Thursday, September 11, 2008

Bahagian 2 : Raja Domino

  1. Pertanyaan dan teka-teki semakin banyak bermain di halwa telinga kita. Tapi apa sebenarnya yang akan kerajaan lakukan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap Raja Domino ini?. Adakah kerajaan bersungguh-sungguh untuk melakukan tranfomasi besar-besaran tenaga petroleum ke sumber tenaga alternatif lain?
  2. Jawapannya "YA akan datang" tapi "TIDAK sekarang"
  3. Kenapa TIDAK? Sejak tertubuhnya PETRONAS, petroleum telah menjadi sumber pendapatan utama negara. Pendapatan setahun Petronas kini sudah mencecah melebihi RM80 billion, dimana ia merupakan hasil pelaburan dalam dan luar negara. Dengan reputasi kewangan tersebut telah berjaya menempatkan Petronas di dalam kelompok 10 Syarikat paling menguntungkan di dunia. Jika kerajaan memulakan tranfomasi ini sekarang mungkin akan timbul kebimbangan dimana sumber pendapatan negara akan tergugat atau berkurangan.
  4. Walaupun kini kita telah diperkenalkan dengan biofeul dan memperolehi keuntungan dengan mengeksportnya ke beberapa negara di eropah. Tapi setakat ini, perkara tersebut hanya sekadar satu pertunjukkan di dalam surat khabar dan media sahaja. Tiada satu usaha atau galakan bagi menekankan penggunaan biofeul ini pada motor dan kereta tempatan. Tidak nampak pun usaha untuk mewujudkan model prototaip kereta nasional berasaskan biofeul ini. Jika ini kerajaan mampu lakukan, ia merupakan langkah awal untuk membantu rakyat mengurangkan kebergantungan kepada Raja Domino ini.
  5. Yang hairannya rakyat hanya ditekankan dengan penggunaan Gas atau lebih dikenali sebagai NGV. Sejak kenaikan minyak, majoriti rakyat mula memikirkan langkah untuk menjimatkan minyak. Sehingga ada yang sanggup membelanjakan RM4000 - Rm8000 untuk memasang NGV dan pelbagai alat jimat minyak yang lain. Keberkesanan penjimatan yang diterima adalah dalam bentuk jangka panjang. Namun sebenarnya Petronas yang merupakan pembekal tunggal NGV negara mengalami kerugian.
  6. Kerugian ini berpunca kerana NGV hanya mampu dihasilkan dalam kuantiti yang kecil sahaja. Harga NGV ini juga telah dikawal oleh kerajaan dan tidak boleh dijual mengikut harga pasaran. Jika anda sedari syarikat minyak lain di Malaysia seperti Shell dan ExxonMobil tidak turut serta dalam pengeluaran NGV ini. Situasai sekarang ini pula, sudah semakin ramai yang menggunakan NGV. Cuma persoalannya mampukah Petronas membekalkan permintaan yang semakin meningkat ini untuk jangka masa panjang?
  7. Agak lucu jika direnungkan yang Petronas telah memperolehi keuntungan besar melalui perdagangan petroleum. Tapi dalam waktu yang sama mengalami kerugian melalui jualan NGV. Jadi kini, apa kebaikannya menggalakkan penggunaan NGV secara meluas sedangkan ia jelas merugikan. Bagaimana dan darimana agaknya kos yang akan diperolehi untuk menutup kerugian seperti ini? Dari RM80 billion?.
  8. Sedang negara lain ghairah melakukan kajian dan pembangunan sumber tenaga alternatif. Malaysia masih tunduk kepada Raja Domino. Jadi jawapan "YA" kerajaan akan menghasilkan sumber tenaga altenatif adalah kata-kata yang berupa mimpi indah sahaja. Tidak tahu bila ia akan berlaku.
  9. Jika kerajaan ingin mengurangkan kebergantungan kepada Raja Domino ini. Kajian dan galakkan tersebut perlu bermula dari sekarang. Perlu penekanan dan usaha yang jitu bagi merealisasikan impian ini. Jadikan Malaysia sebagai sebuah Hub gergasi penghasilan sumber tenaga alternatif dunia.
  10. Dari sumber-sumber lain, kita boleh dapati pelbagai langkah drastik telah diambil oleh negara-negara luar bagi mencipta tenaga gantian bagi menggerakkan kenderaan. Ada kenderaan yang berjaya digerakkan berasaskan kuasa solar, elektrik dan fuelcell. Ada juga ciptaan yang sepatutnya tidak masuk akal seperti kenderaan berasaskan air dan angin. Walaupun ia bunyi agak sukar untuk diterima, tapi tiada yang mustahil. Dahulu tiada siapa percaya yang manusia boleh terbang, tiada yang percaya manusia boleh menyelam berbulan-bulan di dalam air, tiada yang percaya manusia akan ke angkasa lepas. Kini semuanya berlaku dengan adanya Kapal terbang, Kapal Selam dan Kapal angkasa. Begitu jugalah perihal yang akan terjadi dengan sumber tenaga alternatif ini. Tiada siapa akan percaya sekarang.
  11. Jika kerajaan berjaya mewujudkan sumber tenaga gantian ini. Percubaan boleh dilaksanakan kepada pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Dengan cara ini, pengangkutan awam akan menjadi lebih murah dan ini akan menggalakkan penggunaan bas awam daripada kereta persendirian. Alam sekitar juga dapat diperlihara dan langkah awal pengawalan pemanasan global telah pun diambil oleh kerajaan dengan cara ini.
  12. Memandangkan minyak merupakan sumber galian yang tidak boleh diperbaharui. Tiada siapa boleh menjamin masa depan negara. Apa yang akan berlaku jika sumber pendapatan utama negara kita kehabisan minyak?Walaupun ada mengatakan minyak negara boleh bertahan selama 30 tahun. Tidak ramai yang mengatakan apa akan berlaku selepas 30 tahun itu.
  13. Cuma sekarang persoalannya bila sumber tenaga alternatif ini akan wujud dan digunakan secara meluas di Malaysia. Juga sampai bila warga dunia dan rakyat Malaysia khususnya harus terus tunduk dengan kekuatan Raja Domino ini.
  14. Semua pandangan dan pendapat kritis telah dicurah. Kini tunggu langkah dari orang yang atas untuk selesaikan!
  15. TAMAT

No comments: