Thursday, December 11, 2008

Batang Berjuntai : Satu Negeri Dua Lokasi?

Peta Selangor bakal berubah dengan mempunyai dua lokasi bernama Batang Berjuntai? Seperti anda sedia maklum, memang ada nama tempat Batang Berjuntai di Kuala Selangor dan satu lagi lokasi baru batang berjuntai saya serahkan kepada kumpulan Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) untuk tentukan besok. Kalau ikutkan pemahaman bahasa bila dah berkumpulan tak boleh dipanggil berjuntai, tapi berjuntai-juntai. Betul ke?

Reformis yang menggelarkan diri mereka skuad berani bogel, sebuah skuad atau kumpulan reformis paling bangang dalam sejarah Malaysia. Besok 12 Disember merupakan tarikh keramat, setelah sebulan tempoh diberikan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi memenuhi tuntutan mereka. Difahamkan sebelum ini mereka telah merancang untuk melakukan demonstrasi bogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Namun tidak berjaya kerana tidak mendapat permit dari pihak polis.

Reformis ini telah menuntut Kerajaan Negeri Selangor mengkaji semula kadar sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dinaikkan daripada RM124 kepada RM250. Di kalangan reformis yang rata-rata berpendapatan bawah RM600 sebulan boleh dianggap membebankan kerana kesan kenaikan harga barang dan jumlah tanggungan mereka.


Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri telah pun memutuskan untuk mengurangkan balik kadar sewa kepada RM124. Tetapi kadar sewa tersebut hanya boleh dinikmati penghuni PPR yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Dengan keputusan tersebut MB Abdul Khalid sudah menganggap isu tersebut telah selesai, tapi Presiden Reformis Ramlan Abu Bakar tidak bersetuju kerana berpendapat keputusan kerajaan sebagai tidak adil? Dan beliau menuntut supaya semua penghuni berhak mendapat kadar yang sama RM124.


Sebenarnya ada juga dikalangan ahli gerakan Reformis yang masih waras. Mereka ini menyelar tindakan Ramlan kerana bertindak bertentangan dengan dasar perlembagaan pertubuhan tersebut. Lebih lanjut klik sini


Walau apa pun isu yang menimbulkan ketidakpuashati, idea untuk melakukan demonstrasi bogel bukanlah budaya yang boleh diterima pakai di negara kita. Di minta Presidennya En Ramlan dan para pengikutnya renungi diri sendiri jika melakukan idea ini dan kesannya kepada ahli keluarga mereka. Saya rasa tak ada seorang pun mahu melihat ahli keluarga sendiri bogel di khalayak ramai.




Fikir dalam-dalam sebelum bertindak melakukan aksi bangang.


Tak cukup dalam fikir tu!


Saya diberitahu reformis yang melakukan demonstrasi bogel ini akan ditangkap berlandaskan undang-undang Sivil dan Syariah. Manakala yang datang menyaksikan demonstrasi ini juga akan ditangkap berlandaskan undang-undang Syariah.



Link lain:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
http://harimau-menaip.blogspot.com/2008/12/ekslusif-gambar-gambar-reformis-bogel.html



No comments: