Monday, February 16, 2009

Bak Kut Teh: Warisan Kebangsaan?


Victoria Instituition

Setelah Victoria Instituition (VI) mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan kebangsaan. Tergerak pula untuk meneliti lebih dekat tentang warisan-warisan kebangsaan kita yang lain. Untuk pengetahuan pembaca senarai warisan kebangsaan ini diuruskan oleh Jabatan Warisan Negara iaitu sebuah jabatan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.


Bangunan Sultan Abdul Samad

Sebelum VI disenaraikan, tapak warisan lain yang turut tersenarai adalah seperti Bangunan Ibu Pejabat Keretapi, Bangunan Sultan Abdul Samad, Istana Negara, Muzium Negara, Tugu Negara, Dewan Pehimpunan Cina Selangor, Batu Caves dan banyak lagi.

Selain mengiktiraf monumen atau tapak sebagai warisan kebangsaan. Jabatan Warisan Negara juga turut menyenaraikan beberapa warisan lain mengikut kategori dan sub kategori. Antara kategori yang ada ialah "Tapak Warisan Kebangsaan", "Objek Warisan", "Warisan Kebudayaan Di Bawah Air" dan "Warisan Orang Hidup".


Di dalam kategori Objek Warisan, terdapat dua pecahan sub kategori iaitu "Objek Warisan Ketara" dan "Objek Warisan Tidak Ketara".



Tarian Sumazau


Objek Warisan Ketara jika diperhatikan lebih kepada objek kebesaran yang terdiri daripada Jata Negara, Gandik Raja, Cokmar Dewan Negara, Cokmar Dewan Rakyat dan beberapa lagi lambang kebesaran negara yang lain. Objek Warisan Tidak Ketara pula lebih kepada objek berupa budaya dan makanan seperti Tarian Sumazau,Cendol, Karipap, Roti Jala, Cencaluk, Budu, Sambal Belacan, Ketupat, Lemang dan banyak lagi makanan tradisional masyarakat Malaysia.




Lemang

Senarai warisan ini bertambah dari tahun ke tahun, selepas di proses oleh Jabatan Warisan Negara. Jika diteliti, sebelum tapak atau objek diklasifikasikan sebagai warisan negara, ia perlu melalui beberapa proses yang panjang. Proses pertama ialah 'Kenalpasti pencalonan daripada Buku Daftar Warisan Kebangsaan'. Ini bermakna sesebuah monumen atau objek boleh dicalonkan, untuk disenarai sebagai warisan kebangsaan.


Jadi Nan Naga nak tahu apa pendapat pembaca kalau Bak Kut Teh juga turut dicalon dan disenaraikan sebagai warisan kebangsaan? Ada yang tanya apa relevannya soalan ini? Rasa ramai tak tahu yang Bak Kut Teh ini berasal dari Malaysia dan banyak terdapat di Malaysia. Jadi kebarangkalian untuk tersenarai memang tinggi.

Ada yang tanya Bak Kut Teh tu apa?
Bak Kut Teh tu kepingan daging sapi buntut pendek yang disalai. Ada yang cakap buat sup. :P
Ada pula tanya sapi buntut pendek tu apa?
Sapi Buntut pendek tu Khinzir
Ada juga tanya lagi, khinzir tu apa?
Khinzir tu Babi lah!! Kalau tanya lagi memang Ba Alif Ba Ya. Hahaha. Gurau


Ada juga berpendapat jika tersenarai, ia akan mencacatkan senarai warisan yang ada sekarang. Ialah senarai lain semua dah cantik, tiba-tiba terselit pulak daging Khinzir. Jadi apa pendapat anda?

Apa-apa pun, ini hanya KALAU dicalonkan.

Untuk mengetahui proses pengisytiharan warisan kebangsaan Klik Sini

Untuk lebih terperinci mengenai Warisan Negara kita boleh Klik Sini

4 comments:

Unknown said...

bak kut teh? bleh je tersenarai tp aku buat report polis lah... adeh!

admin said...

hahaha..betul tu..tak pun buat online petisyen..

Unknown said...

HIDUP NAN NAGA!

admin said...

Tochei Tochei Tochei
Mesti Hidup.. Kalau tak, tak leh blogging.. muahahahah...