Nampaknya betullah kata orang-orang tua yang benar itu pahit. Tapi ramai antara kita tidak mahu merasakan pahit, sebaliknya menolak ia kepada orang lain. Biar orang lain menjadi muka untuk dihujankan segala kepahitan ini. Mereka ini yang peliknya sudah tahu benda yang dilakukan akan mendatangkan kepahitan dan pahit itu akan jelas menjadi juadah utama dalam kehidupan di dunia yang nyata ini. Kenapa masih ingin menafikan. Lambat laun kepahitan itu akan satu persatu datang menerjah. Kalau duduk diam tidak menganiaya dan menfitnah mungkin tidak akan berpanjangan.
Sekarang keadaan sudah berbeza. Kepahitan itu sudah mula terasa, mula rasa tidak selesa. Mula lah kenal bagaimana rasanya pahit. Kepahitan mula menguatkan ingatan terhadap segala amalan yang telah dilakukan. Begitu hebatnya pahit ini. Jangan sampai pahit ini mula berkata-kata mengucapkan khutbah. Jangan sampai pahit ini mendedahkan segala amalan dalam bentuk sebuah filem atau buku. Kalau filem tentu menarik jalan ceritanya. Ada sedih, susah, konspirasi, konfrontasi, ketegangan, pecah amanah, auta, komplot, hasad dengki, fitnah dan rasuah. Kenapa isi jalan ceritanya semuanya negatif, inilah dia intipati sebenar pahit yang satu ini.
Disebabkan segala amalan pahit ini semakin banyak. Tidak tertampung lagi keimanan untuk melindunginya lagi. Bak empangan retak menanti masa untuk pecah. Retaknya kerana amalan silam yang terlalu angkuh dan megah sehingga memakan diri. Segala pahit akan di bongkar walaupun secara tersirat. Bila tersirat itu fakta! Hendak dinafikan pula! Mula mencemuh memaki tidak mahukan pahit. Mencanangkan yang pahit itu tidak benar. Dusta semata-mata.
Bila pahit ini tidak boleh ditampung berseorangan, diajaknya yang lain untuk merasakan sekali. Kerana diri terlalu lemah! Kerana diri hilang pedoman! Ketandusan idea untuk membuang yang pahit ini sendiri! Yang lain itu pula ikut membuta tuli memaki hamun dan mencela walaupun tidak jelas apa yang diperjuangkan. Mungkin ada kena mengena dengan amalan pahit itu tadi. Jika tidak dipertahankan akan terpalit sejuta pahit ke muka sendiri. Baru tersirat dah terloncat! Macam mana pula keadaannya kalau tersurat! Dah terbang agaknya.
Walau dilakukan kejahatan nyata dan tidak nyata untuk membuangkan pahit. Namun pahit ini kekal kebal, kerana cukup hitam dan putihnya. Cukup saksi. Cukup pula bala tentera, yang hanya menanti arahan jeneralnya. Kini hanya menunggu mereka memulakan letusan yang akan menjadi pemangkin bagi pahit bertindak. Jika mereka buka satu. Yang pahit tak sengaja terbuka sepuluh. Jika mereka buka dua. Tak sengaja pula pahit ni membuka dua puluh. Tapi kalau mereka berdiam. Pahit akan "Shhhhhhhh...."
1 comment:
dear nan-naga,
setuju bebenorlah dengan artikel you ini. bak kata orang benda yang pahit ini ada 2 efek - samada mendatangkan mujarab atau mudarat. dan diam pun mcm-mcm jenis diam...diam-diam berisi atau diam-diam bak gunung berapi ... hah ini paling menakutkan...gunung berapi kalau dibiar dipendam lama-lama, dalam diam-diam bila meletup....keluar lava yang amat panas yang bukan sahaja boleh membunuh, tetapi juga membakar. malah tempiasnya sahaja sudah mencukupi untuk membawa bencana. - noor
Post a Comment