Friday, September 26, 2008

Batu Terapung Kebesaran ALLAH

KEMASKINI
Setelah menerima pelbagai maklumat dan nasihat dari rakan2 blogger. Batu terapung dari gambar yg telah di paparkan adalah palsu. Terima Kasih kepada rakan blogger yang berkongsi maklumat dan infomasi bersama kami di sini.

Berikut di bawah adalah posting sebelumnya. Harap maaf di atas segala kekeliruan. Saya tidak akan buang posting ini supaya dapat dijadikan contoh. Kemungkinan anda ada terjumpa blogger yang menyebarkan maklumat seperti ini. Anda boleh jalankan tanggungjawab untuk menegur.
-----------------------------------------------

Tahukah anda fenomena 'batu terapung' di Baitulmaqdis yang berada tidak jauh dari Masjid Al-Aqsa. Mesti ramai yang tidak tahu menahu tentang perkara ini. Inilah kebesaran Allah. Apabila Dia mengatakan jadi maka jadilah ia. Perkara ini bukan satu dongeng cerita malam untuk anak-anak. Ia satu pedoman dan pengajaran untuk kita selami jiwa dan rohani kita untuk menjadi lebih dekat dengan Allah s.w.t.

Dalam pendidikan sains dan paparan dokumentari di televisen pernah memaparkan batu terapung didalam air. Penjelasan sains ada untuk itu di mana apabila batu menjadi kurang tumpat dari air, maka batu itu tadi akan terapung. Perkara tersebut adalah sama seperti manusia ketika mandi di laut atau sungai dimana kita akan terasa ringan seakan terapung disebabkan badan kita kurang tumpat dari air.

Namun 'batu terapung' di Masjid Al-Aqsa bukan terapung didalam air, tapi terapung di udara. Seperti tergantung begitu sahaja, tidak bertali atau bertongkat!.

Batu terapung tersebut berhubung kait dengan peristiwa Israk Mikraj. Pada saat Rasulullah s.a.w hendak Mikraj batu tersebut hendak ikut bersama, tetapi Rasulullah s.a.w menghentakkan kakinya pada batu tersebut sebagai isyarat batu tersebut tidak dibenarkan ikut. Dari sejak peristiwa Israk Mikraj hingga kini batu tersebut masih terapung hingga kini.




Batu terapung kebesaran Allah


Foto ini menurut sumber diperolehi dari seorang hamba Allah sewaktu melawat Al Aqsa di Jerusalem, Subhanallah … !! Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang berkawal dan menjaga tempat tersebut dengan ketat.

Sampai sekarang kawasan batu terapung tersebut ditutup untuk umum, dan Yahudi telah membuat masjid lain iaitu Al Sakhrah tidak jauh disebelahnya dengan kubah “emas” ( yang sering terlihat di poster-poster yang disebarkan keseluruh dunia yang disebut sebagai Al Aqsa). Ini adalah strategi jahat Yahudi untuk mengaburi umat Islam tentang masjid Al Aqsa yang sebenarnya.

Nabi Muhammad SAW pernah menyebut Al Aqsa sebagai “Masjid Kubah Biru”. Masjid Al Aqsa yang sebenarnya kini sudah diambil alih oleh Israel dan Israel merancang memusnahkannya bagi digantikan dengan tempat ibadah mereka yang dakwanya Masjid Al-Aqsa dibina atas tapak ibadah Yahudi 2000 tahun dahulu.


Dimanakah Negara-negara Islam yang lain? Apa fungsi OIC sebenarnya? Kita sering dipaparkan tentang puluhan rundingan damai dan pelbagai perjanjian. Percayalah walaupun sejuta kali rundingan dan perjanjian dimeterai, tidak akan ada keamanan di Timur Tengah.

Kepada sesiapa ada info tambahan atau komen sila kongsikan bersama kami. Terima Kasih


Thursday, September 25, 2008

Kekeliruan Umat Islam Terhadap Masjid Al-Aqsa

Masjdi Al-Aqsa (kiri) dan Masjid As-Sakhrah (Dome of the Rock)

Sebarkan info mengenai MASJID AL-AQSA . Hari ini semakin ramai umat Islam terutamanya generasi muda, terkeliru diantara Dome of the Rock (Masjid As-Sakhrah) dengan Masjid Al-Aqsa. Sehingga kebanyakan rumah menggantung gambar Dome of the Rock dan mengatakan ia adalah Masjid Al-Aqsa. Tidak kurang juga di laman-laman web.

Tidak percaya? Cuba anda lakukan eksperimen terhadap anak remaja anda. Print gambar Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock. Tunjukkan kepada mereka. Mereka pasti dapat menunjuk dengan tepat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tapi mereka akan mengatakan Dome of the Rock sebagai Masjid Al-Aqsa! dan gambar Masjid Al-Aqsa yang sebenar mereka akan kata tak tahu. Subhanallah!

Berita luar negara sering memaparkan Dome of the Rock dan mengatakan ia Masjid Al-Aqsa. Perkara ini berlarutan sejak sekian lama sehingga umat Islam sendiri tidak kenal yang mana satu Masjid Al-Aqsa. Ini adalah salah satu propaganda Yahudi untuk melenyapkan Masjid Al-Aqsa dari muka bumi. Yahudi menyebarkan poster-poster palsu Masjid Al-Aqsa tapi sebenarnya adalah Dome of the Rock.

Canangkan kepada rakan-rakan dan paparkan kepada setiap laman web serta blog-blog anda. Diharap dengan cara ini sedikit sebanyak dapat menunjukkan gambaran sebenar Masjid AL-AQSA. Perkara ini dianggap kecil tapi besar maknanya jika dapat mendidik anak-anak kita mulai sekarang.

Kedudukan sebenar Masjid Al-Aqsa


Sebagai umat Islam marilah kita perbetulkan segala kekeliruan mengenai Masjid Al-Aqsa. Sekali lagi saya nyatakan hebahkanlah di laman-laman web dan blog-blog anda. Dengan izin ALLAH, saya percaya cara ini dapat membantu mempercepatkan proses menyedarkan umat Islam. INSYAALLAH.

SELAMATKAN MASJID AL-AQSA !!


Lebih lanjut lawat http://newyorkermen.multiply.com/journal/item/102
http://www.darulnuman.com/semasa/aqsa.html


*21 Ogos 1969: Masjid Al-Aqsa pernah dibakar oleh seorang lelaki bernama Dennis Michael yang bebangsa Australia yang kononya mendapat alamat dari Tuhan. Lebih lanjut http://fauzanibrahim.wordpress.com/foto/

*21 March 1997: Israel melakukan penggalian dibawah Masjid Al Aqsa kononya untuk mencari "jalan setapak " yang menjadi pintu masuk tempat ibadah (al Haikal) 2000 tahun yang lalu. Lebih lanjut http://sebuahkemulian.wordpress.com/2008/02/03/wahai-saudaraku-akankah-masjid-aqsha-segera-roboh/

Monday, September 15, 2008

Pengganas Kristian

  1. Semakin banyak keganasan terjadi didunia ini, tetapi setiap kali berlaku keganasan atau tindakan yang dikategorikan sebagai pengganas perkara terlintas di fikiran majoriti penduduk dunia ialah Islam?. Apa yang ingin diutarakan disini adalah terlalu prejudis dan tidak sensitif kerana menyatukan agama dengan perkataan negetif. Ia sebenarnya menimbulkan perasaan kurang senang terhadap penganut beragama Islam yang lain. Kerana tidak sampai 1 peratus pengganas yang kebetulannya adalah Islam, habis seluruh umat Islam terkena tempiasnya.
  2. Meletakkan sesebuah kumpulan atau gerakan dengan perkataan atau melabelkan sebagai Pengganas Islam atau di barat lebih gemar menggunakan "Muslim Terrorist" adalah tidak relevan sama sekali. Walaupun mereka yang kononya pejuang menentang pengganas, menyuarakan bahawa Islam itu sendiri agama yang suci serta mengajar umat manusia kejalan kebaikan dan kebenaran. Namun mereka tidak henti-henti memaparkan di media cetak dan elektronik tentang "Pengganas Islam" dan keganasan yang dilakukan oleh hanya segelintir Islam. Suara baik mereka adalah sinis semata-mata yang tidak membawa apa-apa makna dan kebaikan kepada dunia dan Islam amnya.
  3. Tidakkah kita sedar sebenarnya ini merupakan propaganda barat untuk menanamkan sikap takut dan benci peganut agama lain terhadap Islam. Sehingga timbul satu virus rohani baru yang menjadi epedemik negara mereka iaitu "Islamophobia". Mungkin ada yang tidak tahu mengenai perkara ini, mereka yang menghidap penyakit ini adalah mereka yang takut terhadap penganut beragama islam dari segi berpakaian atau menjalankan kehidupan seharian. Mereka ini tidak boleh melihat orang yang memakai serban, berkopiah, bertudung atau bejilbab. Ada di antara mereka tidak boleh melihat manusia berjanggut. Tiap kali mereka melihat ini semua akan timbul rasa takut yang amat sangat.
  4. Dengan menanamkan sifat takut kepada rakyat mereka. Mereka berharap akan mendapat suara majoriti untuk menyokong gerakan mereka yang kononnya menghapuskan pengganas. Mereka dengan idelogi demokrasi mencanangkan gerakan mereka ke setiap pelusuk negara di dunia kerana inginkan lesen untuk bertindak . Tapi sebenarnya merekalah pengganas yang sebenar. Pengganas serampang empat mata iaitu pengganas rohani, pengganas mental, pengganas ekonomi dan pengganas budaya yang maha dahsyat.
  5. Canangan mereka tidak pernah mendapat restu kebanyakan negara. Tetapi dengan keistimewaan kuasa "Veto". Suara negara-negara yang terdiri daripada negara kerdil dan dunia ketiga tidak memberi apa-apa makna. Walaupun pertubuhan besar seperti OIC dan ASEAN dengan lantang membangkang sekeras-kerasnya pun tidak mampu menghentikan keinginan nafsu pengganas yang empat ini. Mereka hanya ketawa mendengar suara kerdil ini. Mereka berpura-pura mengambil berat dan sensitif pada mulanya, kemudiannya bertindak atas tangan sendiri.
  6. Ini semua bermula sejak 9-11. Peristiwa yang dijadikan platfom bagi mereka bertindak mengikut kehendak mereka melawan pengganas. Dengan kuasa media mereka menanamkan ketakutan, menanamkan rasa simpati supaya mereka boleh bertidak terus menerus sampai bila-bila.
  7. Mereka menyerang Afghanistan yang dikatakan menjadi pusat latihan untuk pengganas dan nama Osama bin Laden menjadi terkenal kerana menjadi penaja kepada pengganas-pengganas dunia. Mereka menggunakan media menyampaikan keburukan dan kejahatan Afghanistan sehingga ramai diantara kita termakan dengan cerita dogengan mereka. Mereka membuat propaganda yang Afghanistan menyeksa dan membunuh rakyat jelatanya sesuka hati supaya mereka boleh terus menerus menyerang menawan dan menjajah Afghanistan dan sehingga kini mereka belum lagi keluar dari negara tersebut sepenuhnya.
  8. Selepas itu Iraq pula menjadi mangsa. Negara yang pada mulanya seluruh dunia percaya mempunyai Senjata Pemusnah atau "Weapon of Mass Destruction" tapi sehingga hari ini tiada satu bukti pun menunjukkan yang senjata itu benar wujud di Iraq. Mereka mengebom kilang pensil yang dikatakan menghasilkan senjata. Mereka mengebom kilang ubat yang dikatakan menghasilkan senjata kimia. Mereka mengebom sekolah yang dikatakan pusat latihan tentera.
  9. Mereka bertindak mengebom semua itu atas sumber maklumat dan risikian, itulah yang diperkatakan oleh mereka dalam media. Tapi sumber tersebut jelas jahil dan tidak boleh digunapakai. Sehingga ramai nyawa yang tidak berdosa melayang. Kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua tidak terlepas dari kerakusan senjata pemusnah mereka.
  10. Senjata yang diberi nama "Smart Bomb", tapi dikawal oleh sibodoh. Mereka hujani bumi Iraq dengan pelbagai jenis senjata yang tidak pernah kita lihat dan dengar. Seolah-olah ingin memberi tahu kepada dunia kemampuan ketenteraan mereka. Disini patut kita lihat siapa yang sebenarnya memiliki senjata pemusnah ini. Mereka atau Iraq?. Di media, mereka hanya memaparkan kehilangan nyawa para tentera mereka. Menjamu rakyat dan sekutu, cerita kematian dipihak mereka. Bagaimana dengan cerita di sebelah Iraq. Berapa banyak nyawa telah tekorban kerana mereka. Kematian tentera mereka dengan rakyat Iraq adalah 1: 200.
  11. Apa pun kesudahannya, Iraq sudah dihukum atas kesalahan yang tidak pasti tapi setelah dijajah kesalahan lain pula diwujudkan supaya menghalalkan penempatan mereka disana. Melakukan pelbagai sekatan ekonomi,perubatan dan pendidikan di Iraq. Namun apa yang Islam sekeliling "OIC" buat untuk membantu negara Iraq dari belenggu penjajah ini. OIC hanya guruh tapi hujannya tak ada.
  12. Selepas jajah mereka bukan inginkan tanah di Iraq. Tapi mereka inginkan isi perut bumi Iraq. Negara yang mempunyai simpanan emas hitam yang mengiurkan mereka untuk mendapatkannya. Mereka terus menerus menambahkan cerita dongeng supaya boleh kekal lama di sana sehingga kini.
  13. Merompak emas hitam sewenang-wenangnya bagi memenuhi permintaan di negara mereka. Mereka dengan suka hati membuka tender cari gali minyak di Iraq. Tidak masuk akal tender cari gali dibuka oleh orang luar bukannya rakyat atau kerajaan Iraq sendiri. Sekali lagi dengan propaganda mereka mengatakan untuk tujuan keamanan. Melaksanakan program tahyul untuk sibodoh dan bangang mempercayainya. "Program Minyak untuk Makanan" ?. Tidak cukup itu tambah satu lagi program, "Program Minyak untuk Perubatan"?. Kita hanya tahu mengenai nama program tersebut. Tapi intipati program tersebut tidak diketahui oleh negara lain. Adakah penukaran makanan dengan minyak dikadar harga yang berpatutan.? Tiada satu pun negara Islam yang menjadi pemantau transaksi yang sedang berlaku ini. Adakah ia adil?!
  14. Budaya disetiap negara yang mereka lewati juga diracun. Penyebaran agama kristian semakin meluas di Afghanistan dan Iraq. Tapi Islam sekeliling tidak peka terhadap perkara ini. Kebanyakan ahli OIC sibuk memikirkan masalah dalaman sehingga tidak mampu menghulurkan bantuan untuk memperbetulkan keadaan di Iraq.
  15. Sekarang ini sedang kecoh tentang senjata pemusnah di Iran. Apa ni semua?!?! Jelas sekali ia hanya satu lagi lakonan untuk melakukan satu lagi penjajahan. Sudah beberapa kali Iran menjelaskan kepada PBB dan OIC bahawa program nuklear mereka hanyalah untuk keamanan. Nuklear mereka hanyalah untuk menjana tenaga elektrik kepada rakyat Iran. Tapi sitamak tolol tetap menafikan. Mengatakan terdapat sumber maklumat dan risikan yang menguatkan dalil bahawa Iran mengayakan nuklear untuk menghasilkan senjata.
  16. Lagi satu sumber jahil yang menampakkan kebangangan mereka. Tiada lain cuma ingin menakluk dan mendesak Iran supaya tunduk kepada kehendak mereka. Mereka ingin mengulangi Modus Operandi seperti di Afghanistan dan Iraq. Menyerang dan merobek hasil kekayaan Iran yang jelas terkenal dengan hasil emas hitamnya. Keadaan kini menjadi tegang dengan pelbagai persiapan ketenteraan telah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak.
  17. Jika peperangan ini berlaku. Maka tercetuslah Perang Dunia Ketiga! Semua kestabilan dunia akan terumbang-ambing. Ekonomi, pendidikan, politik akan mula runtuh satu persatu di setiap negara.
  18. Mereka inilah Amerika Syarikat, negara yang sebenar-benarnya pengganas. Pengganas ekonomi, pengganas budaya, pengganas rohani dan pengganas mental. Mereka telah banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini dengan bertopengkan keamanan. Tidak salah jika dunia menggelar mereka "PENGGANAS KRISTIAN". Tidak perlu kemaafan mengatakan ini semua. Jika anda beragama lain berada di tempat seperti Islam sekarang pasti akan merasa kurang selesa jika wujud gelaran seperti "PENGGANAS BUDDHA" dan "PENGGANAS HINDU". Gelarang Pengganas Kristian adalah bertepatan sama sekali kerana segelintir penganut Kristian telah melakukan keganasan di negara-negara lain. Perkara ini adalah serupa yang telah mereka gelarkan Islam, sedangkan hanya segelintir Islam yang melakukan keganasan.
  19. Maka penglabelan agama disambung dengan perkataan negetif adalah tidak relevan.
  20. Sehingga perkara ini diubah. Kesepakatan perlu dibuat dengan menggunakan perkataan "Pengganas Kristian" bagi menggelarkan Amerika secara meluas. Gunakanlah perkataan "PENGGANAS KRISTIAN" di dalam blog, website, forum, media cetak dan media elektronik sehinga perubahan gelaran terhadap AGAMA ISLAM berubah.
  21. Pendapat dan pandangan telah dinyatakan kini sama-samalah kita selesaikan!! Dengan bersatu menunjukkan kedudukan Islam tidak layak digelar sebegitu rupa. Lakukan sekarang. Sebarkan kepada rakan-rakan anda tentang perkara ini.

Thursday, September 11, 2008

Bahagian 2 : Raja Domino

  1. Pertanyaan dan teka-teki semakin banyak bermain di halwa telinga kita. Tapi apa sebenarnya yang akan kerajaan lakukan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap Raja Domino ini?. Adakah kerajaan bersungguh-sungguh untuk melakukan tranfomasi besar-besaran tenaga petroleum ke sumber tenaga alternatif lain?
  2. Jawapannya "YA akan datang" tapi "TIDAK sekarang"
  3. Kenapa TIDAK? Sejak tertubuhnya PETRONAS, petroleum telah menjadi sumber pendapatan utama negara. Pendapatan setahun Petronas kini sudah mencecah melebihi RM80 billion, dimana ia merupakan hasil pelaburan dalam dan luar negara. Dengan reputasi kewangan tersebut telah berjaya menempatkan Petronas di dalam kelompok 10 Syarikat paling menguntungkan di dunia. Jika kerajaan memulakan tranfomasi ini sekarang mungkin akan timbul kebimbangan dimana sumber pendapatan negara akan tergugat atau berkurangan.
  4. Walaupun kini kita telah diperkenalkan dengan biofeul dan memperolehi keuntungan dengan mengeksportnya ke beberapa negara di eropah. Tapi setakat ini, perkara tersebut hanya sekadar satu pertunjukkan di dalam surat khabar dan media sahaja. Tiada satu usaha atau galakan bagi menekankan penggunaan biofeul ini pada motor dan kereta tempatan. Tidak nampak pun usaha untuk mewujudkan model prototaip kereta nasional berasaskan biofeul ini. Jika ini kerajaan mampu lakukan, ia merupakan langkah awal untuk membantu rakyat mengurangkan kebergantungan kepada Raja Domino ini.
  5. Yang hairannya rakyat hanya ditekankan dengan penggunaan Gas atau lebih dikenali sebagai NGV. Sejak kenaikan minyak, majoriti rakyat mula memikirkan langkah untuk menjimatkan minyak. Sehingga ada yang sanggup membelanjakan RM4000 - Rm8000 untuk memasang NGV dan pelbagai alat jimat minyak yang lain. Keberkesanan penjimatan yang diterima adalah dalam bentuk jangka panjang. Namun sebenarnya Petronas yang merupakan pembekal tunggal NGV negara mengalami kerugian.
  6. Kerugian ini berpunca kerana NGV hanya mampu dihasilkan dalam kuantiti yang kecil sahaja. Harga NGV ini juga telah dikawal oleh kerajaan dan tidak boleh dijual mengikut harga pasaran. Jika anda sedari syarikat minyak lain di Malaysia seperti Shell dan ExxonMobil tidak turut serta dalam pengeluaran NGV ini. Situasai sekarang ini pula, sudah semakin ramai yang menggunakan NGV. Cuma persoalannya mampukah Petronas membekalkan permintaan yang semakin meningkat ini untuk jangka masa panjang?
  7. Agak lucu jika direnungkan yang Petronas telah memperolehi keuntungan besar melalui perdagangan petroleum. Tapi dalam waktu yang sama mengalami kerugian melalui jualan NGV. Jadi kini, apa kebaikannya menggalakkan penggunaan NGV secara meluas sedangkan ia jelas merugikan. Bagaimana dan darimana agaknya kos yang akan diperolehi untuk menutup kerugian seperti ini? Dari RM80 billion?.
  8. Sedang negara lain ghairah melakukan kajian dan pembangunan sumber tenaga alternatif. Malaysia masih tunduk kepada Raja Domino. Jadi jawapan "YA" kerajaan akan menghasilkan sumber tenaga altenatif adalah kata-kata yang berupa mimpi indah sahaja. Tidak tahu bila ia akan berlaku.
  9. Jika kerajaan ingin mengurangkan kebergantungan kepada Raja Domino ini. Kajian dan galakkan tersebut perlu bermula dari sekarang. Perlu penekanan dan usaha yang jitu bagi merealisasikan impian ini. Jadikan Malaysia sebagai sebuah Hub gergasi penghasilan sumber tenaga alternatif dunia.
  10. Dari sumber-sumber lain, kita boleh dapati pelbagai langkah drastik telah diambil oleh negara-negara luar bagi mencipta tenaga gantian bagi menggerakkan kenderaan. Ada kenderaan yang berjaya digerakkan berasaskan kuasa solar, elektrik dan fuelcell. Ada juga ciptaan yang sepatutnya tidak masuk akal seperti kenderaan berasaskan air dan angin. Walaupun ia bunyi agak sukar untuk diterima, tapi tiada yang mustahil. Dahulu tiada siapa percaya yang manusia boleh terbang, tiada yang percaya manusia boleh menyelam berbulan-bulan di dalam air, tiada yang percaya manusia akan ke angkasa lepas. Kini semuanya berlaku dengan adanya Kapal terbang, Kapal Selam dan Kapal angkasa. Begitu jugalah perihal yang akan terjadi dengan sumber tenaga alternatif ini. Tiada siapa akan percaya sekarang.
  11. Jika kerajaan berjaya mewujudkan sumber tenaga gantian ini. Percubaan boleh dilaksanakan kepada pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Dengan cara ini, pengangkutan awam akan menjadi lebih murah dan ini akan menggalakkan penggunaan bas awam daripada kereta persendirian. Alam sekitar juga dapat diperlihara dan langkah awal pengawalan pemanasan global telah pun diambil oleh kerajaan dengan cara ini.
  12. Memandangkan minyak merupakan sumber galian yang tidak boleh diperbaharui. Tiada siapa boleh menjamin masa depan negara. Apa yang akan berlaku jika sumber pendapatan utama negara kita kehabisan minyak?Walaupun ada mengatakan minyak negara boleh bertahan selama 30 tahun. Tidak ramai yang mengatakan apa akan berlaku selepas 30 tahun itu.
  13. Cuma sekarang persoalannya bila sumber tenaga alternatif ini akan wujud dan digunakan secara meluas di Malaysia. Juga sampai bila warga dunia dan rakyat Malaysia khususnya harus terus tunduk dengan kekuatan Raja Domino ini.
  14. Semua pandangan dan pendapat kritis telah dicurah. Kini tunggu langkah dari orang yang atas untuk selesaikan!
  15. TAMAT

