"Setiap kelompok ada 3 titik" itulah kulit babi
Gua sendiri pakai kasut kulit lembu! Lu pulak bangga nak pakai kulit babi!
Anda tentu pernah melihat sendiri bahawa semakin banyak premis-premis meletakkan produk jualan yang tidak halal bersama produk-produk yang lain. Perletakan produk tidak halal bersama produk lain menimbulkan rasa was-was pembeli terutamanya di kalangan umat Islam.
Kalau dari jauh kita sudah boleh mengagak produk tersebut sebagai tidak halal, secara spontannya kita mampu mengelak dari menghampiri atau menyentuhnya. Tapi bagaimana pula jenis produk yang hanya boleh kita ketahui status halalnya setelah dipegang!
Kadang kala secara tidak sengaja tersentuh pula produk yang tarafnya najis mughalazah!
Pernah berlaku pada rakan, yang sedang asyik memilih dan membelek kasut yang diletakkan di atas rak terbuka, terkejut! Apabila salah satu kasut yang dipegangnya berasaskan kulit babi. Rakan rupanya tidak perasan bahawa terdapat label pada rak terbuka tersebut yang mengatakan "Pig skin lining". Walaupun nampak remeh, tapi perkara ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja.
Gua sendiri pakai kasut kulit lembu! Lu pulak bangga nak pakai kulit babi!
Ubah Gaya Hidup Beb!
Ya..lah, kadang kala kita terlalu seronok hendak membelikan kasut untuk anak, isteri, mak dan ayah. Hingga lupa untuk berhati-hati mengelak tersentuh produk mughalazah ni. Selalunya dah tersentuh baru nak perasan. Ada juga mereka yang dah beli produk tersebut, sampai di rumah baru perasan bahawa barangan yang dibeli adalah berasaskan kulit babi. Paling kesian, kepada mereka yang dah beli dan pakai bertahun-tahun baru perasan yang selama ini kasut atau jaket kulit adalah kulit oink! oink! Itu pun setelah ditegur oleh kenalan.
Persoalannya kenapa masih terdapat produk-produk kulit babi yang diletakkan bersama kasut lain secara TERBUKA. Saya tidak menunding jari kepada semua peniaga kerana ada juga peniaga yang mengambil berat sensitiviti umat Islam, mengasingkan produk kulit babi dengan meletakkannya di dalam rak kaca tertutup dan melabelkannya dengan jelas di premis mereka.
Ini baru produk pakaian atau fesyen. Bagaimana pula produk makanan! Setakat ini pengasingan produk tidak halal hanya jelas kelihatan di pasaraya-pasaraya besar. Tapi memang susah untuk lihat perkara yang serupa di premis-premis kecil.
Selain itu, bagaimana pula pengendalian produk tidak halal ini! Adakah ia dilakukan oleh orang Islam. Seorang rakan bloggers Kayrolldin ada kongsikan pengalaman bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai Batu Caves (KLIK SINI).
Bloggers otai NOBISHA mengajak seluruh umat Islam untuk menandatangani "online petisyen" yang diujudkan oleh Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia bagi menyarankan kerajaan Malaysia, kerajaan-kerajaan negeri serta Pihak berkuasa tempatan mengambil langkah-langkah mengasingkan produk jualan yang tidak halal dari produk halal. Antara isi kandungan petisyen tersebut adalah:
Maka kami, yang menandatangani petisyen ini menyokong Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia bagi mendesak Kerajaan Malaysia, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengambil langkah-langkah yang difikirkan wajar untuk:(1) Menentukan barangan halal dan haram di pasaraya dan kedai runcit dipamerkan menggunakan rak, peti sejuk atau kotak secara berasingan.(2) Memastikan label yang jelas dan terang bagi menandakan barangan haram yang dipamerkan di pasaraya dan kedai runcit.(3) Mensyaratkan pengendalian jualan barangan haram, terutama sekali produk babi dan arak, dilakukan oleh kakitangan bukan Islam.
Sama-samalah kita menandatangi online petisyen ini (KLIK SINI). Tak susah pun, 2 minit jer.
Sila panjangkan kepada rakan-rakan lain.
1 comment:
sudah tiba masanya rakyat malaysia bersuara khususnya umat islam. selama ni mereka seolah-olah menindas agama lain. mereka igt umat islam ni penyabar dan boleh dibuat seuka hati. saya bersetuju 100% dgn petisyen ni. sy sudah link kan petisyen ni ke blog sy. terima kasih atas makluman saudara.
Post a Comment