Wednesday, February 18, 2009

Bekas 'Boipren' Elizabeth menghilang!

Mana bekas "boipren"nya?


Nan Naga baru menerima info terkini mengenai isu Elizabeth Wong. Beberapa sumber dari rakan-rakan wartawan dan ahli politik telah panjangkan informasi menarik yang Nan Naga rasa ramai rakan-rakan blogger nak tahu.
Dari info pertama :
PKR Petaling Jaya Selatan, mengatakan beliau tidak tahu di mana pembantu khasnya yang dikatakan bekas "boipren" Elizabeth berada sekarang. Katanya pembantunya itu hanya sempat bertugas dengan beliau selama 9 bulan dan menghilangkan diri selepas isu gambar bogel tersebar - Sumber AGENDANEWS
Rakan dari suratkhabar cina mengatakan pemuda tersebut dipercayai telah melarikan diri ke Indonesia. Tidak dapat dipastikan motif sebenar dia, sama ada dia sebar atau jual gambar dan video tersebut.Video? dah ada video pulak. Tapi apa-apa pun perbuatan tersebut tetap menyalahi undang-undang sivil. Rasanya Syariah sekali.
Dari info kedua :
Sah Melayu- Pegawai di Pusat Khidmat MP PJ Selatan ketika dihubungi AgendaNews, mengesahkan bahawa pemuda yang dikaitkan dengan isu gambar bogel Eli tidak lagi bertugas di Pejabat tersebut sejak Januari. Nama pemuda tersebut ialah Helmi. Kini isunya adakah mereka bersekedudukan. - Sumber AGENDANEWS
Dari sumber lain, bekas 'boipren' Elizabeth ini mempunyai facebook. Beliau menggunakan nama 'Hilmi Malek'. Dah mana satu pulak! Hilmi ke Helmi. Tak dapat dipastikan dan Nan Naga tak berminat nak cari dalam facebook. Kalau ada yang rajin cuba lah cari sendiri.
Dari info ketiga :
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga MP Titiwangsa, Dr Lo'lo mengatakan jika benar teman lelaki Elizabeth adalah seorang pemuda Melayu Islam dan mereka berkesedudukan, kes tersebut perlu di bawa ke mahkamah syariah. Kita tak boleh terima hubungan tanpa ikatan.- sumber AGENDANEWS

Menurut pandangan otai wartawan dan politik, isu ini hanya berkisar kepada masalah dalaman Parti sahaja iaitu PKR. Di mana bekas 'boipren' Elizabeth ini merupakan ahli PKR. Maka dalam hal ini, Elizabeth serta PKR tidak sepatutnya terus menunding jari kearah BN/UMNO sebagai dalang dan harus bertanggungjawab di atas konspirasi jahat ini. Gunting dalam lipatan. Orang PKR yang cuba menjatuhkan PKR.

Ini semua pandangan peribadi mereka.

Anda sendiri sudah tentu mengikuti perkembangan isu ini dari awal. Jadi apa pandangan anda?

Tuesday, February 17, 2009

Kenyataan Media Yang Asal Elizabeth

Dari artikel Nan Naga sebelum ini, ada pembaca yang minta dan ingin melihat sendiri kenyataan media yang asal berbahasa Inggeris oleh Elizabeth Wong. Dengan ini Nan Naga scan press release tersebut dan upload. Baca sendiri, di sini Nan Naga jamin tak tambah dan tak kurang. Inilah yang asli. Untuk lebih jelas sila klik pada gambar:


Kenyataan Media Yang Asal

Lama Nan Naga tunggu mencangkung kat luar bangunan Biro Penerangan PKR sebelum dapatkan kenyataan media ni.

Elizabeth Wong Mangsa Konspirasi BN?

Sidang media bertempat di "Biro Penerangan Pusat" Merchant Square, Tropicana telah merungkai segala persoalan yang menjadi bualan majoriti rakyat Malaysia. Isu yang menjadi paparan utama di dada akhbar-akhbar tempatan. Isu yang menjadi favorite para blogger untuk diselitkan ke dalam blog mereka.



"I'll continue to fight for justice!!"


Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan, hari ini mengumumkan perletakan jawatan, sebagai ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Ingat nak scan press release asal dan upload dalam blog. Tapi Nan Naga terasa rajin nak terjemah. Baca Sejenak:
KENYATAAN MEDIA Elizabeth Wong
(diterjemahkan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris).

Peristiwa yang berlaku sejak dua hari lalu telah menunjukkan usaha-usaha tersembunyi dan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu untuk memburukkan reputasi saya. Kehidupan peribadi dan hak bersendirian tanpa gangguan (privasi) saya telah dicabuli.

Golongan ini telah berkonspirasi untuk melemahkan kredibiliti saya sebagai Exco Negeri Selangor dan juga sebagai pemimpin Keadilan. Walaupun kempen yang ditujukan secara langsung kepada saya ini telah mengakibatkan saya tertekan, saya sedar bahawa objektif sebenar ialah untuk mencemarkan nama baik Parti Keadilan Rakyat.

Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak malu dengan keseksualan saya sebagai seorang wanita bujang. Saya tidak melanggar sebarang undang-undangn. Saya berpegang teguh dengan prinsip demokrasi di mana setiap orang mempunyai hak untuk bersendirian tanpa gangguan.

Parti Keadilan Rakyat berpegang kepada politik “baru” yang meletakkan keadilan dan hak asasi manusia sebagai nilai utama, tanpa mengira jantina, etnik dan kasta. Politik “baru” juga bermakna kita akan bangkit mengatasi politik “longkang” (gutter politics).

Oleh kerana itu saya percaya semua serangan ini akan berterusan berlaku, malah lebih dahsyat, dan saya yakin UMNO dan Barisan Nasional akan terus memanupulasi situasi ini. Oleh yang demikian, saya telahpun mengambil keputusan, demi kepentingan dan perjuangan parti, serta untuk rakyat.

Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pengundi, rakan-rakan Pakatan Rakyat, sahabat dan orang awam. Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan.

Saya akan berbincang dengan Menteri Besar mengenai perkara ini untuk mengaturkan penyerahan rasmi tugasan saya. Saya akan terus berbakti kepada rakyat dan berjuang untuk keadilan di Malaysia.

Akhir sekali, saya amat menghargai orang ramai yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya dan parti, dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat. Kata-kata tidak dapat menggambarkan rasa terhutang budi rasa kepada pekerja dan rakan-rakan ADUN, terutama sekali Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi, serta memberi peluang kepada saya bekerja dengannya.

Sekiranya saya telah mengecewakan atau menyinggung perasaan sesiapa, saya memohon maaf.

ELIZABETH WONG
ADUN BUKIT LANJAN
EXCO Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

Monday, February 16, 2009

Teresa Kok Sokong ADUN Bogel!

...Sambungan...


Di Parlimen tadi, Setiausaha Wanita DAP, YB Teresa Kok memberitahu bahawa Elizabeth Wong ADUN PKR Bukit Lanjan tidak perlu letak jawatan kerana dia adalah mangsa jenayah yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Dia adalah seorang wanita yang menjadi mangsa percintaan??




Bukan Sokong Bogel! Kita Perlu Beri Sokongan Moral!
Cakap Biar Teranggg!


Elizabeth mendakwa dia tidak menyedari masa bila gambarnya dirakam oleh bekas kekasihnya. Betul ke tak tahu? Ke buat-buat tak tahu. Hahaha. Apa-apa pun kita tunggu siasatan polis. Menurut YB Teresa kesnya ini tidak boleh disamakan dengan kes Datuk Dr Chua Soi Lek, Naib Presiden MCA. Dia adalah mangsa jenayah dan kita akan beri SOKONGan kepadanya.




5 Star Superstar


Dato Seri Azalina pula menyatakan alasan dia (Elizabeth) menjadi mangsa percintaan tidak boleh diterima sama sekali. Tak semestinya kita bercinta mesti mengambil gambar bogel. Walaupun dia kata isu peribadi, dia perlu sedar bahawa dia adalah wakil rakyat.

Elizabeth Wong patut letak jawatan sebagai ADUN dan Exco kerana apa yang dilakukan adalah tidak bermoral dan memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat terutama golongan muda. Tambah Azalina.

Dapat info lain bahawa gambar bogel tersebut disebar menggunakan telefon bimbit melalui MMS. Ia dirakam oleh bekas kekasihnya yang juga orang PKR. Itu yang saya dapat tahu lah. Tapi belum dipastikan lagi. Menariknya MMS itu telah diterima oleh seorang wartawan akhbar MalayMail dan tersiar didalam akhbar hari ni . Patutlah MalayMail habis hari ni!


Parlimen


Difahamkan pihak polis telah hadir ke Parlimen untuk mengambil keterangan wartawan tersebut yang kebetulan sedang membuat liputan di Parlimen. Telefon bimbit wartawan tersebut turut diambil untuk dijadikan bahan bukti kes. Tak tahu lah bila akan dapat balik handphone tu.



Banyak betul isu menarik pasal Bukit-bukit bulan ni:
Bukit Gantang - Kerusi kosong kerana Ahli Dewan Rakyatnya meninggal dunia.
Bukit Selambau - Kerusi kosong kerana ADUNnya ada skandal kahwin dua dan sekarang hilang ntah kemana.
Bukit Lanjan - Kerusi Belum Kosong! Tapi dah kecoh pasal gambar ADUN menayangkan bukit-bukitnya yang dirakam secara tidak sengaja.

Mana satu yang tak sengaja sebenarnya ni. Gambar bukit di rakam secara tidak sengaja ke? atau bukit-bukit di tayang secara tidak sengaja? Pembaca tentukan sendiri.

Jadi 5 bukit ...Opss maaf... Telebih dua pulak.
Jadi 3 Bukit menjadi isu panas bulan ini. Mungkinkah ADUN Bukit Lanjan akan meletak jawatan? Nampaknya semakin menarik dan ramai juga yang tertarik.

Gambar Bogel ADUN Terlampau!!

Hehehe.. tajuk mesti gempak. Tapi memang ada berita panas pasal gambar bogel ADUN terlampau ni. Baru nak hangat isu Pilihanraya Dua Bukit, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Tambah pula lagi isu panas yang datang dari bukit juga, iaitu Bukit Lanjan.

Sekarang tengah kecoh gambar ADUN PKR Bukit Lanjan tesebar luas. Tak dinyatakan pula tersebar kat mana. Hari ini ADUN tersebut mengesahkan dan MENGAKU bahawa gambar bogel yang tersebar adalah gambarnya!



Beliau yang pernah bertugas sebagai pembantu khas kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah akan membuat laporan polis hari ini. Kini timbul pula desakan agar beliau letak jawatan kerana moralnya dipertikaikan. - sumber agendanews

Soalnya tak jumpa lagi gambarnya. Bukan untuk apa, untuk analisis ajer. :P. Maklumlah nan naga memang suka menganalisis isu-isu semasa bagi tujuan pengesahan sahaja. Err..ada sesiapa yang jumpa. Hahaha.

Berita lain - Hari ni Yang Di-Pertuan Agong merasmikan Parlimen. Nan Naga sampai sana tapi parking penuh. Terus lencong keluar. Banyak juga kenderaan Duta dari pelbagai negara di sana.

Bak Kut Teh: Warisan Kebangsaan?


Victoria Instituition

Setelah Victoria Instituition (VI) mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan kebangsaan. Tergerak pula untuk meneliti lebih dekat tentang warisan-warisan kebangsaan kita yang lain. Untuk pengetahuan pembaca senarai warisan kebangsaan ini diuruskan oleh Jabatan Warisan Negara iaitu sebuah jabatan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.


Bangunan Sultan Abdul Samad

Sebelum VI disenaraikan, tapak warisan lain yang turut tersenarai adalah seperti Bangunan Ibu Pejabat Keretapi, Bangunan Sultan Abdul Samad, Istana Negara, Muzium Negara, Tugu Negara, Dewan Pehimpunan Cina Selangor, Batu Caves dan banyak lagi.

Selain mengiktiraf monumen atau tapak sebagai warisan kebangsaan. Jabatan Warisan Negara juga turut menyenaraikan beberapa warisan lain mengikut kategori dan sub kategori. Antara kategori yang ada ialah "Tapak Warisan Kebangsaan", "Objek Warisan", "Warisan Kebudayaan Di Bawah Air" dan "Warisan Orang Hidup".


Di dalam kategori Objek Warisan, terdapat dua pecahan sub kategori iaitu "Objek Warisan Ketara" dan "Objek Warisan Tidak Ketara".



Tarian Sumazau


Objek Warisan Ketara jika diperhatikan lebih kepada objek kebesaran yang terdiri daripada Jata Negara, Gandik Raja, Cokmar Dewan Negara, Cokmar Dewan Rakyat dan beberapa lagi lambang kebesaran negara yang lain. Objek Warisan Tidak Ketara pula lebih kepada objek berupa budaya dan makanan seperti Tarian Sumazau,Cendol, Karipap, Roti Jala, Cencaluk, Budu, Sambal Belacan, Ketupat, Lemang dan banyak lagi makanan tradisional masyarakat Malaysia.




Lemang

Senarai warisan ini bertambah dari tahun ke tahun, selepas di proses oleh Jabatan Warisan Negara. Jika diteliti, sebelum tapak atau objek diklasifikasikan sebagai warisan negara, ia perlu melalui beberapa proses yang panjang. Proses pertama ialah 'Kenalpasti pencalonan daripada Buku Daftar Warisan Kebangsaan'. Ini bermakna sesebuah monumen atau objek boleh dicalonkan, untuk disenarai sebagai warisan kebangsaan.


Jadi Nan Naga nak tahu apa pendapat pembaca kalau Bak Kut Teh juga turut dicalon dan disenaraikan sebagai warisan kebangsaan? Ada yang tanya apa relevannya soalan ini? Rasa ramai tak tahu yang Bak Kut Teh ini berasal dari Malaysia dan banyak terdapat di Malaysia. Jadi kebarangkalian untuk tersenarai memang tinggi.

Ada yang tanya Bak Kut Teh tu apa?
Bak Kut Teh tu kepingan daging sapi buntut pendek yang disalai. Ada yang cakap buat sup. :P
Ada pula tanya sapi buntut pendek tu apa?
Sapi Buntut pendek tu Khinzir
Ada juga tanya lagi, khinzir tu apa?
Khinzir tu Babi lah!! Kalau tanya lagi memang Ba Alif Ba Ya. Hahaha. Gurau


Ada juga berpendapat jika tersenarai, ia akan mencacatkan senarai warisan yang ada sekarang. Ialah senarai lain semua dah cantik, tiba-tiba terselit pulak daging Khinzir. Jadi apa pendapat anda?

Apa-apa pun, ini hanya KALAU dicalonkan.

Untuk mengetahui proses pengisytiharan warisan kebangsaan Klik Sini

Untuk lebih terperinci mengenai Warisan Negara kita boleh Klik Sini

Friday, February 13, 2009

Orang Bukit Mengundi!

Yeah! Pilihan Raya

SPR Putrajaya hari ini mengumumkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) akan dilaksanakan serentak bagi Kerusi Parlimen P.59 Bukit Gantang, Perak dan Kerusi Dewan Undangan Negeri N.25 Bukit Selambau, Kedah.

Dua Bukit yang telah memberikan makluman rasmi tentang kekosongan kerusi pada tarikh yang sama iaitu 10 Feb 2009. Kekosongan kerusi Bukit Gantang adalah disebabkan kematian Ahli Dewan Rakyat , Haji Roslan Shahrum pada 9 Febuari. Kekosongan di Bukit Selambau pula disebabkan perletakan jawatan oleh ADUN En V Arumugam pada 8 Febuari.

Maka mengikut akta, Pilihan Raya perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh makluman rasmi yang diterima oleh SPR iaitu pada 10 Febuari 2009 itu tadi. Bermakna pilihanraya akan berlangsung pada 7 April 2009.

Penamaan calon bagi P.59 akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. Manakala penamaan calon N.25 dilakukan di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1, Sg. Petani.

Kerusi Bukit Gantang telah dimenangi oleh calon PAS Haji Roslan pada pilihanraya umum tahun lalu setelah mengalahkan calon UMNO Datuk Abdul Azim Zabidi dan Calon Bebas Mohaganan P. Manikam dengan majoriti 1566 undi. Di mana Datuk Abdul Azim Zabidi ini merupakan orang kuat Pak Lah dan Tingkat 4. Patutlah kalah!

Kerusi Bukit Selambau pula dimenangi oleh V Arumugam pada pilihanraya umum lalu atas tiket Bebas. Beliau telah mengalahkan calon MIC S. Krishnan dengan majoriti 2,363 undi. Namun setelah itu V Arumugam dipancing masuk kedalam PKR.

Sekarang tengah kecoh yang UMNO dan MIC berebut-rebut hendak meletakkan calon masing-masing bagi bertanding kerusi Bukit Selambau ini. Manakala dalam kem PR berlaku juga kekecohan apabila DAP dan PKR berebut untuk meletakkan calon masing-masing.

Sementara itu, perjuang HINDRAF yang kini merengkok di dalam penjara K Vasantha Kumar sedang melobi Datuk Anwar Ibrahim supaya meletakkan beliau sebagai calon Bukit Selambau. K Vasantha telah ditahan dibawah akta ISA sejak 2007.

Statistik Bukit Gantang ialah 60% Melayu, 27% Cina dan 10% India. Statistik pengundi Bukit Selambau ialah 50% Melayu , 29% India dan 19% Cina.



Adakah Dua Bukit yang menjadi kubu PR ini bakal di rampas BN? Adakah BN akan melakukan strategi licik sekali lagi seperti mana yang telah dilakukan keatas Perak? Adakah peristiwa PRK Kuala Terengganu bulan lalu akan berulang?

Kita serahkan keputusan Pilihan Raya ini kepada ORANG BUKIT!


Tunggguuuuuu!

Sunday, February 8, 2009

Kasut Babi!

"Setiap kelompok ada 3 titik" itulah kulit babi


Anda tentu pernah melihat sendiri bahawa semakin banyak premis-premis meletakkan produk jualan yang tidak halal bersama produk-produk yang lain. Perletakan produk tidak halal bersama produk lain menimbulkan rasa was-was pembeli terutamanya di kalangan umat Islam.

Kalau dari jauh kita sudah boleh mengagak produk tersebut sebagai tidak halal, secara spontannya kita mampu mengelak dari menghampiri atau menyentuhnya. Tapi bagaimana pula jenis produk yang hanya boleh kita ketahui status halalnya setelah dipegang!

Kadang kala secara tidak sengaja tersentuh pula produk yang tarafnya najis mughalazah!

Pernah berlaku pada rakan, yang sedang asyik memilih dan membelek kasut yang diletakkan di atas rak terbuka, terkejut! Apabila salah satu kasut yang dipegangnya berasaskan kulit babi. Rakan rupanya tidak perasan bahawa terdapat label pada rak terbuka tersebut yang mengatakan "Pig skin lining". Walaupun nampak remeh, tapi perkara ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja.


Gua sendiri pakai kasut kulit lembu! Lu pulak bangga nak pakai kulit babi!
Ubah Gaya Hidup Beb!

Ya..lah, kadang kala kita terlalu seronok hendak membelikan kasut untuk anak, isteri, mak dan ayah. Hingga lupa untuk berhati-hati mengelak tersentuh produk mughalazah ni. Selalunya dah tersentuh baru nak perasan. Ada juga mereka yang dah beli produk tersebut, sampai di rumah baru perasan bahawa barangan yang dibeli adalah berasaskan kulit babi. Paling kesian, kepada mereka yang dah beli dan pakai bertahun-tahun baru perasan yang selama ini kasut atau jaket kulit adalah kulit oink! oink! Itu pun setelah ditegur oleh kenalan.

Persoalannya kenapa masih terdapat produk-produk kulit babi yang diletakkan bersama kasut lain secara TERBUKA. Saya tidak menunding jari kepada semua peniaga kerana ada juga peniaga yang mengambil berat sensitiviti umat Islam, mengasingkan produk kulit babi dengan meletakkannya di dalam rak kaca tertutup dan melabelkannya dengan jelas di premis mereka.

Ini baru produk pakaian atau fesyen. Bagaimana pula produk makanan! Setakat ini pengasingan produk tidak halal hanya jelas kelihatan di pasaraya-pasaraya besar. Tapi memang susah untuk lihat perkara yang serupa di premis-premis kecil.

Selain itu, bagaimana pula pengendalian produk tidak halal ini! Adakah ia dilakukan oleh orang Islam. Seorang rakan bloggers Kayrolldin ada kongsikan pengalaman bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai Batu Caves (KLIK SINI).

Bloggers otai NOBISHA mengajak seluruh umat Islam untuk menandatangani "online petisyen" yang diujudkan oleh Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia bagi menyarankan kerajaan Malaysia, kerajaan-kerajaan negeri serta Pihak berkuasa tempatan mengambil langkah-langkah mengasingkan produk jualan yang tidak halal dari produk halal. Antara isi kandungan petisyen tersebut adalah:


Maka kami, yang menandatangani petisyen ini menyokong Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia bagi mendesak Kerajaan Malaysia, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengambil langkah-langkah yang difikirkan wajar untuk:

(1) Menentukan barangan halal dan haram di pasaraya dan kedai runcit dipamerkan menggunakan rak, peti sejuk atau kotak secara berasingan.

(2) Memastikan label yang jelas dan terang bagi menandakan barangan haram yang dipamerkan di pasaraya dan kedai runcit.

(3) Mensyaratkan pengendalian jualan barangan haram, terutama sekali produk babi dan arak, dilakukan oleh kakitangan bukan Islam.


Sama-samalah kita menandatangi online petisyen ini (KLIK SINI). Tak susah pun, 2 minit jer.
Sila panjangkan kepada rakan-rakan lain.