyatnya meninggal dunia.
Bukit Selambau - Kerusi kosong kerana ADUNnya ada skandal kahwin dua dan sekarang hilang ntah kemana.
Bukit Lanjan - Kerusi Belum Kosong! Tapi dah kecoh pasal gambar ADUN menayangkan bukit-bukitnya yang dirakam secara tidak sengaja.

Mana satu yang tak sengaja sebenarnya ni. Gambar bukit di rakam secara tidak sengaja ke? atau bukit-bukit di tayang secara tidak sengaja? Pembaca tentukan sendiri.

Jadi 5 bukit ...Opss maaf... Telebih dua pulak.
Jadi 3 Bukit menjadi isu panas bulan ini. Mungkinkah ADUN Bukit Lanjan akan meletak jawatan? Nampaknya semakin menarik dan ramai juga yang tertarik.

Gambar Bogel ADUN Terlampau!!

Hehehe.. tajuk mesti gempak. Tapi memang ada berita panas pasal gambar bogel ADUN terlampau ni. Baru nak hangat isu Pilihanraya Dua Bukit, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Tambah pula lagi isu panas yang datang dari bukit juga, iaitu Bukit Lanjan.

Sekarang tengah kecoh gambar ADUN PKR Bukit Lanjan tesebar luas. Tak dinyatakan pula tersebar kat mana. Hari ini ADUN tersebut mengesahkan dan MENGAKU bahawa gambar bogel yang tersebar adalah gambarnya!



Beliau yang pernah bertugas sebagai pembantu khas kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah akan membuat laporan polis hari ini. Kini timbul pula desakan agar beliau letak jawatan kerana moralnya dipertikaikan. - sumber agendanews

Soalnya tak jumpa lagi gambarnya. Bukan untuk apa, untuk analisis ajer. :P. Maklumlah nan naga memang suka menganalisis isu-isu semasa bagi tujuan pengesahan sahaja. Err..ada sesiapa yang jumpa. Hahaha.

Berita lain - Hari ni Yang Di-Pertuan Agong merasmikan Parlimen. Nan Naga sampai sana tapi parking penuh. Terus lencong keluar. Banyak juga kenderaan Duta dari pelbagai negara di sana.

Bak Kut Teh: Warisan Kebangsaan?


Victoria Instituition

Setelah Victoria Instituition (VI) mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan kebangsaan. Tergerak pula untuk meneliti lebih dekat tentang warisan-warisan kebangsaan kita yang lain. Untuk pengetahuan pembaca senarai warisan kebangsaan ini diuruskan oleh Jabatan Warisan Negara iaitu sebuah jabatan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.


Bangunan Sultan Abdul Samad

Sebelum VI disenaraikan, tapak warisan lain yang turut tersenarai adalah seperti Bangunan Ibu Pejabat Keretapi, Bangunan Sultan Abdul Samad, Istana Negara, Muzium Negara, Tugu Negara, Dewan Pehimpunan Cina Selangor, Batu Caves dan banyak lagi.

Selain mengiktiraf monumen atau tapak sebagai warisan kebangsaan. Jabatan Warisan Negara juga turut menyenaraikan beberapa warisan lain mengikut kategori dan sub kategori. Antara kategori yang ada ialah "Tapak Warisan Kebangsaan", "Objek Warisan", "Warisan Kebudayaan Di Bawah Air" dan "Warisan Orang Hidup".


Di dalam kategori Objek Warisan, terdapat dua pecahan sub kategori iaitu "Objek Warisan Ketara" dan "Objek Warisan Tidak Ketara".



Tarian Sumazau


Objek Warisan Ketara jika diperhatikan lebih kepada objek kebesaran yang terdiri daripada Jata Negara, Gandik Raja, Cokmar Dewan Negara, Cokmar Dewan Rakyat dan beberapa lagi lambang kebesaran negara yang lain. Objek Warisan Tidak Ketara pula lebih kepada objek berupa budaya dan makanan seperti Tarian Sumazau,Cendol, Karipap, Roti Jala, Cencaluk, Budu, Sambal Belacan, Ketupat, Lemang dan banyak lagi makanan tradisional masyarakat Malaysia.




Lemang

Senarai warisan ini bertambah dari tahun ke tahun, selepas di proses oleh Jabatan Warisan Negara. Jika diteliti, sebelum tapak atau objek diklasifikasikan sebagai warisan negara, ia perlu melalui beberapa proses yang panjang. Proses pertama ialah 'Kenalpasti pencalonan daripada Buku Daftar Warisan Kebangsaan'. Ini bermakna sesebuah monumen atau objek boleh dicalonkan, untuk disenarai sebagai warisan kebangsaan.


Jadi Nan Naga nak tahu apa pendapat pembaca kalau Bak Kut Teh juga turut dicalon dan disenaraikan sebagai warisan kebangsaan? Ada yang tanya apa relevannya soalan ini? Rasa ramai tak tahu yang Bak Kut Teh ini berasal dari Malaysia dan banyak terdapat di Malaysia. Jadi kebarangkalian untuk tersenarai memang tinggi.

Ada yang tanya Bak Kut Teh tu apa?
Bak Kut Teh tu kepingan daging sapi buntut pendek yang disalai. Ada yang cakap buat sup. :P
Ada pula tanya sapi buntut pendek tu apa?
Sapi Buntut pendek tu Khinzir
Ada juga tanya lagi, khinzir tu apa?
Khinzir tu Babi lah!! Kalau tanya lagi memang Ba Alif Ba Ya. Hahaha. Gurau


Ada juga berpendapat jika tersenarai, ia akan mencacatkan senarai warisan yang ada sekarang. Ialah senarai lain semua dah cantik, tiba-tiba terselit pulak daging Khinzir. Jadi apa pendapat anda?

Apa-apa pun, ini hanya KALAU dicalonkan.

Untuk mengetahui proses pengisytiharan warisan kebangsaan Klik Sini

Untuk lebih terperinci mengenai Warisan Negara kita boleh Klik Sini

Friday, February 13, 2009

Orang Bukit Mengundi!

Yeah! Pilihan Raya

SPR Putrajaya hari ini mengumumkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) akan dilaksanakan serentak bagi Kerusi Parlimen P.59 Bukit Gantang, Perak dan Kerusi Dewan Undangan Negeri N.25 Bukit Selambau, Kedah.

Dua Bukit yang telah memberikan makluman rasmi tentang kekosongan kerusi pada tarikh yang sama iaitu 10 Feb 2009. Kekosongan kerusi Bukit Gantang adalah disebabkan kematian Ahli Dewan Rakyat , Haji Roslan Shahrum pada 9 Febuari. Kekosongan di Bukit Selambau pula disebabkan perletakan jawatan oleh ADUN En V Arumugam pada 8 Febuari.

Maka mengikut akta, Pilihan Raya perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh makluman rasmi yang diterima oleh SPR iaitu pada 10 Febuari 2009 itu tadi. Bermakna pilihanraya akan berlangsung pada 7 April 2009.

Penamaan calon bagi P.59 akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. Manakala penamaan calon N.25 dilakukan di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1, Sg. Petani.

Kerusi Bukit Gantang telah dimenangi oleh calon PAS Haji Roslan pada pilihanraya umum tahun lalu setelah mengalahkan calon UMNO Datuk Abdul Azim Zabidi dan Calon Bebas Mohaganan P. Manikam dengan majoriti 1566 undi. Di mana Datuk Abdul Azim Zabidi ini merupakan orang kuat Pak Lah dan Tingkat 4. Patutlah kalah!

Kerusi Bukit Selambau pula dimenangi oleh V Arumugam pada pilihanraya umum lalu atas tiket Bebas. Beliau telah mengalahkan calon MIC S. Krishnan dengan majoriti 2,363 undi. Namun setelah itu V Arumugam dipancing masuk kedalam PKR.

Sekarang tengah kecoh yang UMNO dan MIC berebut-rebut hendak meletakkan calon masing-masing bagi bertanding kerusi Bukit Selambau ini. Manakala dalam kem PR berlaku juga kekecohan apabila DAP dan PKR berebut untuk meletakkan calon masing-masing.

Sementara itu, perjuang HINDRAF yang kini merengkok di dalam penjara K Vasantha Kumar sedang melobi Datuk Anwar Ibrahim supaya meletakkan beliau sebagai calon Bukit Selambau. K Vasantha telah ditahan dibawah akta ISA sejak 2007.

Statistik Bukit Gantang ialah 60% Melayu, 27% Cina dan 10% India. Statistik pengundi Bukit Selambau ialah 50% Melayu , 29% India dan 19% Cina.



Adakah Dua Bukit yang menjadi kubu PR ini bakal di rampas BN? Adakah BN akan melakukan strategi licik sekali lagi seperti mana yang telah dilakukan keatas Perak? Adakah peristiwa PRK Kuala Terengganu bulan lalu akan berulang?

Kita serahkan keputusan Pilihan Raya ini kepada ORANG BUKIT!


Tunggguuuuuu!

Sunday, February 8, 2009

Kasut Babi!

"Setiap kelompok ada 3 titik" itulah kulit babi


Anda tentu pernah melihat sendiri bahawa semakin banyak premis-premis meletakkan produk jualan yang tidak halal bersama produk-produk yang lain. Perletakan produk tidak halal bersama produk lain menimbulkan rasa was-was pembeli terutamanya di kalangan umat Islam.

Kalau dari jauh kita sudah boleh mengagak produk tersebut sebagai tidak halal, secara spontannya kita mampu mengelak dari menghampiri atau menyentuhnya. Tapi bagaimana pula jenis produk yang hanya boleh kita ketahui status halalnya setelah dipegang!

Kadang kala secara tidak sengaja tersentuh pula produk yang tarafnya najis mughalazah!

Pernah berlaku pada rakan, yang sedang asyik memilih dan membelek kasut yang diletakkan di atas rak terbuka, terkejut! Apabila salah satu kasut yang dipegangnya berasaskan kulit babi. Rakan rupanya tidak perasan bahawa terdapat label pada rak terbuka tersebut yang mengatakan "Pig skin lining". Walaupun nampak remeh, tapi perkara ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja.


Gua sendiri pakai kasut kulit lembu! Lu pulak bangga nak pakai kulit babi!
Ubah Gaya Hidup Beb!

Ya..lah, kadang kala kita terlalu seronok hendak membelikan kasut untuk anak, isteri, mak dan ayah. Hingga lupa untuk berhati-hati mengelak tersentuh produk mughalazah ni. Selalunya dah tersentuh baru nak perasan. Ada juga mereka yang dah beli produk tersebut, sampai di rumah baru perasan bahawa barangan yang dibeli adalah berasaskan kulit babi. Paling kesian, kepada mereka yang dah beli dan pakai bertahun-tahun baru perasan yang selama ini kasut atau jaket kulit adalah kulit oink! oink! Itu pun setelah ditegur oleh kenalan.

Persoalannya kenapa masih terdapat produk-produk kulit babi yang diletakkan bersama kasut lain secara TERBUKA. Saya tidak menunding jari kepada semua peniaga kerana ada juga peniaga yang mengambil berat sensitiviti umat Islam, mengasingkan produk kulit babi dengan meletakkannya di dalam rak kaca tertutup dan melabelkannya dengan jelas di premis mereka.

Ini baru produk pakaian atau fesyen. Bagaimana pula produk makanan! Setakat ini pengasingan produk tidak halal hanya jelas kelihatan di pasaraya-pasaraya besar. Tapi memang susah untuk lihat perkara yang serupa di premis-premis kecil.

Selain itu, bagaimana pula pengendalian produk tidak halal ini! Adakah ia dilakukan oleh orang Islam. Seorang rakan bloggers Kayrolldin ada kongsikan pengalaman bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai Batu Caves (KLIK SINI).

Bloggers otai NOBISHA mengajak seluruh umat Islam untuk menandatangani "online petisyen" yang diujudkan oleh Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia bagi menyarankan kerajaan Malaysia, kerajaan-kerajaan negeri serta Pihak berkuasa tempatan mengambil langkah-langkah mengasingkan produk jualan yang tidak halal dari produk halal. Antara isi kandungan petisyen tersebut adalah:


Maka kami, yang menandatangani petisyen ini menyokong Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia bagi mendesak Kerajaan Malaysia, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengambil langkah-langkah yang difikirkan wajar untuk:

(1) Menentukan barangan halal dan haram di pasaraya dan kedai runcit dipamerkan menggunakan rak, peti sejuk atau kotak secara berasingan.

(2) Memastikan label yang jelas dan terang bagi menandakan barangan haram yang dipamerkan di pasaraya dan kedai runcit.

(3) Mensyaratkan pengendalian jualan barangan haram, terutama sekali produk babi dan arak, dilakukan oleh kakitangan bukan Islam.


Sama-samalah kita menandatangi online petisyen ini (KLIK SINI). Tak susah pun, 2 minit jer.
Sila panjangkan kepada rakan-rakan lain.

Wednesday, January 28, 2009

Betul Ke Tak Halal?

Ini adalah kesinambungan dari artikel nan-naga bertajuk "Tak Halal" (klik sini). Topik ini mendapat reaksi pelbagai pihak dari forum-forum dan blog-blog yang tertanya-tanya betul ke tak halal? Sini nan-naga jumpa sijil halal lama dari salah sebuah kedai "Kopi Putih Pekan Lama" tarikh Luput 2008. Dapat dari seorang blogger lain yang berkongsi pengalamannya melawat "Pekan Lama". Di galakkan membaca (KLIK SINI)

Tapi yang hairan Sijil Halal ini bukan untuk keseluruhan premis atau menu makanan Old Town. Ia hanyalah Sijil Halal untuk beberapa jenis minuman sahaja! Makanan Tak Ada!

Macam ini punya sijil pun adakah? Ni Sijil Halal ke Sijil Separuh Halal. Err..boleh ker macam tu. Bukan nak jatuhkan sesiapa. Sedikit Terkeliru.


Sijil Halal Jabatan Agama Islam Negeri Perak


Memang Sijil tu dah luput pada Jan 2008. Soalnya kenapa pulak sijil Halalnya bentuk begini? Sebelum 2008? Pasti ramai yang sudah melantak kat kedai "Pekan Lama" ni. Ramai ke tahu pasal senarai minuman ni jer yang halal? Rasanya tidak. Kalau anda perhatikan minuman yang tersenarai adalah minuman segera 3 in 1 atau 2 in 1. Cuba anda klik pada gambar dan nilai sendiri.


Hari ni Surat Khabar Utusan, ada artikel-artikel tentang kopitiam-kopitiam di Malaysia, termasuklah "Kedai Kopi Putih Pekan Lama". Tapi tidak dinyatakan pula status halalnya dengan jelas. Ramai pula wartawan utusan yang membuat liputan tentang kopitiam-kopitiam ni. Kalau boleh letak kan sekali gambar sijil Halal tu yerr.

Bagi nan-naga "Pekan Lama" tak Halal! Kalau ada sesiapa yang boleh nafikan yang Pekan Lama ni adalah Halal sepenuhnya. Sila ajukan! Ramai nak tahu. Kalau betul! nan-naga akan perbetulkan segala artikel dengan segera. Tak ada hal.



Kelemahan yang dapat dilihat dengan ketara ialah tiada keseragaman dalam mengeluarkan Sijil Halal ni di Jabatan Agama Islam. Setiap satu Jabatan Agama Islam Negeri dengan negeri lain mempunyai pengiktirafan dan senarai premis halal yang berbeza.



Bila kita rujuk satu Jabatan negeri, dia cakap "Tak ada, tapi mungkin ada pengesahan di Jabatan Agama Islam Negeri Lain". Kenapa perlu macam ni??? Menjadi tanggungjawab Jabatan atau JPM untuk mengelakkan kekeliruan dan memperbaiki kelemahan ni. Kalau diseragamkan, lebih mudah untuk pengguna Islam merujuk yang mana satu premis Halal dan Tidak.




Link-link lain :

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7433&a=U
http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=84268
http://www.ehoza.com/v4/forum/isu-semasa/33620-status-halal-old-town-white-coffee-benarkah.html

Monday, January 26, 2009

Mat Rempit Otak Sempit?

"Adik dah besar nak jadi macam abang tu lah mak"


Analisis yang dilakukan oleh UKM menunjukkan Mat Rempit ini adalah antara penyumbang kepada meningkatnya indeks jenayah negara. Indeks kemalangan jalan raya pun tinggi jugak ni. Dalam kajian tersebut menyatakan bahawa 97% daripada Mat Rempit ini adalah "kepala angin" yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat keseronokan.

Keseronokan yang dilakukan tanpa batasan membawa kepada pelbagai gejala yang tidak bermoral seperti seks bebas, meragut, pecah rumah, curi motosikal, vandalisme dan menyertai kumpulan kongsi gelap/samseng. Majoriti daripada mereka dalam lingkungan usia 14 hingga 25 tahun! Tapi dari pengalaman saya sendiri, ada juga diantara mereka berumur 12 tahun! Dalam usia begitu muda sudah melakukan jenayah.

Selain jenayah yang dinyatakan dalam kajian UKM. Ada juga segelintir dari mereka semakin ekstrem yang kononnya ingin dihormati dan ditakuti di pandangan rakan sebaya serta masyarakat. Mereka yang ekstrem ini terlibat dalam jenayah berat seperti rompakan bersenjata, membunuh dan tokan dadah. Mengharapkan penghormatan yang berakhir di bilik akhir. Jenayah yang penamatnya di tali gantung.

Dari sini kita dapat lihat bertapa mudahnya pengaruh Mat Rempit ini meracun fikiran budak-budak sekolah dan remaja yang masih belajar di IPTS serta IPTA. Golongan-golongan macam ni, otai-otai dan sifu-sifu cakap:
Budak Mentah! Hingus meleleh! Kencing bercabang! Spender pun mak belikan! Jangan buang masa!
Pergi Mengaji dalam-dalam dulu! Penuhkan ilmu di dada! Jangan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal!

Aduh! adalah yang berdarah telinga ni.
Diharap yang masih sekolah dan muda lagi tu jangan lah terlalu ikutkan perasaan. Kesian lah kat kedua orang tua kita, yang punya happy nak sambut kita bila lahir. Tapi dah besar kita pijak-pijak pula muka mereka. Tu dah kira menderhaka! Jangan jadi macam budak menderhaka dalam video ni. Kena sumpah jadi menatang apa ntah! Kalau nak kena sumpah cuba lah buat.


"Oh mommy! Ampunkan Ali mommy! Ali janji tak rempit lagi"
Tu lah degil! Kan dah kena sumpah!


Penganalisis UKM mencadangkan beberapa langkah bagi membendung gejala mat rempit ini antaranya menyediakan tempat aktiviti yang sesuai seperti litar lumba percuma? Ni nak bendung ke nak galakkan lagi ni?. Mungkin penganalisis ada sebab-sebab kukuh mencadangkan perkara tersebut.

Aktiviti di Litar Lumba Percuma
Low maintainance!
No monthly Installment!
No Insurance!
No Road Tax!
Tak perlu Minyak!
10 Kuasa Batin !
8 Kuasa Ghaib!

Tak payah risau pasal Road Block lagi!

INFO: Mat Rempit
  • 76 peratus pernah ditahan polis sekurang-kurangnya sekali atau kesalahan sama atau jenayah.
  • 24 peratus daripada mereka akan mat rempit baru (ikutan).
  • 11 peratus daripada mereka adalah pelajar termasuk Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Kajian:
  • pembabitan Mat Rempit dalam Jenayah (560 responden)
  • Faktor Pembabitan Mat Rempit (100 responden)
  • Mat Rempit dan Hubungan dengan Masalah Sosial (108 responden)
Kawasan kajian:
  • Zon Utara (Kedah dan Pulau Pinang)
  • Zon Tengah (Kuala Lumpur dan Perak)
  • Zon Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan)
  • Zon Selatan (Johor).
Atara geng mat rempit:
  • Apache (Kuala Lumpur)
  • Budak Shell (Kuala Lumpur)
  • Man Botak (Pantai Timur)
  • Man Kerinting (Pantai Timur)
  • Skuter Boys (Sungai Besi, Kuala Lumpur)


Ahli Geng Skuter

Jenis motosikal paling popular digunakan mat rempit:

  • Yamaha RXZ
  • Honda EX5
  • Yamaha Nuovo
  • Suzuki 100
  • Modenas Kriss
Cadangan:
1) Mewujudkan tempat aktiviti sesuai untuk mereka seperti litar lumba secara percuma.
2) Menghantar mat rempit menyertai aktiviti atau program yang mampu mengubah tingkah laku mereka dan wujudkan sikap saling menghargai.


Link lain :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090125084713/Article/

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada rakyat Malaysia yang beragama Buddha.
Terutama sekali kepada kawan-kawan cina dari masa tadika, SRK, SMK, Kolej, Uni, sampailah Geng kat Ofis ni. Disebabkan tahun 2009 ni tahun gawat. Gua terpaksalah pau Ang Pow setiap seorang. Hahaha!
p/s: aku serius ni!

Wednesday, January 21, 2009

Tak Halal!

Tak Halal Town

Tidak lama sebelum ini pun, seorang rakan dah beritahu yang kedai kopi tu tak halal! Jangan makan dan minum kat situ! Pada mulanya, saya menganggap ia hanyalah satu lagi sms berantai. Ye lah kedai kopi yang semakin banyak muncul di bandar-bandar utama dan pusat membeli belah serta mempunyai cawangan di 15 buah negara. Pasti ada yang cemburu, sebab tu buat sms berantai untuk menjatuhkan reputasi macam ni.

Untuk puaskan hati, saya dan seorang rakan pergi sendiri ke kedai tersebut, kami perhatikan para pekerjanya adalah warga asing Myanmar dan Nepal. Apabila seorang pekerja menghampiri ,kami terus bertanya "Sini Halal Ke?". Pekerja tersebut dengan lidah Nepalnya menjawab "Tak Halal!" dan kami pun bangun dengan selamba berjalan di dalam kedai tersebut (Di kaunter bayaran dan di kaunter dapur/buat minuman) memang tidak terdapat logo halal.

Tolong panjangkan kepada rakan-rakan anda yang tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Nyatakan kepada rakan anda yang OldTown White Coffee tidak halal. Selepas ini sila pastikan kedai yang anda kunjungi mempunyai logo halal yang sah dari Jabatan Agama Islam. Saya dapati ada juga peniaga bukan Islam kurang memahami konsep halal disini. Bagi mereka tak de sapi buntut pendek je, sudah dikira halal.

Ada juga kedai mereka meletakkan "sijil Halal menyembelih" oleh pembekal ayam?? Apa ke hal nya. Pembekal ayam punya sijil halal terus perniagaan mereka dikira halal. Sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam melingkupi bahan-bahan yang digunakan (ramuan yang digunakan) dan cara penyediaan makanan (tempat memasak). Untuk lebih lanjut mengenai garis panduan sila klik sini.

Di Parlimen, Menteri di JPM Dr Mashitah pernah didesak bagi mendedahkan nama-nama hotel tidak mempunyai status halal. Dari laman web (klik sini), menunjukkan hanya 21 hotel yang mempunyai status halal? Beratus hotel di Malaysia hanya 21 jer ker yang halal. Rupanya senarai tersebut tidak termasuk sijil halal yang tidak dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Di harap senarai lengkap dapat dikeluarkan oleh Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri.

Tuesday, January 20, 2009

Kerajaan Positif: Reaktor Nuklear Untuk Penjanaan Elektrik


Nuklear di Malaysia

Nampaknya kerajaan sedang memulakan beberapa langkah positif untuk memulakan projek pembinaan reaktor nuklear di Malaysia. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus di PICC Putrajaya selepas majlis penjenamaan semula MOSTI. Peringkat awal kerajaan sedang melakukan beberapa kajian lebih terperinci dan menghimpunkan beberapa tenaga pakar dari dalam dan luar negara bagi melihat dari segala aspek pembinaan Reaktor Nuklear ini. Dari segi lokasi, keselamatan, kesan jangka panjang dan bajet.



Datuk Dr Maximus

Datuk Dr Maximus turut menyatakan tarif elektrik akan menjadi lebih murah jika penjanaan melalui Reaktor nuklear dilaksanakan. Ini bermakna selain rakyat dapat menikmati tarif elektrik yang lebih murah, ia juga dapat menarik pelabur asing untuk datang melabur ke negara kita. Kerana kebanyakan pelabur yang datang, akan meneliti beberapa aspek, salah satunya ialah aspek tenaga. Adakah Malaysia mempunyai bekalan tenaga mencukupi.

Kerana mereka tidak mahu operasi syarikat mereka terganggu kerana masalah kekurangan tenaga elektrik. Seperti yang sering berlaku di New York yang sering mengalami beberapa gangguan elektrik setiap bulan.


Proses Penjanaan Elektrik Dalam Reaktor Nuklear


Negara Jiran Thailand telah pun mula membelanjakan USD6 billion bagi membina 4 reaktor nuklearnya yang dijangka siap pada 2012. Reaktor nuklear yang sedang dalam pembinaan itu dikatakan mampu menghasilkan 4000KW elektrik. Indonesia, Vietnam dan Filipina juga telah mula membina reaktor nuklear di negara masing-masing.

Empangan Bakun di Sarawak yang dijangka siap pada 2012 hanya mampu membekalkan 2400KW tenaga. Adakah Malaysia ketinggalan. Sebelum ini saya ada menulis tetang analisis Penjanaa Nuklear di Malaysia. Untuk lebih lanjut klik sini.