Friday, February 13, 2009

Orang Bukit Mengundi!

Yeah! Pilihan Raya

SPR Putrajaya hari ini mengumumkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) akan dilaksanakan serentak bagi Kerusi Parlimen P.59 Bukit Gantang, Perak dan Kerusi Dewan Undangan Negeri N.25 Bukit Selambau, Kedah.

Dua Bukit yang telah memberikan makluman rasmi tentang kekosongan kerusi pada tarikh yang sama iaitu 10 Feb 2009. Kekosongan kerusi Bukit Gantang adalah disebabkan kematian Ahli Dewan Rakyat , Haji Roslan Shahrum pada 9 Febuari. Kekosongan di Bukit Selambau pula disebabkan perletakan jawatan oleh ADUN En V Arumugam pada 8 Febuari.

Maka mengikut akta, Pilihan Raya perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh makluman rasmi yang diterima oleh SPR iaitu pada 10 Febuari 2009 itu tadi. Bermakna pilihanraya akan berlangsung pada 7 April 2009.

Penamaan calon bagi P.59 akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. Manakala penamaan calon N.25 dilakukan di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1, Sg. Petani.

Kerusi Bukit Gantang telah dimenangi oleh calon PAS Haji Roslan pada pilihanraya umum tahun lalu setelah mengalahkan calon UMNO Datuk Abdul Azim Zabidi dan Calon Bebas Mohaganan P. Manikam dengan majoriti 1566 undi. Di mana Datuk Abdul Azim Zabidi ini merupakan orang kuat Pak Lah dan Tingkat 4. Patutlah kalah!

Kerusi Bukit Selambau pula dimenangi oleh V Arumugam pada pilihanraya umum lalu atas tiket Bebas. Beliau telah mengalahkan calon MIC S. Krishnan dengan majoriti 2,363 undi. Namun setelah itu V Arumugam dipancing masuk kedalam PKR.

Sekarang tengah kecoh yang UMNO dan MIC berebut-rebut hendak meletakkan calon masing-masing bagi bertanding kerusi Bukit Selambau ini. Manakala dalam kem PR berlaku juga kekecohan apabila DAP dan PKR berebut untuk meletakkan calon masing-masing.

Sementara itu, perjuang HINDRAF yang kini merengkok di dalam penjara K Vasantha Kumar sedang melobi Datuk Anwar Ibrahim supaya meletakkan beliau sebagai calon Bukit Selambau. K Vasantha telah ditahan dibawah akta ISA sejak 2007.

Statistik Bukit Gantang ialah 60% Melayu, 27% Cina dan 10% India. Statistik pengundi Bukit Selambau ialah 50% Melayu , 29% India dan 19% Cina.



Adakah Dua Bukit yang menjadi kubu PR ini bakal di rampas BN? Adakah BN akan melakukan strategi licik sekali lagi seperti mana yang telah dilakukan keatas Perak? Adakah peristiwa PRK Kuala Terengganu bulan lalu akan berulang?

Kita serahkan keputusan Pilihan Raya ini kepada ORANG BUKIT!


Tunggguuuuuu!

1 comment:

Unknown said...

hahaha... nanti kita tgok dan lihat. siapa yg akan tersungkur di hempap bukit... hehehe