Menganalisis isu-isu semasa melalui pengalaman, bahan bacaan, dan perbincangan intelektual. Segala komen dan kritikan yang membina dialu-alukan bagi memperbaiki mutu kandungan blog ini. Komen-komen yang mencarut dan melampaui batas tidak akan di layan.
Monday, October 27, 2008
Wednesday, October 22, 2008
UMNO IDOL
Hari ini Rais Yatim menyelar tindakan sesetengah individu yang mengamalkan politik wang dalam pemilihan UMNO. Siapa makan cili dia yang terasa pedas. Perkara ini telah acap kali dinyatakan sejak terwujudnya sistem kuota. Sistem kuota ini, seperti kita lihat sekarang sudah tidak relevan. Dimana setiap ahli yang ingin bertanding perlu mempunyai jumlah pencalonan minimum yang telah ditetapkan, bagi melayakkan ahli tersebut untuk bertanding. Bagi ahli yang telus (kalau ada) mempunyai cukup pencalonan, sudah tidak perlu risau kerana tempat sudah terjamin.
Tapi lain pula kisahnya bagi mereka yang mendapat sikit pencalonan ini, tak senang duduk dibuatnya kerana tempat belum terjamin. Belum selamat. Mulalah panjang akal memikirkan cara mencukupkan kuota. Mulalah keluar tanduk bagi memancing bahagian-bahagian lain mencalonkan mereka. Yang pasti umpan mereka bukan murahan. Mereka memancing dan mereka yang sukakan umpannya, senang cakap memang tak tahu MALU! Sanggup mencemarkan maruah mempratikkan taktik kotor yang bakal meruntuhkan institusi UMNO sikit demi sedikit.
Kini perkara ini sudah berlarutan sejak dulu lagi. Yang sikit demi sedikit itu tadi bila sudah bertahun mungkin sudah separuh runtuhnya. Ada yang kata "dah runtuh habis dah". Lain orang lain pandangannya.
Bila melihat perkembangan proses pencalonan di media cetak dan elektronik ini, adakalanya membuatkan saya tersenyum. Kerana seperti melihat perkembangan peserta rancangan realiti AF (Akademi Fantasia) atau OIM (One In the Million), dimana setiap minggu kita boleh melihat peserta mana yang mendahului dengan undi paling POPULAR.
Itu yang kita nampak dalam pemilihan UMNO. Ahli yang mengamalkan politik wang dan dicalonkan untuk jawatan penting dalam UMNO hanya terpilih kerana popularity bukan kerana capability. Mereka yang popular ini tidak ada kemampuan untuk memimpin atau membawa UMNO ke landasan yang betul. Akhirnya UMNO terumbang-ambing dan karam. Sebab nakhoda yang dipilih kerana populariti bukan kerana mahir mengemudikan kapalnya.
Tidakkah para ahli UMNO berfikir, yang dikalangan ahli mereka yang tidak popular ada yang mempunyai idea, kebolehan dan strategi yang lebih inovatif bagi memajukan bangsa Melayu. Tapi mengapa UMNO masih berdalih lagi? Tidak mahu menerima kenyataan bahawa mereka yang tidak popular juga mempunyai kemampuan memimpin UMNO.
Kalau UMNO ingin terus juga melaksanakan sistem kuota ini yang telah menjadi bahan ketawa bangsa lain dan parti lain. Saya rasa elok pemilihan-pemilihan seterusnya kita tukar sikit pendekatan dengan Media Prima atau Astro hasilkan rancangan realiti dinamakan UMNO Idol. Hahaha...Idea yang mungkin patut dipertimbangkan oleh UMNO sekarang. Boleh juga dijadikan platfom untuk memilih calon-calon Presiden,Timbalan, Naib, Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO. Boleh buat duit lagi kalau guna undi sms. Amacam OK TAK?
