Friday, September 26, 2008

Batu Terapung Kebesaran ALLAH

KEMASKINI
Setelah menerima pelbagai maklumat dan nasihat dari rakan2 blogger. Batu terapung dari gambar yg telah di paparkan adalah palsu. Terima Kasih kepada rakan blogger yang berkongsi maklumat dan infomasi bersama kami di sini.

Berikut di bawah adalah posting sebelumnya. Harap maaf di atas segala kekeliruan. Saya tidak akan buang posting ini supaya dapat dijadikan contoh. Kemungkinan anda ada terjumpa blogger yang menyebarkan maklumat seperti ini. Anda boleh jalankan tanggungjawab untuk menegur.
-----------------------------------------------

Tahukah anda fenomena 'batu terapung' di Baitulmaqdis yang berada tidak jauh dari Masjid Al-Aqsa. Mesti ramai yang tidak tahu menahu tentang perkara ini. Inilah kebesaran Allah. Apabila Dia mengatakan jadi maka jadilah ia. Perkara ini bukan satu dongeng cerita malam untuk anak-anak. Ia satu pedoman dan pengajaran untuk kita selami jiwa dan rohani kita untuk menjadi lebih dekat dengan Allah s.w.t.

Dalam pendidikan sains dan paparan dokumentari di televisen pernah memaparkan batu terapung didalam air. Penjelasan sains ada untuk itu di mana apabila batu menjadi kurang tumpat dari air, maka batu itu tadi akan terapung. Perkara tersebut adalah sama seperti manusia ketika mandi di laut atau sungai dimana kita akan terasa ringan seakan terapung disebabkan badan kita kurang tumpat dari air.

Namun 'batu terapung' di Masjid Al-Aqsa bukan terapung didalam air, tapi terapung di udara. Seperti tergantung begitu sahaja, tidak bertali atau bertongkat!.

Batu terapung tersebut berhubung kait dengan peristiwa Israk Mikraj. Pada saat Rasulullah s.a.w hendak Mikraj batu tersebut hendak ikut bersama, tetapi Rasulullah s.a.w menghentakkan kakinya pada batu tersebut sebagai isyarat batu tersebut tidak dibenarkan ikut. Dari sejak peristiwa Israk Mikraj hingga kini batu tersebut masih terapung hingga kini.




Batu terapung kebesaran Allah


Foto ini menurut sumber diperolehi dari seorang hamba Allah sewaktu melawat Al Aqsa di Jerusalem, Subhanallah … !! Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang berkawal dan menjaga tempat tersebut dengan ketat.

Sampai sekarang kawasan batu terapung tersebut ditutup untuk umum, dan Yahudi telah membuat masjid lain iaitu Al Sakhrah tidak jauh disebelahnya dengan kubah “emas” ( yang sering terlihat di poster-poster yang disebarkan keseluruh dunia yang disebut sebagai Al Aqsa). Ini adalah strategi jahat Yahudi untuk mengaburi umat Islam tentang masjid Al Aqsa yang sebenarnya.

Nabi Muhammad SAW pernah menyebut Al Aqsa sebagai “Masjid Kubah Biru”. Masjid Al Aqsa yang sebenarnya kini sudah diambil alih oleh Israel dan Israel merancang memusnahkannya bagi digantikan dengan tempat ibadah mereka yang dakwanya Masjid Al-Aqsa dibina atas tapak ibadah Yahudi 2000 tahun dahulu.


Dimanakah Negara-negara Islam yang lain? Apa fungsi OIC sebenarnya? Kita sering dipaparkan tentang puluhan rundingan damai dan pelbagai perjanjian. Percayalah walaupun sejuta kali rundingan dan perjanjian dimeterai, tidak akan ada keamanan di Timur Tengah.

Kepada sesiapa ada info tambahan atau komen sila kongsikan bersama kami. Terima Kasih


4 comments:

Anonymous said...

percayalah bahawa negara islam akan menang juga akhirnya.....

Anonymous said...

minta maaf ye saudara. macam mana anda pasti batu itu betul2 terapung? ada beberapa web or blog yg mengatakan batu terapung itu sebenarnya tidak wujud dan fitnah dari seorang yahudi semata2. malah lokasi nya tidak pernak diketahui.

Wallahu'alam.

sila rujuk link:
1) anakcucunabiadam.blogspot.com/2009/01/batu-terapung-israk-mikraj-yang-palsu.html
2) www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk/40987-batu-terapung-israk-mikraj.html
3) www.terjah.com/v2/news.php?readmore=219

lina said...

batu terung mmg ujud just yg ade kat blog ni yg palsu.dah edit gne photoshop.
yg sbnr dah dibine konkrit di sekelilingnye...

lina said...

try visit this web site
http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/

leh tgk gmbr yg sebenar n pengalaman ustaz haron din