Bermasalah! Itulah gambaran yang dapat diberikan setelah beberapa kerajaan negeri bercadang memberhentikan penggunaan Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi para exconya. Seperti satu penyakit pula apabila Kerajaan Terengganu yang mula-mula sekali menyuarakan pendirian membeli 14 buah Mercedes Benz E200. Sekarang, Kerajaan Perak dan Selangor pula bercadang untuk bertukar kepada Toyota Camry. Kesemua kerajaan negeri telah memberi pendapat yang serupa iaitu kos selenggara Perdana V6 terlalu tinggi.
Nampaknya Proton perlu bertindak menangani masalah ni sebelum ia menjadi satu 'trend'. Kini kerajaan-kerajaan negeri bertindak betukar kepada kereta import lain. Kemudian hari rakyat pula akan melakukan perkara yang serupa. Sebenarnya perkara ini bukan berkisar kepada Proton sahaja.
Kebetulan dalam banyak-banyak model kenderaan keluaran Malaysia hanya Proton sahaja yang mempunyai model yang bertaraf eksklusif iaitu Perdana V6. Kalau kita bandingkan jenama yang lain, Perodua, hanya sekadar mempunyai model bersaiz kecil dan sederhana (kancil,Myvi,Viva). Jenama lain seperti Modenas hanya sekadar mengeluarkan motor sahaja seperti Jaguh, Kriss, skuter dan Elegan. Model Proton yang lain Saga, Gen2, Satria Neo, Tiara dan Juara bukan dalam kategori eksklusif.
Rasanya ada ke ahli parlimen atau exco nak pakai Kancil atau Myvi sebagai kenderaan rasmi? Ada ke yang nak bawak Juara yang menerima gelaran mesin basuh bergerak, almari bergerak dan peti sejuk bergerak? Ada ke mereka ini sanggup menunggang skuter atau kriss sebagai kenderaan sehari-hari nak pergi bersidang atau melawat kawasan? Kalau sekali-sekala MUNGKIN ada yang sanggup. Kalau hari-hari macam mana? Disinilah V6 diperkenalkan.
Perdana V6
Ramai juga rakan-rakan saya menggunakan Proton, ada yang memuji tak kurang juga yang memberi reaksi negatif. Reaksi negatifnya, rakan saya baru sebulan membeli Gen2 (bukan terpakai) tapi lapik getah pada pintu sudah tertanggal. Dipendekkan cerita semasa di pusat Servis Proton, rakan diberitahu yang bahagian tersebut akan ditukar, namun tempoh yang diberikan adalah 2 MINGGU! Bahagian yang kecil terpaksa ditunggu selama itu. Ini bukan kali pertama rakan saya terpaksa berhadapan dengan tindakan lembab Servis tersebut. Sejak daripada itu dia mengambil keputusan menghantar ke bengkel biasa. Lantak pi lah pasal warranty.Situasi negatif rakan saya pengguna Perodua Myvi (bukan terpakai) pula, menceritakan bahawa dia sudah berulang alik ke pusat servis Perodua beberapa kali kerana masalah yang sama. Rakan pun mengadulah kepada Pusat servis tersebut, tapi pekerja di situ menjawab "Beli Kereta memanglah tak ada 100% perfect". Hampa rakan saya mendengarnya. Sebagai pengguna sememangnya kita hendak barang yang kita miliki dalam keadaan sempurna. Tapi jawapan bangang macam tu pula diterima.
Kesimpulannya masalah kereta Malaysia ini bermula dari produk siap tu sendiri, dimana komponen-komponen atau bahagian kecil kereta tersebut mempunyai kelemahan senibina serta mempunyai daya ketahanan yang rendah. Baru sebulan dua beli dah timbul masalah.
Masalah lain pula ialah perkhidmatan selepas jualan (After-sale service). Pusat servis ini kadang kala lembab dalam menyelesaikan sesebuah masalah. Komponen atau bahagaian-bahagian kereta kena tunggu terlalu lama untuk diperolehi. Bukankan kereta ni buatan Malaysia. Difahamkan juga komponennya juga dibuat di sini. Kalau hantar ke bengkel biasa, mereka boleh mendapatkan barangan gantian tidak sampai 2 jam. Mengapa Proton tidak boleh melakukan perkara yang sama?
Selain daripada itu harga servis dan komponen yang dikenakan pula terlalu mahal jika dibandingkan dengan harga bengkel-bengkel diluar. Barang yang sama, tapi harga jauh berbeza. Terakhir ialah layanan, sesetengah pekerja perlu dilatih cara behadapan dengan pelanggan. Jangan sampai beri jawapan bangang macam kawan saya tadi.
1 comment:
Hello semua,
Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Firma Pinjaman Osman untuk pinjaman perniagaan berjumlah $ 250,000. Kemudian, saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman saya yang diminta, setelah mengambil risiko lagi kerana saya sangat terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan kepada kejutan saya yang paling besar, jumlah pinjaman telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam 24 jam perbankan tanpa apa-apa tekanan mendapatkan pinjaman saya. Saya terkejut kerana saya pertama kali jatuh mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan menasihatkan anda boleh menghubungi Firma Pinjaman Osman melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com
BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama......
Nama tengah.....
2) Jantina: .........
3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: .........
4) Tempoh Pinjaman: .........
5) Negara: .........
6) Alamat Rumah: .........
7) Nombor Mudah Alih: .........
8) Alamat e-mel ..........
9) Pendapatan Bulanan: .....................
10) Pekerjaan: ...........................
11) Tapak yang anda buat di sini tentang kami .....................
Terima kasih dan salam mesra.
Derek E-mel osmanloanserves@gmail.com
Post a Comment