Bahagian 1: Raja Domino

  1. Tertarik untuk berkongsi apabila terbaca satu ruangan mengenai harga pasaran dunia minyak. Semalam sahaja harga minyak turun sehingga USD101 setong. Iaitu paras yang jauh berbeza dengan harga minyak asal sebelum ia naik seperti sekarang ini. Sebelum minyak naik mendadak sebanyak 70 sen harga asalnya adalah RM1.92 seliter. Pada ketika itu harga minyak berlegar sekitar USD125 setong.
  2. Selepas itu harga pasaran minyak dunia tidak menentu hingga meningkat ke paras tertinggi USD143. Keadaan itu telah mendesak kerajaan untuk menaikkan harga minyak negara kepada RM2.70 seliter.
  3. Selepas sebulan, harga minyak dunia turun kembali dan kerajaan mengambil inisiatif menurunkan 15 sen menjadi RM2.55. Tapi kini harga minyak turun lagi ke paras USD105 setong, namun belum menampakkan harga minyak negara akan ikut turun.
  4. Bukan untuk menghentam sesiapa. Tapi apa yang dinyatakan pada 3 perenggan pertama tadi adalah dari sudut pandangan pengguna. Rata-rata pengguna yang berpendapatan rendahlah yang terasa bebannya apabila kenaikan yang mendadak ini. Kerana minyak ini umpama raja domino kepada harga barangan di seluruh negara. Memang tidak dapat disangkal lagi apabila minyak naik barangan yang bergantung kepadanya akan terkena tempias juga.
  5. Kadangkala ada yang tertanya-tanya kenapa barangan yang tiada kaitan dengan minyak turut ikut naik. Pernah di gerai, tersenyum sinis apabila terdengar ada pelanggan yang mengadu kepada tuan empunya kedai yang harga makanan terlalu mahal. Kalau sebelum itu minuman dan makanan adalah RM1.00 dan RM3.00. Kini ia meningkat menjadi RM1.40 dan RM4.00. Tapi tuan kedai dengan selamba menjawab harga minyak naik!. Pelanggan tadi pun menjawab balik "APA!..MASAK GUNA PETROL KE?".
  6. Yang kita alami sekarang ini kebanyakannya adalah kenaikan harga barang secara tidak langsung. Apa yang kita perlu ketahui adalah fasa pengeluaran barangan itu dari perkara paling asas iaitu dari fasa bahan mentah hinggalah ke fasa barangan siap untuk diedar atau dijual. Jika difikirkan setiap fasa pemprosesan barangan pasti ada kaitan dengan minyak. Paling mudah dikaitkan adalah pengangkutan, iaitu untuk mengangkut bahan mentah atau menghantar barangan siap.
  7. Jadi apabila kita hendak membeli botol susu untuk anak kita, cuba kita fikirkan cara ia dihasilkan. Kebiasaannya botol susu sekarang semua diperbuat daripada plastik, bahan asas untuk membuat botol tersebut adalah polycarbonate yang mana ia hanya boleh diperolehi daripada petroleum. Penghantaran bahan mentah polycarbonate tersebut ke kilang untuk diproses juga menggunakan pengangkutan yang mana sememangnya berasaskan minyak. Selepas penghasilan produk lengkap, penghantaran ke kedai-kedai pula perlu dilakukan. Secara amnya semua barang-barangan pasti ada hubungkaitnya dengan minyak sama ada secara langsung atau tidak.
  8. Rasanya setakat ini masalah dinyatakan dari sudut pengguna sahaja. Sebenarnya raja domino ini telah mendatangkan kesan perubahan secara tidak langsung kepada pola politik dan ekonomi negara. Segalanya terlalu jelas sekarang dimana rakyat mula inginkan perubahan dan pembaharuan.
  9. Rakyat kini disuap dengan pembaharuan melalui bajet setiap tahun. Subsidi ini subsidi itu. Elaun ini elaun itu. Bonus ini bonus itu. Kurangkan cukai ini cukai itu dan bermacam-macam lagi demi rakyat. Itu yang diperkatakan dan itu yang majoriti rakyat suka dengar. Semua ini memang baik, tapi adakah strategi seperti ini boleh terus menerus di adaptasi dalam pemerintahan negara. Hakikatnya apa akan terjadi 2-3 tahun lagi, itu pun kalau lepas setahun sudah cukup baik.
  10. Apa langkah kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap Raja Domino ini.
  11. .....bersambung

Tuesday, September 9, 2008

Silantai Sitiang Sibumbung

  1. Walaupun puasa sudah masuk hari ke sembilan. Saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada kaum muslimin di seluruh dunia dan Malaysia am nya. Sudah menjadi kewajipan bagi muslim yang berakal dan berkemampuan untuk menunaikan rukun islam ketiga ini.
  2. Seperti tahun-tahun sudah ramadhan kali ini agak hambar kerana dibayangi dengan situasi politik dan ekonomi negara yang agak kusam. Walaupun kita cuba untuk kusyuk menghayati bulan yang mulia ini. Namun seakan-akan ada sahaja suara jahat membisik dihati membuatkan kita resah risau dan merenung.
  3. Keadaan politik dan ekonomi Malaysia secara umumnya tampak goyah seperti sibumbung yang disokong oleh sitiang yang rapuh. Manakala silantai, hanya mampu terkebil-kebil melihat kelibat beratus sitiang yang gah berdiri tinggi .Pabila hujan sitiang kaku membiarkan saja titis-titis air tembusi satu lubang sibumbung. Besoknya tiga lubang, sitiang kaku. Lusa delapan lubang, sitiang kaku juga!. Tulat jadi empat puluh lubang , sitiang masih kaku!!. Semakin banyak lubang, air yang tadinya titis menjadi bah lencunkan silantai.
  4. Silantai yang mulanya bersih jadi lembab dan berlumut. Air bertakung mula mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Ketika panas tiada bezanya. Sitiang tetap dengan megah seperti sudah buat segalanya, hakikatnya hanya kaku setempat dan lupa siapa diri yang sebenar.
  5. Panas dan hujan silih berganti. Silantai semakin hari diselimuti lumut. Silumut pula menebal rata pada silantai, sampai hanya meninggalkan secebis ruang untuk silantai bernafas. Silumut memamah lantai hari ini. Sudah silantai!. Silumut ingin pula memamah sitiang. Sudah sitiang!. Silumut ingin pula memamah sibumbung.
  6. Sampai waktu silantai yang lemas dalam silumut menjadi lembik untuk menampung sitiang. Sitiang dimamah silumut merekah reput untuk menampung sibumbung. Sibumbung yang dimamah lumut mula menampakkan retak menanti belah.
  7. Silantai lembik terbelah masuk kedalam bumi. Sitiang reput yang bergantung pada silantai tersembam jatuh menyembah bumi. Sibumbung yang sememangnya perlu sitiang bederai jatuh bertaburan di atas silantai dan sitiang.
  8. Apa yang ingin digambarkan bukanlah sebuah rumah yang usang. Tetapi rakyat (silantai), pemimpin (sitiang), kedaulatan negara (sibumbung) dan silumut (lu pikir lah sendiri)]
  9. Jatuh bangun sesebuah negara terletak di tangan rakyatnya bukan pemimpin. Bila rakyat jatuh pemimpin akan ikut jatuh. Tapi kalau pemimpin jatuh belum tentu rakyat akan jatuh. Kenapa rakyat perlu ikut jatuh. Pilihlah pemimpin yang baru. Undilah dari puluhan rakyat Malaysia yang berkaliber untuk menjadi imam kepada makmumnya.
  10. Pemimpin yang dipilih rakyat jangan hendaknya kerana populariti. Janganlah kerana terima duit segudang. Pilihlah pemimpin kerana kebolehannya, kerana kemampuannya, kerana kebijaksaaan dan kewibawaan. Kajilah mereka sebelum membuat keputusan untuk melantik mereka menjadi tiang kamu.
  11. Jika tersalah pilih jangan tangguh terlalu lama untuk perbetulkannya. Perbetulkan guna pemikiran untuk lakukan perubahan. Jauhkan perbalahan keras yang mengundang bencana. Dari dulu lagi boleh kita lihat kekerasan belum tentu menjamin kemenangan. Tapi dengan pemikiran pasti boleh.
  12. Pemimpin yang telah terpilih, teluslah dalam melaksanakan tugas. Jangan terlalu lama mengambil masa untuk bertindak. Jika masalah kecil dilewatkan lama-kelamaan menjadi besar. Pekalah terhadap sekeliling anda. Janganlah cepat melompat apabila dikritik. Kamu di pilih oleh rakyat menjadi wakil untuk rakyat bersuara dan mencurahkan pendapat. Ini bukan peluang untuk membuat nama, tapi ini adalah ruang untuk anda membantu rakyat. Kuasa pemerintahan diberikan oleh rakyat kepada anda. Bila-bila masa sahaja rakyat boleh mengambilnya kembali. Melainkan rakyat ingin terus kekal bacul diperintah oleh pimpinan yang jelas rosak dalam dan luar. Fikirkanlah, sekali lagi saya nyatakan gunakanlah pemikiran untuk lakukan perubahan. Hanya intelektual boleh menjamin kedaulatan negara terus terpelihara.
  13. Kedaulatan negara adalah bumbung bagi setiap rakyat. Memang ada dan pasti ada orang asing menunggu peluang untuk mencipta helah menjajah tanah air kita yang tercinta. Menunggu kealpaan rakyat dalam perbalahan, kekabutan ekonomi dan propaganda menerusi media sehingga rakyat tersalah pilih tiang mereka.
  14. Sekarang keadaan menjadi terlalu jelas sehingga tidak dapat lagi menutup keretakan sitiang. Jadi saya serahkan kepada rakyat untuk Selesaikan!!!
  15. Selamat Berpuasa