Wednesday, October 22, 2008

UMNO IDOL


Hari ini Rais Yatim menyelar tindakan sesetengah individu yang mengamalkan politik wang dalam pemilihan UMNO. Siapa makan cili dia yang terasa pedas. Perkara ini telah acap kali dinyatakan sejak terwujudnya sistem kuota. Sistem kuota ini, seperti kita lihat sekarang sudah tidak relevan. Dimana setiap ahli yang ingin bertanding perlu mempunyai jumlah pencalonan minimum yang telah ditetapkan, bagi melayakkan ahli tersebut untuk bertanding. Bagi ahli yang telus (kalau ada) mempunyai cukup pencalonan, sudah tidak perlu risau kerana tempat sudah terjamin.

Tapi lain pula kisahnya bagi mereka yang mendapat sikit pencalonan ini, tak senang duduk dibuatnya kerana tempat belum terjamin. Belum selamat. Mulalah panjang akal memikirkan cara mencukupkan kuota. Mulalah keluar tanduk bagi memancing bahagian-bahagian lain mencalonkan mereka. Yang pasti umpan mereka bukan murahan. Mereka memancing dan mereka yang sukakan umpannya, senang cakap memang tak tahu MALU! Sanggup mencemarkan maruah mempratikkan taktik kotor yang bakal meruntuhkan institusi UMNO sikit demi sedikit.

Kini perkara ini sudah berlarutan sejak dulu lagi. Yang sikit demi sedikit itu tadi bila sudah bertahun mungkin sudah separuh runtuhnya. Ada yang kata "dah runtuh habis dah". Lain orang lain pandangannya.

Bila melihat perkembangan proses pencalonan di media cetak dan elektronik ini, adakalanya membuatkan saya tersenyum. Kerana seperti melihat perkembangan peserta rancangan realiti AF (Akademi Fantasia) atau OIM (One In the Million), dimana setiap minggu kita boleh melihat peserta mana yang mendahului dengan undi paling POPULAR.

Itu yang kita nampak dalam pemilihan UMNO. Ahli yang mengamalkan politik wang dan dicalonkan untuk jawatan penting dalam UMNO hanya terpilih kerana popularity bukan kerana capability. Mereka yang popular ini tidak ada kemampuan untuk memimpin atau membawa UMNO ke landasan yang betul. Akhirnya UMNO terumbang-ambing dan karam. Sebab nakhoda yang dipilih kerana populariti bukan kerana mahir mengemudikan kapalnya.

Tidakkah para ahli UMNO berfikir, yang dikalangan ahli mereka yang tidak popular ada yang mempunyai idea, kebolehan dan strategi yang lebih inovatif bagi memajukan bangsa Melayu. Tapi mengapa UMNO masih berdalih lagi? Tidak mahu menerima kenyataan bahawa mereka yang tidak popular juga mempunyai kemampuan memimpin UMNO.

Kalau UMNO ingin terus juga melaksanakan sistem kuota ini yang telah menjadi bahan ketawa bangsa lain dan parti lain. Saya rasa elok pemilihan-pemilihan seterusnya kita tukar sikit pendekatan dengan Media Prima atau Astro hasilkan rancangan realiti dinamakan UMNO Idol. Hahaha...Idea yang mungkin patut dipertimbangkan oleh UMNO sekarang. Boleh juga dijadikan platfom untuk memilih calon-calon Presiden,Timbalan, Naib, Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO. Boleh buat duit lagi kalau guna undi sms. Amacam OK TAK?


No comments: