Wednesday, December 10, 2008

Mempersenda Agama adalah Kebebasan Bersuara?

Sebagai rakyat Malaysia, saya akui kebebasan bersuara adalah hak individu. Namun kita harus mempunyai batasan supaya tidak menimbulkan sentimen kaum dan agama yang terlampau. Kerana mulut badan binasa!



Saya agak terkeliru dengan definasi kebebasan bersuara apabila melihat artikel serta komen di blog-blog yang memaparkan isu-isu politik, kaum dan agama. Ada pula bagi sesetengah individu, mempersenda ajaran sesebuah agama adalah kebebasan bersuara!? Lebih menghairankan ada pula menyokong kenyataan artikel blog seperti itu, kerana bagi mereka itu adalah hak kebebasan bersuara blogger tersebut!? Bagi yang menentang saya rasa anda faham kenapa.

Dalam artikel saya sebelum ini ada contoh artikel dari blogger Surind. Anda baca dan anda nilai sendiri. Adakah ini contoh baik kebebasan bersuara?

Kebanyakan blogger yang memperjuangkan kebebasan bersuara, sering kali mengambil contoh dasar kebebasan bersuara dari negara luar terutamanya Amerika. Di sini saya ingin ingatkan sebelum Amerika dijadikan contoh, beberapa faktor kependudukan perlu diambil kira terutamanya faktor budaya! faktor agama! faktor bangsa! dan faktor sejarah! sudah tentu perbezaannya jauh langit dan bumi diantara Amerika dan Malaysia. Jadi tiada contoh terbaik yang boleh diadaptasi dari negara luar untuk dibawa ke Malaysia.

Bagi saya definasi kebebasan bersuara haruslah diperbataskan dengan berpegang kepada prinsip-prinsip RUKUN NEGARA. Rukun Negara ini telah diterima pakai oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Jika prinsip ini dipegang teguh dan disematkan dalam ingatan serta sanubari individu rakyat, saya rasa tidak akan wujud artikel-artikel berbentuk sentimen yang menikam perasaan sesebuah penganut agama seperti yang telah dilakukan oleh Surind.

Sebarang kenyataan individu atau kumpulan dalam bentuk apa jua yang menyentuh sentimen perkauman dan agama terlampau, boleh dianggap menghina prinsip-prinsip Rukun Negara. Mereka ini harus dihadapkan kemuka pengadilan dan hukuman setimpal harus dikenakan bagi persalah yang MENGHINA RUKUN NEGARA.

Petikan mengenai Rukun Negara ini saya ambil dari blogger DUNIA TIGER. Sila baca dan hayati intipati Rukun Negara.
LATAR BELAKANG
Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.

MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.
i)Matlamat Rukun Negara - mengukuhkan perpaduan. memelihara corak hidup demokratik. mencipta sebuah masyarakat yang adil. menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

ii)Prinsip-prinsip Rukun Negara -
a)Kepercayaan kepada Tuhan -
agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.

b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara - semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

c)Keluhuran Perlembagaan - perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

d)Kedaulatan Undang-Undang - rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

e)Kesopanan Dan Kesusilaan - rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.


Setelah memaparkan artikel kontroversi yang membangkitkan kemarahan umat Islam Malaysia era digital, akhirnya blogger Surind mengeluarkan kenyataan terakhir sebelum bercuti panjang. Tetapi adakah ini bermaksud dia akan terlepas daripada undang-undang begitu sahaja?

Surind Raj said...
All comments have now been closed!

I agree with Nick's reasoning here. Malaysia is probably not ready & is also probably beyond saving.... if the people get up and do nothing in the name of democracy, human rights, liberty, freedom, secularism, non violence, maturity, development, etc.

This blog & this blogger is also going on a long vacation. Apologies once again to all liberal / moderate Muslims, whom I might have unintentionally upset, or angered.

Please note to read this post carefully for the info on my views not being the same as the video from victimlesscriminal (I have no issue against the Hajj) & the link to my formal apology as well.

I hope you can find it in your hearts to forgive me & to emphatise with me as well.

There will be no more posts, or comments for a long / long time.

If you see me as a coward, fine... in my eyes & I know in many out there as well, I am not. I am simply playing the game, according to the environment and watching my back as well.

Take care & signing out for a long long time,
Surind.





No comments: