Negeri bersejarah, menempa satu lagi sejarah apabila Yang DiPertuanya menganugerahkan DMSM yang membawa gelaran 'Datuk' kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan. Perkara ini menjadi buah mulut majoriti rakyat apabila cerita ini terpampang di muka akhbar tempatan. Makin ramai rakyat menyuarakan kehairanan dari meja kopi hinggalah ke ruangan blog macam ni.
Apa tidaknya! Dalam jutaan penduduk Malaysia, dah tak ada yang layak ke? Saya percaya ada yang seribu kali lebih layak menerima penghargaan yang tinggi berbanding mamat Bollywood ni. Begitu ramai anak Malaysia telah menempa nama, mengharumkan nama negara di dalam dan luar negara. Tapi kini orang lain yang pula yang dihargai.
Menurut orang kuat Melaka, mamat Bollywood ni layak menerima anugerah Datuk kerana sumbangannya kepada Negeri Melaka. Katanya Datuk Bolly ni telah membantu mempromosikan Malaysia yang sedikit sebanyak mengembangkan industri pelancongan negara??
Sepanjang hidup anda, pernah ke menyaksikan Datuk Bolly ini berkempen mempromosikan Malaysia seperti apa yang dilakukan oleh Michelle Yeoh di media cetak dan elektronik? Pernah ke anda mendengar tentang Datuk Bolly ni menyebut tentang melanconglah di Malaysia kepada negara luar? Memang tak ada kan? Jadi mana bukti sumbangannya.
Kalau kerana membuat penggambaran di Malaysia adalah sumbangan beliau mempromosikan Malaysia, ini adalah satu alasan bodoh sahaja. Si Bolly ni hanya pelakon sahaja, yang menetapkan lokasi lakonan sesebuah filem adalah pengarah dan produser. Kalau pengarah dan produser yang dapat anugerah ni mungkin berasaslah juga. Jadi kini apa asasnya menganugerahkan Datuk kepada Si Bolly ni. Kononya beliau membantu pelancongan Malaysia. Hari ni dapat 'Datuk' kerana promosikan Malaysia. Baik jadikan dia Menteri Pelancongan terus.
Bukanlah iri hati atau sakit hati, cuma ia menggambarkan bertapa mudahnya mendapat anugerah darjah dari Negeri Bersejarah ni. Ramai juga yang pernah mendengar bahawa pangkat 'Datuk' ni boleh dibeli. Kalau dah boleh beli, jadi pangkat 'Datuk' ini hanya sekadar nama panggilan sahaja. Maksudnya nilainya sama macam orang dah ada cucu. Tak lebih dari itu. Cuma yang ini boleh beli. Jadi apa erti penganugerahan ini?
Selama ini kita percaya bahawa mereka yang banyak berjasa dan menyumbang kepada negaralah yang akan diberi penganugerahan. Tidak kiralah sumbangan dalam bentuk tenaga, idea mahupun wang ringgit. Tapi yang pasti bukan sedikit. Masalahnya kini ada juga yang mendapat anugerah walaupun sumbangannya kepada negara tidak seberapa. Sama lah seperti Si Bolly ni. Ramai rakyat Malaysia bersungguh-sungguh mempromosikan Malaysia kepada dunia luar, Rakyat India pula dapat penghargaan.
Ni lah dia 'Malaysia Punya Susu India Dapat Nama'.
Upadated 24 Oct 2008 , 7:38am -
- Komen Tun Dr Mahathir tentang penganugerahan ini. Klik sini
1 comment:
mamat ni dan kuncu2nya sdg menghadapi masalah mendapatkan publisiti. jadi ni kes nak tumpang glamer lah...
Post a Comment