- Semakin banyak keganasan terjadi didunia ini, tetapi setiap kali berlaku keganasan atau tindakan yang dikategorikan sebagai pengganas perkara terlintas di fikiran majoriti penduduk dunia ialah Islam?. Apa yang ingin diutarakan disini adalah terlalu prejudis dan tidak sensitif kerana menyatukan agama dengan perkataan negetif. Ia sebenarnya menimbulkan perasaan kurang senang terhadap penganut beragama Islam yang lain. Kerana tidak sampai 1 peratus pengganas yang kebetulannya adalah Islam, habis seluruh umat Islam terkena tempiasnya.
- Meletakkan sesebuah kumpulan atau gerakan dengan perkataan atau melabelkan sebagai Pengganas Islam atau di barat lebih gemar menggunakan "Muslim Terrorist" adalah tidak relevan sama sekali. Walaupun mereka yang kononya pejuang menentang pengganas, menyuarakan bahawa Islam itu sendiri agama yang suci serta mengajar umat manusia kejalan kebaikan dan kebenaran. Namun mereka tidak henti-henti memaparkan di media cetak dan elektronik tentang "Pengganas Islam" dan keganasan yang dilakukan oleh hanya segelintir Islam. Suara baik mereka adalah sinis semata-mata yang tidak membawa apa-apa makna dan kebaikan kepada dunia dan Islam amnya.
- Tidakkah kita sedar sebenarnya ini merupakan propaganda barat untuk menanamkan sikap takut dan benci peganut agama lain terhadap Islam. Sehingga timbul satu virus rohani baru yang menjadi epedemik negara mereka iaitu "Islamophobia". Mungkin ada yang tidak tahu mengenai perkara ini, mereka yang menghidap penyakit ini adalah mereka yang takut terhadap penganut beragama islam dari segi berpakaian atau menjalankan kehidupan seharian. Mereka ini tidak boleh melihat orang yang memakai serban, berkopiah, bertudung atau bejilbab. Ada di antara mereka tidak boleh melihat manusia berjanggut. Tiap kali mereka melihat ini semua akan timbul rasa takut yang amat sangat.
- Dengan menanamkan sifat takut kepada rakyat mereka. Mereka berharap akan mendapat suara majoriti untuk menyokong gerakan mereka yang kononnya menghapuskan pengganas. Mereka dengan idelogi demokrasi mencanangkan gerakan mereka ke setiap pelusuk negara di dunia kerana inginkan lesen untuk bertindak . Tapi sebenarnya merekalah pengganas yang sebenar. Pengganas serampang empat mata iaitu pengganas rohani, pengganas mental, pengganas ekonomi dan pengganas budaya yang maha dahsyat.
- Canangan mereka tidak pernah mendapat restu kebanyakan negara. Tetapi dengan keistimewaan kuasa "Veto". Suara negara-negara yang terdiri daripada negara kerdil dan dunia ketiga tidak memberi apa-apa makna. Walaupun pertubuhan besar seperti OIC dan ASEAN dengan lantang membangkang sekeras-kerasnya pun tidak mampu menghentikan keinginan nafsu pengganas yang empat ini. Mereka hanya ketawa mendengar suara kerdil ini. Mereka berpura-pura mengambil berat dan sensitif pada mulanya, kemudiannya bertindak atas tangan sendiri.
- Ini semua bermula sejak 9-11. Peristiwa yang dijadikan platfom bagi mereka bertindak mengikut kehendak mereka melawan pengganas. Dengan kuasa media mereka menanamkan ketakutan, menanamkan rasa simpati supaya mereka boleh bertidak terus menerus sampai bila-bila.
- Mereka menyerang Afghanistan yang dikatakan menjadi pusat latihan untuk pengganas dan nama Osama bin Laden menjadi terkenal kerana menjadi penaja kepada pengganas-pengganas dunia. Mereka menggunakan media menyampaikan keburukan dan kejahatan Afghanistan sehingga ramai diantara kita termakan dengan cerita dogengan mereka. Mereka membuat propaganda yang Afghanistan menyeksa dan membunuh rakyat jelatanya sesuka hati supaya mereka boleh terus menerus menyerang menawan dan menjajah Afghanistan dan sehingga kini mereka belum lagi keluar dari negara tersebut sepenuhnya.
- Selepas itu Iraq pula menjadi mangsa. Negara yang pada mulanya seluruh dunia percaya mempunyai Senjata Pemusnah atau "Weapon of Mass Destruction" tapi sehingga hari ini tiada satu bukti pun menunjukkan yang senjata itu benar wujud di Iraq. Mereka mengebom kilang pensil yang dikatakan menghasilkan senjata. Mereka mengebom kilang ubat yang dikatakan menghasilkan senjata kimia. Mereka mengebom sekolah yang dikatakan pusat latihan tentera.
- Mereka bertindak mengebom semua itu atas sumber maklumat dan risikian, itulah yang diperkatakan oleh mereka dalam media. Tapi sumber tersebut jelas jahil dan tidak boleh digunapakai. Sehingga ramai nyawa yang tidak berdosa melayang. Kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua tidak terlepas dari kerakusan senjata pemusnah mereka.
- Senjata yang diberi nama "Smart Bomb", tapi dikawal oleh sibodoh. Mereka hujani bumi Iraq dengan pelbagai jenis senjata yang tidak pernah kita lihat dan dengar. Seolah-olah ingin memberi tahu kepada dunia kemampuan ketenteraan mereka. Disini patut kita lihat siapa yang sebenarnya memiliki senjata pemusnah ini. Mereka atau Iraq?. Di media, mereka hanya memaparkan kehilangan nyawa para tentera mereka. Menjamu rakyat dan sekutu, cerita kematian dipihak mereka. Bagaimana dengan cerita di sebelah Iraq. Berapa banyak nyawa telah tekorban kerana mereka. Kematian tentera mereka dengan rakyat Iraq adalah 1: 200.
- Apa pun kesudahannya, Iraq sudah dihukum atas kesalahan yang tidak pasti tapi setelah dijajah kesalahan lain pula diwujudkan supaya menghalalkan penempatan mereka disana. Melakukan pelbagai sekatan ekonomi,perubatan dan pendidikan di Iraq. Namun apa yang Islam sekeliling "OIC" buat untuk membantu negara Iraq dari belenggu penjajah ini. OIC hanya guruh tapi hujannya tak ada.
- Selepas jajah mereka bukan inginkan tanah di Iraq. Tapi mereka inginkan isi perut bumi Iraq. Negara yang mempunyai simpanan emas hitam yang mengiurkan mereka untuk mendapatkannya. Mereka terus menerus menambahkan cerita dongeng supaya boleh kekal lama di sana sehingga kini.
- Merompak emas hitam sewenang-wenangnya bagi memenuhi permintaan di negara mereka. Mereka dengan suka hati membuka tender cari gali minyak di Iraq. Tidak masuk akal tender cari gali dibuka oleh orang luar bukannya rakyat atau kerajaan Iraq sendiri. Sekali lagi dengan propaganda mereka mengatakan untuk tujuan keamanan. Melaksanakan program tahyul untuk sibodoh dan bangang mempercayainya. "Program Minyak untuk Makanan" ?. Tidak cukup itu tambah satu lagi program, "Program Minyak untuk Perubatan"?. Kita hanya tahu mengenai nama program tersebut. Tapi intipati program tersebut tidak diketahui oleh negara lain. Adakah penukaran makanan dengan minyak dikadar harga yang berpatutan.? Tiada satu pun negara Islam yang menjadi pemantau transaksi yang sedang berlaku ini. Adakah ia adil?!
- Budaya disetiap negara yang mereka lewati juga diracun. Penyebaran agama kristian semakin meluas di Afghanistan dan Iraq. Tapi Islam sekeliling tidak peka terhadap perkara ini. Kebanyakan ahli OIC sibuk memikirkan masalah dalaman sehingga tidak mampu menghulurkan bantuan untuk memperbetulkan keadaan di Iraq.
- Sekarang ini sedang kecoh tentang senjata pemusnah di Iran. Apa ni semua?!?! Jelas sekali ia hanya satu lagi lakonan untuk melakukan satu lagi penjajahan. Sudah beberapa kali Iran menjelaskan kepada PBB dan OIC bahawa program nuklear mereka hanyalah untuk keamanan. Nuklear mereka hanyalah untuk menjana tenaga elektrik kepada rakyat Iran. Tapi sitamak tolol tetap menafikan. Mengatakan terdapat sumber maklumat dan risikan yang menguatkan dalil bahawa Iran mengayakan nuklear untuk menghasilkan senjata.
- Lagi satu sumber jahil yang menampakkan kebangangan mereka. Tiada lain cuma ingin menakluk dan mendesak Iran supaya tunduk kepada kehendak mereka. Mereka ingin mengulangi Modus Operandi seperti di Afghanistan dan Iraq. Menyerang dan merobek hasil kekayaan Iran yang jelas terkenal dengan hasil emas hitamnya. Keadaan kini menjadi tegang dengan pelbagai persiapan ketenteraan telah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak.
- Jika peperangan ini berlaku. Maka tercetuslah Perang Dunia Ketiga! Semua kestabilan dunia akan terumbang-ambing. Ekonomi, pendidikan, politik akan mula runtuh satu persatu di setiap negara.
- Mereka inilah Amerika Syarikat, negara yang sebenar-benarnya pengganas. Pengganas ekonomi, pengganas budaya, pengganas rohani dan pengganas mental. Mereka telah banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini dengan bertopengkan keamanan. Tidak salah jika dunia menggelar mereka "PENGGANAS KRISTIAN". Tidak perlu kemaafan mengatakan ini semua. Jika anda beragama lain berada di tempat seperti Islam sekarang pasti akan merasa kurang selesa jika wujud gelaran seperti "PENGGANAS BUDDHA" dan "PENGGANAS HINDU". Gelarang Pengganas Kristian adalah bertepatan sama sekali kerana segelintir penganut Kristian telah melakukan keganasan di negara-negara lain. Perkara ini adalah serupa yang telah mereka gelarkan Islam, sedangkan hanya segelintir Islam yang melakukan keganasan.
- Maka penglabelan agama disambung dengan perkataan negetif adalah tidak relevan.
- Sehingga perkara ini diubah. Kesepakatan perlu dibuat dengan menggunakan perkataan "Pengganas Kristian" bagi menggelarkan Amerika secara meluas. Gunakanlah perkataan "PENGGANAS KRISTIAN" di dalam blog, website, forum, media cetak dan media elektronik sehinga perubahan gelaran terhadap AGAMA ISLAM berubah.
- Pendapat dan pandangan telah dinyatakan kini sama-samalah kita selesaikan!! Dengan bersatu menunjukkan kedudukan Islam tidak layak digelar sebegitu rupa. Lakukan sekarang. Sebarkan kepada rakan-rakan anda tentang perkara ini.
Menganalisis isu-isu semasa melalui pengalaman, bahan bacaan, dan perbincangan intelektual. Segala komen dan kritikan yang membina dialu-alukan bagi memperbaiki mutu kandungan blog ini. Komen-komen yang mencarut dan melampaui batas tidak akan di layan.
1 comment:
Apa kaitannya dengan Kristian pula???
Post a Comment