Terdapat beberapa bahagian telah menyatakan pendirian untuk melompat parti. Berita lompat parti ini sejak selepas Pilihanraya lagi kita dah mendengarnya. Terbaru Datuk Zahar Hashim lompat menyertai PAS. Dalam sidang media, beliau dengan tegas mendedahkan penyelewengan yang telah dan sedang berlaku di dalam UMNO. Beliau yang merupakan bekas ketua Bahagian Petaling Jaya Selatan sebelum ini telah digantung 3 tahun kerana salah laku.
"Aiseh..nak lompat? Takper You Jump, I Jump"
Datuk Zahar digantung oleh Lembaga Disiplin UMNO diatas kesalahan mendedahkan isu pembelian Eurocopter dan mengkritik keras kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah serta Timbalannya Datuk Seri Najib secara terbuka. Nampaknya UMNO terloncat mendengar kelantangan Datuk Zahar kali ini.
Mungkin Lembaga Disiplin UMNO berharap dengan pergantungan Datuk Zahar akan mendiamkan beliau. Tapi tak menjadi!. Difahamkan dalam peraturan 18.C Akta Pertubuhan 1966, keputusan yang melibatkan parti politik dalam kes salah laku ahli UMNO adalah dilarang dibawa ke mahkamah!?!. Jika di bawa juga ke mahkamah, Lembaga Disipilin UMNO mempunyai kuasa untuk menggugurkan keahliannya. Perkara ini telah pun diumumkan sendiri oleh YM Tengku Tan Sri Dato' Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam sidang media Lembaga Disiplin UMNO pada 22 Disember.
Ahmad Rithauddeen
Adakah ini dipanggil Demokrasi? Adakah ini keputusan majoriti para ahli UMNO? Sebab jika diteliti ahli yang disabitkan kesalahan tidak diberi peluang untuk mencabar keputusan Lembaga Disiplin bagi mempertahankan diri. Jikalau BENAR kesalahan itu berpunca dari ahli itu sendiri, memang padan mukalah! Tapi kalau kesalahan kerana menegur dan ingin memperbetulkan kelemahan di dalam UMNO. Adalah tidak wajar sama sekali kerana nama ahli terbabit dan kredibilitinya akan tercemar! Ini akan menimbulkan pemberontakan dan kemarahan dalam UMNO sendiri. Kemarahan ahlinya ibarat Bom Jangka, hanya menanti masa untuk meletup.
Saya rasa ini merupakan salah satu sebab mengapa ramai bahagian UMNO mengambil keputusan untuk melompat parti. Sekarang baru satu bahagian yang lompat, menurut sumber ada banyak Bahagian lain telah menyatakan hasrat untuk mengikut langkah Datuk Zahar. Tapi macam biasa, bila ditanya kepada pembangkang, jawapannya "tidak boleh didedahkan bahagian mana" dan "kita tunggu waktu yang sesuai". Bila agaknya tu?
Tindakan Datuk Zahar ini telah dibidas oleh beberapa orang UMNO antaranya Exco Ketua Penerangan Pemuda Negeri, Nor Azman Mohd Nor. Dalam kenyataan Nor Azman :
"Tindakan Majlis Tertinggi (menggantung beliau) perlu kerana ia boleh merosakkan parti dan (merupakan) satu kesalahan. Ahli Umno perlu setia kepada parti," katanya kepada Malaysiakini.
Saya setuju ahli UMNO perlu setia. Tapi setia bertempat! Kalau jelas ada kecacatan, kelemahan, kerosakan dan kemerengan dalam parti. Ahli juga mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat bagi memperbetulkannya. Tapi ahli seolah dicengkam kuku besi dan perlu menurut telunjuk parti walaupun jelas sesat.
Perlu diingat di kalangan ahli UMNO juga terdiri daripada latar belakang yang bukan calang-calang. Tapi suara mereka yang jalang-jalang pula dirujuk!
Orang lama selalu menasihatkan golongan muda.
Langit berkelikir, Bumi bertemberang,Hati-hati berfikir, Jangan sampai jadi hamba orang!________________________________________________Raja (pemimpin) yang adil, Raja disembah (dilindungi / disokong)Raja yang zalim, Raja Disanggah (digulingkan)
Ramai rasanya telah tahu, tapi mungkin terlupa
Sendiri Mau Ingat!
2 comments:
Kalau dah hampir semua pemimpinnya buat salah, terpaksalah buat undang-undang supaya ianya tidak dibawa ke mahkamah. Hari ini undang-undang yang dibuat itu makan diri.
abdrahim kassim,
Nampaknya Peraturan yang dibuat UMNO bersebab. Sebab utk jaga punggung-punggung yang ada kat atas. Tapi peraturan ini dibuat pada tahun 1966!Banyak betul punggung dah dijaga! Hahaha
Saya simpati kepada golongan bawah ahli UMNO yang betul-betul memperjuangkan parti.Sampai ada yang dah 'fed up'.Dah cuba nak luruskan. Bengkok jugak.
Tapi mereka tidak mahu pula lompat parti. Bagi mereka UMNO masih relevan. Mereka bawa UMNO dengan cara sendiri, tanpa perlu merujuk pada di atas yang mereng. Yang ini baru dinamakan setia pada Parti. Saya Tabik Spring pada mereka.
Jangan sampai yang di bawah ramai-ramai bakar punggung yang di atas sudah lah! Itu maknanya Bom dah meletup.
Post a Comment