Wednesday, October 15, 2008
Pahit Yang Tersurat & Tersirat
Nampaknya betullah kata orang-orang tua yang benar itu pahit. Tapi ramai antara kita tidak mahu merasakan pahit, sebaliknya menolak ia kepada orang lain. Biar orang lain menjadi muka untuk dihujankan segala kepahitan ini. Mereka ini yang peliknya sudah tahu benda yang dilakukan akan mendatangkan kepahitan dan pahit itu akan jelas menjadi juadah utama dalam kehidupan di dunia yang nyata ini. Kenapa masih ingin menafikan. Lambat laun kepahitan itu akan satu persatu datang menerjah. Kalau duduk diam tidak menganiaya dan menfitnah mungkin tidak akan berpanjangan.
Sunday, October 12, 2008
'Malaysia Punya Susu India Dapat Nama'
Negeri bersejarah, menempa satu lagi sejarah apabila Yang DiPertuanya menganugerahkan DMSM yang membawa gelaran 'Datuk' kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan. Perkara ini menjadi buah mulut majoriti rakyat apabila cerita ini terpampang di muka akhbar tempatan. Makin ramai rakyat menyuarakan kehairanan dari meja kopi hinggalah ke ruangan blog macam ni.
Apa tidaknya! Dalam jutaan penduduk Malaysia, dah tak ada yang layak ke? Saya percaya ada yang seribu kali lebih layak menerima penghargaan yang tinggi berbanding mamat Bollywood ni. Begitu ramai anak Malaysia telah menempa nama, mengharumkan nama negara di dalam dan luar negara. Tapi kini orang lain yang pula yang dihargai.
Menurut orang kuat Melaka, mamat Bollywood ni layak menerima anugerah Datuk kerana sumbangannya kepada Negeri Melaka. Katanya Datuk Bolly ni telah membantu mempromosikan Malaysia yang sedikit sebanyak mengembangkan industri pelancongan negara??
Sepanjang hidup anda, pernah ke menyaksikan Datuk Bolly ini berkempen mempromosikan Malaysia seperti apa yang dilakukan oleh Michelle Yeoh di media cetak dan elektronik? Pernah ke anda mendengar tentang Datuk Bolly ni menyebut tentang melanconglah di Malaysia kepada negara luar? Memang tak ada kan? Jadi mana bukti sumbangannya.
Kalau kerana membuat penggambaran di Malaysia adalah sumbangan beliau mempromosikan Malaysia, ini adalah satu alasan bodoh sahaja. Si Bolly ni hanya pelakon sahaja, yang menetapkan lokasi lakonan sesebuah filem adalah pengarah dan produser. Kalau pengarah dan produser yang dapat anugerah ni mungkin berasaslah juga. Jadi kini apa asasnya menganugerahkan Datuk kepada Si Bolly ni. Kononya beliau membantu pelancongan Malaysia. Hari ni dapat 'Datuk' kerana promosikan Malaysia. Baik jadikan dia Menteri Pelancongan terus.
Bukanlah iri hati atau sakit hati, cuma ia menggambarkan bertapa mudahnya mendapat anugerah darjah dari Negeri Bersejarah ni. Ramai juga yang pernah mendengar bahawa pangkat 'Datuk' ni boleh dibeli. Kalau dah boleh beli, jadi pangkat 'Datuk' ini hanya sekadar nama panggilan sahaja. Maksudnya nilainya sama macam orang dah ada cucu. Tak lebih dari itu. Cuma yang ini boleh beli. Jadi apa erti penganugerahan ini?
Selama ini kita percaya bahawa mereka yang banyak berjasa dan menyumbang kepada negaralah yang akan diberi penganugerahan. Tidak kiralah sumbangan dalam bentuk tenaga, idea mahupun wang ringgit. Tapi yang pasti bukan sedikit. Masalahnya kini ada juga yang mendapat anugerah walaupun sumbangannya kepada negara tidak seberapa. Sama lah seperti Si Bolly ni. Ramai rakyat Malaysia bersungguh-sungguh mempromosikan Malaysia kepada dunia luar, Rakyat India pula dapat penghargaan.
Ni lah dia 'Malaysia Punya Susu India Dapat Nama'.
Upadated 24 Oct 2008 , 7:38am -
- Komen Tun Dr Mahathir tentang penganugerahan ini. Klik sini
Wednesday, October 8, 2008
Filem: Pensil
Kali ini memang bertentangan dengan konsep blog. Tapi terasa rugi jika tidak dikongsikan perkara baik ini kepada rakan-rakan diluar sana. Prebiu ringkas mengenai filem ini adalah pandangan ikhlas saya.
Filem ini tidak skema, sedih dan penuh dengan pengajaran. Itulah adunan yang boleh kita saksikan didalam filem ini. Mengisahkan perjalanan hidup seorang insan yang tidak sempurna akal dan fizikal bernama Badrul. Badrul yang dibesarkan oleh ibu tirinya menunjukkan kemampuan untuk berdikari tanpa bergantung pada sesiapa.
Dalam keadaan fizikal dan akal beliau, Badrul berjalan dari rumah ke rumah menjual kerepek yang dihasilkan oleh jiran berhampiran. Setiap bungkus kerepek Badrul akan menerima upah 20 sen. Namun dalam perjalanan menjual kerepek, Badrul telah dirompak dan kemudianya difitnah mencuri hasil jualan sehingga hilang pekerjaan. Selanjutnya anda perlu saksikan sendiri.
Tapi apa yang penting filem ini penuh dengan sindiran, dimana ia menunjukkan kita bahawa bagaimana Badrul yang tidak sempurna fizikal dan akal begitu rajin membanting tulang untuk mencari sesuap nasi menyara diri serta ibu tirinya. Bagaimana Badrul yang dicemuh dan dihina oleh orang ramai masih mampu bersabar dan meneruskan kehidupan. Bagaimana keadaan diri Badrul sekarang masih cekal beribadah dan memberi bantuan kepada yang memerlukan. Bagaimana!Bagaimana!Badrul dalam serba kekurangan ini mampu melakukan segalanya sedangkan masih ada insan yang jelas sihat tubuh badan dan akal fikiran diluar sana membuang masa.
Banyak pengajaran dan mesej yang membina diselitkan dalam filem ini. Jika anda ada anak atau adik kecil, pertontonkanlah filem ini kepada mereka. Jangan samakan filem bajet rendah ini dengan filem seperti sepi, cinta atau kami. Apa yang penting adalah keseluruhan jalan ceritanya sangat menarik dan menyentuh perasaan.
Arahan: M Subash
Lakonan : M Subash::Jalil Hamid::Khatijah Tan::MaimonMutalib:Ruminah Sidek
Tuesday, October 7, 2008
Penggali Jubor Nak Masuk Kubur
Jubor?..Ada yang terpinga-pinga dengan tajuk blog kali ini. Kalau yang paham tu, mesti tertawa kecil. Perkataan ini merupakan bahasa slanga di sesetengah negeri, tapi selalu digunakan apabila ingin meluahkan perasaan marah."Juborlah!", "Jubor hanglah" dan jubor itu jubor ini. Kalau dah baca sampai sini jangan rasa jubor pulak.
Jangan jadi seperti negara pengganas kristian, menghalalkan yang haram sehingga lelaki boleh mengahwini lelaki dan sama juga halnya dengan perempuan. Negara yang boleh diklasifikasikan sebagai maju dari segi teknologi tetapi tolol dalam moral dan budaya. Sampai satu tahap mereka sanggup membenarkan rakyatnya mengahwini binatang!?!. Jubur binatang pula dihalalkan?. Adakah ini yang hendak kita jadikan sebagai ikutan? Inikah yang kebanyakan negara-negara atau individu yang pro tehadap mereka ingin banggakan?. Ternyata mereka yang pro ini tidak segan menjilat jubur pengganas kristian untuk kepentingan jubur sendiri. Sebab itu dalam tajuk "Pengganas Kristian", mereka ini digelar pengganas serampang empat mata. Pengganas mental, pengganas rohani, pengganas budaya dan pengganas ekonomi.
Mereka ini telah memulakan trend yang merosakkan serta meruntuhkan institusi keluarga dengan membenarkan hubungan songsang ini. Sekarang ini, negara-negara lain yang mempunyai golongan songsang mula inginkan trend yang serupa di negara sendiri. Sehingga timbul nama saintifik untukmereka, 'homoseksual'. Pelbagai gelaran diberi kepada mereka ini seperti songsang, dua alam dan lain-lain. Tapi yang pasti mereka ini Juborian (warga jubor). Nama jijik yang sesuai untuk mereka yang mengamalkan perkara yang jijik ini.
Sekarang ini ideologi juborian umpama barah yang sedang merebak di dalam negara kita. Mereka ini bergerak seperti komando kerana adakalanya agak sukar untuk membezakan diantara si jubor ini dengan yang normal. Kerana si jubor ini pandai berselindung dari identiti sebenarlah, yang saya panggil komando. Tapi modus operandi komando ini adalah menyerang jubor sahaja atau membiarkan jubor sendiri diserang. Komando jahanam!
Ada juga diantara mereka bangga menunjukkan diri mereka sebenar. Bangga menjadi juborian. Si jijik yang tanpa segan silu memadu kasih hubungan sejenis seperti apa yang berlaku di sebuah tasik di Cheras. Tasik tersebut cukup terkenal untuk menjadi tempat persinggahan pasangan jubor ini melempiaskan kasih. Tasik apa? Rasanya ada satu sahaja yang terkenal di Cheras tu.
Dalam majalah tempatan ada mendedahkan tentang lokasi perjumpaan para jubor ini. Kalau berada disana pada awalnya anda tidak akan perasan sebarang keganjilan tentang pasangan-pasangan merpati berjalan berpimpin tangan dengan penuh manja. Apabila memerhati dengan lebih dekat barulah mula rasa loya yang dua merpati yang berpimpin tangan itu tadi adalah dua merpati jantan.
Ada kalangan juborian ini adalah mereka yang terkenal dan berpengaruh. Seperti apa yang telah berlaku di Malaysia lebih 10 tahun dulu. Detik dimana sipolan yang telah disabitkan kesalahan menjubor, sehingga dibicara ke mahkamah tinggi. Kesudahannya, sipolan ini telah didapati bersalah menjubor. Disebabkan kelemahan teknikal sistem perundangan mahkamah tinggi, sipolan tersebut tidak boleh dijatuhkan hukuman. Perkara tersebut memang diputuskan oleh mahkamah. Tapi tidak ramai yang tahu. Dalam blog orang terkenal ada nyatakan perkara ini dengan lebih teliti.
Sekarang sipolan yang pernah disabitkan kesalahan menjubor ni hendak mencapai jauh. Dari bawah tanah terus ingin menduduki kerusi Nombor Satu Malaysia. Sejak sipolan ini keluar penjara semakin ramai penyokongnya. Rata-ratanya mereka yang inginkan perubahan. Tak salah berubah, ya lah! Kalau untuk kebaikan apa salahnya berubah. Tapi tolong kaji dulu luar dan dalam sipolan ni dahulu. Hanya sebab agenda si penjubur ni menarik, terus saja disokong. Turunkan harga minyak! Turunkan harga barang! Turunkan cukai! Memang tu rakyat yang suka dengar! Sampai satu masa sipolan suruh Turunkan Seluar! Baru ternganga.
Dapati sipolan ni banyak mendapat bantuan dan sokongan dari organisasi kristian dan yahudi yang kebanyakannya dari negara pengganas kristian. Apa hebatnya dia sehingga diberi layanan istimewa disana. Sipolan ini juga nampak akrab dengan bekas setiausaha pertahanan yang kini sudah menjadi presiden bank dunia. Presiden bank dunia ini juga telah mencalonkan sipolan untuk majalah terkemuka. Rasanya ramai yang dah tahu.
Nak cerita pasal nafsu songsang juborian ni memang dah lama bertapak di Malaysia. Pasti ada diantara anda yang pernah dihampiri oleh beberapa juborian. Mungkin anda tak perasan! Kadang-kadang cara mereka seperti hendak mengorat. Ish!. Tak tahu lah tang mana yang dorang pandang. Nak kata rupa! manis tu adalah. Mungkin juborian ni nampak jubor jer. Mungkin pada mereka jubor yang nampak manis bukan rupa. Jadi bila keluar berjalan dan berhadapan dengan mereka ni, jaga-jaga lah jubur anda.
Pengajaran dan ikhtibar telah pun diterangkan melalui kisah Nabi Luth a.s. Dimana umatnya ketika itu telah sesat serta rosak kerana melakukan bermacam kemungkaran dan mengamalkan nafsu songsang. Dari surah Al-A'raf: 80-84 menerangkan:-
"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas."
Nabi Luth a.s yang telah diutuskan kepada sebuah kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati atau lebih dikenali sebagai ibukota Sodom. Setelah dakwah dan menasihati kaumnya supaya meninggalkan perbuatan terkutuk itu tidak mendatangkan kesan ataupun perubahan. Akhirnya Nabit Luth berfikir, bagi mengelakkan perbuatan terkutuk ini merebak ke tempat lain. Jalan terbaik adalah menghapuskan mereka dari muka bumi ini. Dengan cara ini dapat menjadi ikhtibar bagi umat akan datang. Maka Nabi Luth bermohon kepada Allah, agar kaum masyarakat Sodom ini diberi pengajaran berupa azab didunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak.Doanya diperkenankan oleh Allah dan diutus kepadanya tiga Malaikat yang menyamar sebagai pemuda bertubuh sasa serta tampan. Tiga pemuda tampan ini telah diterima sebagai tetamu di rumah Nabi Luth. Isteri Nabi Luth yang mungkar telah mencanangkan seluruh Sodom mengenai tetamu tampan di rumahnya. Ramai penduduk Sodom yang rakus dan dahaga terus menuju ke rumah Nabi Luth bagi mendapatkan pemuda tampan tersebut.Mereka menjerit, memaksa Nabi Luth menyerahkan tiga pemuda tersebut. Nabi Luth mula resah dan tidak berdaya untuk melindungi tetamunya. Melihat keadaan tersebut, tiga pemuda tersebut memberitahu Nabi Luth a.s, bahawa mereka adalah Malaikat yang diutus oleh Allah swt untuk menurukan azab dan membinasakan kaum disini.Malaikat menyuruh Nabi Luth meninggalkan mereka disitu dan pergi menyelamatkan diri. Nabi Luth a.s membawa anaknya bersama, namun isterinya yang mungkar enggan turut serta meninggalkan tempat tersebut. Malaikat itu tadi hanya membiarkan saja penduduk Sodom yang jahil itu merempuh masuk. Seketika mereka masuk, pandangan mereka telah dibutakan. Mereka terpinga-pinga dan ketakutan tentang apa yang berlaku pada mereka sekarang. Allah telah turunkan hujan batu daripada neraka jahim bagi meruntuhkan kota Sodom. Malaikat Jibril dengan sebelah sayapnya telah menterbalikkan tujuh kota mereka sehingga hancur musnah semua musuh Nabi Luth a.s. termasuk isterinya yang mungkar.
Wednesday, October 1, 2008
Selamat Menyambut Aidilfitri
Berhati-hati dijalan raya, pergilah beraya dan pulanglah dengan selamat. Tidak perlu berlumba untuk ke destinasi. Bawa kenderaan dengan tenang, jangan ikutkan perasaan ego atau marah yang pentingnya kita sampai ke destinasi dengan selamat.
Selamat Aidilfitri
Saentero