Friday, June 9, 2017

Shafee Terima RM9.5juta Dari Akaun Hantu


Kegilaan pembangkang sudah tidak boled diubati. Sebelum ini memfitnah dengan 1MDB kini dengan isu bayaran kos guaman RM9.5 juta kepada TS Shafee Abdullah. Portal Sarawak Report menyatakan bahawa bayaran kepada Shafee dibuat pada 11 Sept 2013 dan 17 Feb 2014 melalui akaun Ambank yang ada kaitan dalam isu penerimaan dana 2.6b.

Di sini Sarawak Report kantoi besar. Jika diingatkan kembali, SR adalah antara portal terawal yang memainkan fitnah 2.6billion bagi menyerang PM, DS Najib. Tapi mereka terlepas maklumat tarikh mengenai akaun bank terbabit.


Yakni akaun Ambank tersebut telah pun tutup pada 30 Ogos 2013. Jadi bagaimana SR boleh dakwa bayaran dibuat pada dua tarikh tersebut? Nampaknya mereka pun tidak ingat fitnah ciptaan mereka sendiri. 

Adakah SR nak cakap Shafee dibayar melalui akaun "hantu" pula?

Itulah modus operandi pembangkang. isu dicipta dan selepas itu media digunakan untuk meletupkan sebarang isu. Kemudian berbondong-bondong pemimpin pakatun memberi kenyataan mendesak membuat siasatan. 

Hairannya apabila pakatun beriya-iya hendak siasatan dilakukan segera terhadap akaun yang tidak wujud pada tarikh transaksi seperti yang didakwa SR. Tapi mereka diam membisu pada isu MB Selangor, Azmin dengan kos RM10juta hanya untuk baik pulih pintu gerbang. Dimana suara-suara mereka ketika Kerajaan DAP Pulau Pinang membelanjakan RM300juta hanya untuk membuat kertas kerja sahaja.

Ternyata dua jumlah ini lebih besar dari jumlah RM9.5juta yang direkayasa oleh puak pakatun.





No comments: