Sunday, December 14, 2008

Royalti Minyak Terengganu : Duit Kerajaan ke Duit Rakyat?

Terengganu terima royalti minyak dari Petronas

Tahun ini Kerajaan Terengganu (KT) menerima lagi wang royalti sebanyak RM400 juta, royalti tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri. Di sini saya ingin satukan beberapa analisis dari para blogger dan otai-otai politik tentang isu ini.

Ramai sudah mengetahui KT ni terima 5% wang royalti (ada yang kata sepatutnya 20%) yang banyaknya berkoyan-koyan dari Petronas. Sebelum tahun 1999, ketika Terengganu masih di bawah kuasa BN, royalti terkumpul yang telah diterima mencecah RM7 billion. Tetapi sepanjang era pemerintahan PAS di Terengganu dari 1999-2004, pemberian royalti ini telah diberhentikan/dimansuhkan tiba-tiba?! Minyak habis kot kat Terengganu!??


Perebutan Terengganu antara dua parti ini

Sejurus selepas BN kembali berkuasa, diumumkan dari MAC 2004 hingga MAC 2007 sejumlah RM7.364 billion wang royalti telah dibayar kepada KT ni? Dah tiba-tiba jumpa balik minyak kat sana!?? Ditambah pula dengan royalti 2008, RM400 juta ni, maka jumlah terkumpul adalah RM7.764 billion! Ini bermakna sebelum dan selepas era PAS di Terengganu wang royalti tidak kurang dari RM14.7 billion telah masuk ke Terengganu!


Royalti

Sepatutnya tak kiralah siapa yang berkuasa! Kerajaan pusat tidak berhak menyekat wang royalti yang menjadi hak mutlak rakyat Terengganu ini. Bayar tetap bayar! Perlu diingatkan pemimpin dipilih oleh rakyat, untuk mewakili rakyat dalam pentadbiran negeri. Ia tidak bermaksud dipilih oleh rakyat dan terus memiliki hak rakyat serta wang royalti ! Ini jawabnya Kepala Otak Ko Lah Kerajaan Negeri!

Ramai tertanya, apalah yang telah dibuat oleh KT ini dengan wang royalti RM14 billion ni. Kalau kita lihat di sini. Berdasarkan rekod yang telah dikemaskini pada 26 Mac 2008, Terengganu merupakan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan kedua tertinggi iaitu 15.4%. Mereka kata kadar itu "lebih baik" daripada 1999 iaitu sebanyak 22.7%. Tahun 1999??

Kebetulan pula tahun PAS menang! hehehe. Sehingga 2004, PAS mendakwa telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan kepada 10.4%!! Tapi rekod yang telah "dikemaskini" pada 2008 tadi mengatakan kadar 15.4%. Ini menunjukkan kadar kemiskinan meningkat dengan mendadak selepas BN merampas kembali Terengganu.

Sumber lain pada 6 Mac 2008 (klik sini), mengatakan kadar kemiskinan telah menurun kepada 6.5%. Lagi pelik sebab ada percanggahan, mana satu yang betul di sini? Mungkin yang bertarikh 6 Mac kot, ye lah kebetulan pula bulan tu tengah kempen pilihanraya 2008. Tapi kalau ikut tarikh mana lagi terkini?

Ramai juga tertanya, bagaimana Terengganu yang merupakan negeri kedua terkaya di Malaysia masih mempunyai kadar kemiskinan kedua tertinggi? Kemana agaknya wang royalti telah dibelanjakan selama ini. Paling jelas dan kontroversi ialah dengan perlaksanaan projek seperti Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, serta projek Monsoon Cup di Pulau Duyung. Tidak lupa juga pembelian 14 buah kereta Mercedes Benz E200 Kompressor yang bernilai RM245,000 setiap satu.

Projek Taman Tamadun Islam yang bernilai RM249.3 juta ini, terkenal dengan pelbagai monumen masjid-masjid dari seluruh dunia. Taman ini turut menempatkan sebuah masjid kontroversi, iaitu Masjid Kristal. Pada awal pembinaannya pelbagai reaksi diterima dari masyarakat setempat. Ada mengatakan yang masjid itu dibina tidak mengikut arah kiblat!? Ada juga penduduk mengadu yang dihalang bersolat atau melakukan solat Jumaat di sana? Tapi saya dapati Masjid Kristal ini telah pun mempunyai sijil perakuan arah kiblat yang disahkan oleh Timbalan Mufti Terengganu.


Sijil Pengesahan Kiblat (kiri) dan Masjid Kristal

Penganjuran Monsoon Cup juga dianggap luar biasa apabila KT membelanjakan sejumlah RM300 juta untuk setiap satu acara tahunan tersebut. Acara yang berlangsung di Pulau Duyung ini juga telah membawa kepada sebuah lagi projek iaitu Kelab Teluk Warisan yang bernilai RM250 juta. Ada otai wartawan memberitahu bahawa tanah-tanah di Pulau Duyung ini telah diambil secara paksa? Minta-minta tak betul. Kalau betul, dah macam perangai Israel pula. Ada pembaca boleh sah kan?


Pembelian Mercedes Benz E200 untuk exco-exco bagi saya dianggap tidak munasabah sama sekali. Kerana KT mendakwa pembelian ini berikutan kos penyelengaraan kereta Proton Perdana V6 yang baru berusia 2 tahun sudah mencecah RM50,000-RM170,000 sebuah. MB Dato' Ahmad Said mengatakan walaupun Mercedes Benz ini harganya mahal tapi kos selengaranya jauh lebih murah berbanding Perdana V6 untuk tempoh jangka panjang. Isunya disini adalah mengenai kos selenggara!


Merz E200 kompressor

Sebagai pengguna, apabila menghantar kereta untuk diselenggara sepatutnya kita sudah boleh mengagak harganya serta mengesan penipuan dalam perkhidmatan tersebut. Sebab sudah tentu KT menyimpan rekod-rekod harga selenggara. Kita sebagai pengguna, mempunyai hak untuk menafikan harga yang dikenakan jika ada unsur penipuan. Lebih-lebih lagi kalau anda adalah Kerajaan. Lagi lah besar haknya tu. Tapi di sini, mungkin pihak KT terlalu lemah dalam menguruskan kenderaan rasmi exconya sehingga mudah ditipu atau membiarkan diri ditipu mengenai harga selenggara ini. Yelah nak kena tunggu 2 tahun baru nak sedar!



Baik pakai kereta ni takyah risau pasal nak selenggara
Rakyat pun sayang KT


Ini menjadi tanda tanya bagi rakyat Terengganu, terhadap kewibawaan kerajaan negeri dalam menguruskan pentadbiran kewangan. Sedangkan nak menguruskan pembayaran selenggara kereta pun dah tak betul. Macam mana pula agaknya KT menguruskan wang royalti RM14.7 billion ni.




Lebih lanjut:
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9017&Itemid=104
http://www.parti-pas.org/index.php?option=com_content&task=view&id=811&Itemid=32

No comments: