Wednesday, January 21, 2009

Tak Halal!

Tak Halal Town

Tidak lama sebelum ini pun, seorang rakan dah beritahu yang kedai kopi tu tak halal! Jangan makan dan minum kat situ! Pada mulanya, saya menganggap ia hanyalah satu lagi sms berantai. Ye lah kedai kopi yang semakin banyak muncul di bandar-bandar utama dan pusat membeli belah serta mempunyai cawangan di 15 buah negara. Pasti ada yang cemburu, sebab tu buat sms berantai untuk menjatuhkan reputasi macam ni.

Untuk puaskan hati, saya dan seorang rakan pergi sendiri ke kedai tersebut, kami perhatikan para pekerjanya adalah warga asing Myanmar dan Nepal. Apabila seorang pekerja menghampiri ,kami terus bertanya "Sini Halal Ke?". Pekerja tersebut dengan lidah Nepalnya menjawab "Tak Halal!" dan kami pun bangun dengan selamba berjalan di dalam kedai tersebut (Di kaunter bayaran dan di kaunter dapur/buat minuman) memang tidak terdapat logo halal.

Tolong panjangkan kepada rakan-rakan anda yang tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Nyatakan kepada rakan anda yang OldTown White Coffee tidak halal. Selepas ini sila pastikan kedai yang anda kunjungi mempunyai logo halal yang sah dari Jabatan Agama Islam. Saya dapati ada juga peniaga bukan Islam kurang memahami konsep halal disini. Bagi mereka tak de sapi buntut pendek je, sudah dikira halal.

Ada juga kedai mereka meletakkan "sijil Halal menyembelih" oleh pembekal ayam?? Apa ke hal nya. Pembekal ayam punya sijil halal terus perniagaan mereka dikira halal. Sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam melingkupi bahan-bahan yang digunakan (ramuan yang digunakan) dan cara penyediaan makanan (tempat memasak). Untuk lebih lanjut mengenai garis panduan sila klik sini.

Di Parlimen, Menteri di JPM Dr Mashitah pernah didesak bagi mendedahkan nama-nama hotel tidak mempunyai status halal. Dari laman web (klik sini), menunjukkan hanya 21 hotel yang mempunyai status halal? Beratus hotel di Malaysia hanya 21 jer ker yang halal. Rupanya senarai tersebut tidak termasuk sijil halal yang tidak dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Di harap senarai lengkap dapat dikeluarkan oleh Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri.

4 comments:

Unknown said...

masayaallah!! unbelievable! kedai ni mmg pilihan sy skarang sebab harga yang murah dan sedap. tak tau la tak halal!! terima kasih sbb bg tahu.

kalau kita naik genting, kedai kopi ni la yg paling murah. hargasama je kt tmpt lain tak mcm kedai2 makan lain kat genting. sbb tu sy pilih.

da tau mcm ni, ape lg. BOIKOT!!! boleh saudara buat entry pasal kedai makan kat PAVILION. dgr khabar, bnyak juga yg buat2 halal padahal tukang MMG TAK HALAL.

sy akan link kan blog saudara. ok?

admin said...

Terima kasih kerana linkkan kat ke blog baca sejenak.

Kita buat mana yg termampu. Kalau kerajaan dan media takut nak dedahkan nama-nama restoran dan hotel yang tiada status halal. Kita Bloggers akan lakukan.

Sila panjangkan kepada rakan2.

Anonymous said...

Salam.
Kemungkinan yg harus diambilkira secara rasional:

1) Jawapan "tidak halal" secara spontan oleh pekerja restoran tersebut mungin kerana dia adalah Pekerja baru yg tidak jelas dgn soalan yg dikemukakan atau tidak faham sebenarnya akan apa yg dipersoalkan kepadanya.
2) Sijil halal Old town tidak di tampal atau di letak di premis berkenaan- Mungkin kerana kelalaian pengusaha restoran atau ketidak-perihatinannya terhadap isu halal di Malaysia.
3) Sijil halal belum diperolehi lagi oleh syarikat tersebut pada tarikh kejadian itu berlaku. kemungkinan sehari atau seminggu atau sebulan selepas itu baru sijil diperolehi.
4)Mungkin juga benar andaian saudara, memang tidak halal restoran tersebut. kerana Old Town adalah sebuah syarikat yang memperluaskan rangkaiannya melalui 'licensing' dimana pengusaha hanya perlu mengurus dan mengusaha restoran itu tanpa perlu mematuhi secara penuh peraturan peraturan yang ditetapkan(tidak seperti franchising). ia memang berlainan dengan 'franchising'. maksudnya, jika old town ingin menjual atau menyediakan arak maka terpulanglah pada pengusaha berkenaan. Oleh itu sijil halal tidak diberikan kepada syarikat ini.
5) Cuma adakah anda benar-benar pasti ianya tidak halal? adakah anda sudah bertanyakan kpd pihak yang benar-benar bertanggung-jawab atau sekadar menyebarkan cerita melalui peristiwa atau insiden tersebut? kajian haruslah dilakukan secara terperinci dan tepat agar tidak memeningkan pembaca.
tapi saya memang amat bersetuju dengan saudara dalam aspek ini... sebelum makan di mana mana restoran carilah sijil halal. tanyalah juruwang atau pekerja disitu jika anda ragu. Jika keraguan anda membuatkan anda gundah gelisah maka makanlah ditempat lain. banyak lg kedai lain kan? ikutlah ajaran islam.. yg mana yg syubahah itu harus ditinggalkan. makanlah makanan yg Halalan Toyyiban. Sesunggahnya Mencari yg halal itu Fardhu keatas umat Islam. renung-renungkanlah

sekadar nak berkongsi Ilmu Bukan nak berdebat ye... shukran.

admin said...

Sy mmg inginkan 'feedback' dr pembaca seperti saudara tentang isu ini. Jgn anggap ini satu debat, sy terima ini sebagai perbincangan intelektual sesama rakan.

Kerana Jika ada mana yg lemah dlm kandungan blog ini elok kita perbaiki.

Sy setuju dgn seluruh persepsi dn 'ke-mung-ki-nan' yg diajukn oleh saudara. Mencari yg halal itu fardhu bg umat Islam.

Bila "licensing" pengusaha ada kelonggaran dn tidak terikat dgn polisi syarikat sepenuhnya.

Bererti seorang pemilik atau pengusaha boleh menggunakan sebarang produk. Sbb itu tidak menjadi masalah kalau ada pengusaha hendak menggunakan
arak atau sebarang produk yg diragui status halalnya.

Bila sebut tentang ke-mung-ki-nan. Ini bererti ada juga pengusaha yang menggunakan produk Halal keseluruhannya.

Jika betul bukan kesemua Old Town itu tidak halal. Sy akn tukarkn tajuk dn isi post sy ini serta merta tanpa prejudis.

Jika kita lihat pada link (klik sini) seorang pengunjung menceritakan pengalamannya. Link lain klik (klik sini). Sama-samalah kita fikirkan

Isu ni dah lama. Sy cuma salah seorang yang menyampaikan. Setakat ini, belum ada 'response' dari pihak Syarikat.