Wednesday, October 8, 2008

Filem: Pensil


Kali ini memang bertentangan dengan konsep blog. Tapi terasa rugi jika tidak dikongsikan perkara baik ini kepada rakan-rakan diluar sana. Prebiu ringkas mengenai filem ini adalah pandangan ikhlas saya.

Filem ini tidak skema, sedih dan penuh dengan pengajaran. Itulah adunan yang boleh kita saksikan didalam filem ini. Mengisahkan perjalanan hidup seorang insan yang tidak sempurna akal dan fizikal bernama Badrul. Badrul yang dibesarkan oleh ibu tirinya
menunjukkan kemampuan untuk berdikari tanpa bergantung pada sesiapa.

Dalam keadaan fizikal dan akal beliau, Badrul berjalan dari rumah ke rumah menjual kerepek yang dihasilkan oleh jiran berhampiran. Setiap bungkus kerepek Badrul akan menerima upah 20 sen. Namun dalam perjalanan menjual kerepek, Badrul telah dirompak dan kemudianya difitnah mencuri hasil jualan sehingga hilang pekerjaan. Selanjutnya anda perlu saksikan sendiri.

Tapi apa yang penting filem ini penuh dengan sindiran, dimana ia menunjukkan kita bahawa bagaimana Badrul yang tidak sempurna fizikal dan akal begitu rajin membanting tulang untuk mencari sesuap nasi menyara diri serta ibu tirinya. Bagaimana Badrul yang dicemuh dan dihina oleh orang ramai masih mampu bersabar dan meneruskan kehidupan. Bagaimana keadaan diri Badrul sekarang masih cekal beribadah dan memberi bantuan kepada yang memerlukan. Bagaimana!Bagaimana!Badrul dalam serba kekurangan ini mampu melakukan segalanya sedangkan masih ada insan yang jelas sihat tubuh badan dan akal fikiran diluar sana membuang masa.

Banyak pengajaran dan mesej yang membina diselitkan dalam filem ini. Jika anda ada anak atau adik kecil, pertontonkanlah filem ini kepada mereka. Jangan samakan filem bajet rendah ini dengan filem seperti sepi, cinta atau kami. Apa yang penting adalah keseluruhan jalan ceritanya sangat menarik dan menyentuh perasaan.

Arahan: M Subash
Lakonan : M Subash::Jalil Hamid::Khatijah Tan::MaimonMutalib:Ruminah Sidek


No comments: