Thursday, November 13, 2008

Nilai Sebenar USD!

Kelembapan ekonomi dunia jelas terasa. Menurut pakar ekonomi situasi begini akan berterusan sehingga penghujung 2011. Perkara ini telah pun menampakkan kesan sejak US mengamalkan dasar luarnya dalam menangani isu-isu di Afghanistan, Iraq, Iran dan Palestin. Empat negara Islam yang telah menjadi sasaran US sama ada secara menyeluruh atau tidak. Namun sekarang tiga negara telah pun lumpuh kredibilitinya di mata dunia.

Mengapa saya mengatakan isu itu menjadi punca kemelesetan ekonomi kini. Jangan salah faham, ia bukan satu-satunya punca tapi ia merupakan salah satu punca. Saya akan nyatakan satu persatu dimana anda akan mula memahami situasi dan nilai sebenar USD.

Peristiwa keruntuhan World Trade Center di New York telah menjadi alasan untuk US memulakan operasi ketenteraan secara besar-besaran memerangi pengganas. Peristiwa itu juga telah mengubah pola kewangan Amerika dimana bajet tambahan USD170 billion telah diperuntukan kepada Bahagian Pertahanan (Department of Defense) hanya untuk peperangan di Afghanistan dan Iraq. Menurut sumber, perbelanjaan tahunan Amerika pada tahun 2007 dalam ketenteraan dan pertahanan sahaja adalah sebanyak USD1 trillion!. Nilainya tidak terhenti disitu, kerana ia meningkat dari tahun ke tahun.

USD1 trillion itu disalurkan bagi membangunkan struktur dan kelengkapan ketenteraan dari segi senjata, latihan, perubatan dan kajian. Pada waktu itu jika anda perasan, permintaan komoditi dunia meningkat dengan mendadak. Harga bahan mentah seperti bijih timah dan minyak melonjak tinggi. Sebelum 2003 harga minyak dunia adalah dibawah USD60 setong. Sejak US menceroboh Iraq sehingga penghujung 2007, harga minyak terus meningkat kepada USD95 setong. Ini adalah kerana bahagian pertahanan US sedang memborong besar-besaran minyak dunia sebagai bekalan bagi peperangan tahyul mereka.

Statistik Harga Minyak Dunia
Ada juga berpendapat bahawa minyak melonjak naik kerana permintaan yang semakin meningkat di negara-negara kuasa ekonomi baru seperti China dan India. Sebahagiannya betul namun ia telah diburukkan lagi dengan dasar ketenteraan US. Selepas perang di Iraq, timbul pula ketegangan antara US dengan Iran. US yang jelas Dewan Senatnya terdiri daripada Yahudi telah menuduh Iran menghasilkan senjata pemusnah. Orang Yahudi telah berjaya memanipulasi ketenteraan US bagi memusnahkan Afghanistan dan Iraq. Kini mereka ingin melakukan perkara yang sama terhadap Iran. Ini bermula apabila Presidennya Mahmoud Ahmadinejad mengeluarkan kenyataan bahawa negara Israel mesti dihapuskan dari peta dunia.

Sejak ketengangan bermula, dua negara ini berlumba menghasilkan senjata. Dimana masing-masing mempunyai kelebihan seperti US dari segi senjata berteknologi tinggi manakala Iran sumber minyaknya. Disebabkan itu, US telah meningkatkan kapasiti simpanan minyak untuk ketenteraannya bagi menghadapi kemungkinan menyerang Iran.

Peningkatan pemintaan minyak dari US telah menyebabkan harga minyak pada awal Januari 2008 naik kepada USD97 setong dan terus meningkat ke paras tertinggi USD145 setong pada bulan Julai tahun yang sama. Apabila bekalan minyak mencukupi, mereka telah mengurangkan pembelian minyak kepada asal. Iaitu cukup sekadar permintaan industri dan pengguna US sahaja. Pengurangan permintaan minyak tersebut telah menyebabkan harga minyak merudum kepada harga sekarang ini iaitu USD62 setong (7 nov 2008).

Kesan peningkatan dan penurunan harga minyak yang cepat tidak sampai setahun ini telah mendatangkan impak negatif kepada nilai transaksi jualan minyak seluruh dunia. Kerugian berbillion dolar telah direkodkan dan US yang menjadi peranan kepada harga minyak juga turut terima padahnya. Jadi Bajet US sebanyak USD1 trillion itu tadi telah ditambah lagi bagi menampung kerugian kesan dari peningkatan dan penurunan harga minyak yang mendadak.

Ini baru menyentuh transaksi minyak. Jangan lupa! komoditi lain juga turut terjejas kerana minyak ini ibarat Raja Domino yang membawa kepada naik dan turunnya harga barangan lain. Maka dunia sekali lagi terpaksa menampung kerugian ber-trillion dolar berikutan kerugian transaksi keseluruhan komoditi dunia sepanjang tahun.

Kesan naik dan turun harga komoditi yang terlalu cepat telah menjadikan jumlah pengeluaran dan permintaan berkecamuk! Kecelaruan ini perlahan-lahan menjatuhkan nilai matawang dan meningkatkan hutang dalaman sesebuah negara! Rentak transaksi jual beli dalam pasaran mula menjadi perlahan. Industri US yang merupakan kuasa pembeli utama telah mengurangkan pembelian bahan-bahan mentah kerana sikap menunggu kebanyakan industri US terhadap harga komoditi dunia. Kurangnya permintaan akan menjatuhkan harga bahan! Semua nilai saham mula merosot dengan banyaknya, kejatuhan ini telah mengusarkan pelabur yang terus bertindak membawa keluar nilai aset pelaburan mereka. Ini mengeruhkan lagi pasaran saham dunia terutamanya US kerana suntikan kewangan pelaburan telah menguncup.

Pelaburan yang berkurangan telah mendatangkan bencana kepada institusi kewangan dan institusi hartanah/perumahan US. Pada 15 September 2008 Lehman Brothers Holdings sebuah institusi pelaburan berusia 158 tahun telah diishtihar muflis yang merupakan kegagalan paling buruk dalam sejarah kewangan US iaitu kerugian sebanyak USD600 billion. Bank Washington Mutual, bank keenam terbesar Amerika juga menerima nasib yang sama. Syarikat Automotif seperti General Motors, Ford dan Chrysler kini turut menunjukkan tanda-tanda menjerumus kearah kejatuhan. Berpuluh syarikat gergasi bakal muflis jika perkara ini berterusan.

Kesinambungan dari ekonomi US yang goyah telah menyebabkan banyak negara di dunia mengalami kegagalan. Paling ketara ialah Iceland, merupakan negara pertama diisytiharkan muflis. Bagaimana ini boleh berlaku? Negara diisytihar muflis?. Setelah diisytihar muflis rakyatnya tidak boleh berbuat apa-apa kerana akaun telah dibekukan. Tiada lagi transaksi perdagangan dalam negara. Inilah kenyataan mengenai ekonomi dunia sekarang. Malaysia juga diancam bahaya kemelesetan ekonomi dunia ini. Tindakan drastik perlu di ambil bagi menangani masalah dunia ini.

Mengapa banyak negara ikut sama jatuh apabila ekonomi US jatuh?

Ini adalah kerana mata wang kebanyakan negara termasuk Malaysia bersandarkan kepada USD!. Inilah dia keburukan yang paling nyata dalam perdagangan antarabangsa. Matawang USD ini telah dijadikan satu bahasa transaksi utama perdagangan dunia. Dan apabila mengalami kegagalan, negara yang bersandarkan kepadanya akan ikut merana.

Mengapa Malaysia bersandarkan kepada USD?


Menurut sumber, sebelum tahun 1960 matawang USD bersandarkan kepada EMAS. Emas yang telah disimpan di 'Fort Knox' dijadikan sandaran dan penanda aras kepada mata wang USD ini. Dalam Islam juga ada menyatakan bahawa emas merupakan medium transaksi jual beli yang paling stabil. Dari zaman dulu lagi emas telah dijadikan matawang utama perdagangan. Ada direkodkan harga ayam hidup pada masa itu adalah berharga satu dirham emas. Namun selepas 1000 tahun harga ayam hidup tersebut masih berharga satu dirham emas! Cuba anda bayangkan harga sesuatu barangan boleh kekal walaupun selepas 1000 tahun. Kita sekarang pun tak sampai sehari pengumuman kenaikkan minyak terus melonjak harga bahan makanan negara. Memang tidak dapat disangkal lagi kestabilan emas sebagai matawang dalam perniagaan. Disebabkan itu Malaysia bersandarkan kepada USD yang mana sememangnya bersandarkan kepada emas pada ketika itu.


Fort Knox

Selepas 1960, Amerika merubah dasarnya apabila tidak mahu lagi bersandarkan kepada emas. Mereka mahu USD bersandarkan kepada "supply and demand". Sejak perubahan dasar inilah matawang USD tidak lagi stabil seperti dulu. Kesannya Malaysia yang bersandarkan kepada USD juga menjadi tidak stabil. Pelbagai masalah mula timbul dari perubahan ini. Banyak exploitasi dan manipulasi matawang sesebuah negara berlaku. Seperti George Soros memanipulasikan Ringgit Malaysia yang menyebabkan negara mengalami krisis kewangan pada 1997.

Jika dulu bersandarkan kepada Emas, yang mempunyai nilai tetap dalam pasaran, kini bersandarkan kepada "pengeluaran dan permintaan" perdagangan antarabangsa. Di mana tiada nilai yang boleh ditetapkan untuk sadaran jenis ini. Ini menyebabkan nilai sebenar USD kini tidak ubah 'sekadar kertas dan dakwat sahaja'. Iaitu 20sen! Tidak kiralah apa nilai yang tertulis di atas matawang USD samaada USD50 atau USD100. Nilai sebenar matawang tersebut hanyalah 20sen! Atau kurang dari itu! Itulah maksudnya!


Jadi kini Malaysia bersandarkan kepada USD! Apa nilai sebenar matawang Ringgit Malaysia!!?!!
Selepas beberapa kali kemelesetan ekonomi melanda negara, sepatutnya Kerajaan Malaysia sudah matang untuk mula mengubah dasar serta membuang kebergantungan kepada USD. Satu bentuk medium yang kukuh seperti emas perlu diwujudkan bagi menstabilkan Ringgit Malaysia dan mampu berdiri dengan sendiri. Dengan ini kita dapat menjadikan Ringgit Malaysia sebagai satu bahasa utama yang baru dalam transaksi perdagangan dunia.


Cadangan berubah kepada Dinar Emas merupakan permulaan yang baik. Walaupun idea Dinar Emas ini telah mula diperkenalkan sebelum tahun 2000 lagi. Namun langkah kearah penggunaannya belum menampakkan hasil. Kerana kurang keyakinan dikalangan negara-negara rantau asia. Kebanyakan negara bimbang tentang kestabilan Dinar Emas.


Untuk lebih lanjut:

2 comments:

Noor Hasilah Ismail said...

Dear Nan Naga,
A very well written piece. You really did some homework and research on this matter. Tak sangka seorang pakar komputer dan matematik bijak membuat analisis sebegini. Saya cadangkan u ambil Masters dalam sains politik!

Anyway, saya amat bersetuju dengan apa yang diutarakan oeh anda dalam artikel ini. Sudah tiba masanya kita balik kepada cara ekonomi Islam yang menggalakkkan kita bersandar kepada nilai emas, atau dinar seperti yang pernah dicadangkan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir. Beginilah jadinya apabila nilai matawang bergantung kepada supply and demand. Dari zaman rasulullah lagi, Islam telah menyandarkan nilai matawang pada emas. Tetapi dunia lebih terpengaruh dengan cadangan Yahudi untuk menyandarkan nilai matawang dengan USD/supply & demand.

Anonymous said...

maaf. saya seorang pelajar yg hanye mempunyai ilmu yang cetek ttg ekonomi..
saya mahu tanya berikutan tentang harga emas yang digunakan pada zaman dahulu. seperti tertulis contoh yang diberikan, harga barangan masih kekal sama walaupun setelah 1000 tahun lamanya. bermakna, harga emas tiada turun dan naik?