Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah



Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga tahun ini 1430H menjadi pembuka kepada perubahan yang lebih baik kepada kita semua.

Assalammualaikum

Friday, December 26, 2008

UMNO Terloncat : Ramai Nak Lompat

Terdapat beberapa bahagian telah menyatakan pendirian untuk melompat parti. Berita lompat parti ini sejak selepas Pilihanraya lagi kita dah mendengarnya. Terbaru Datuk Zahar Hashim lompat menyertai PAS. Dalam sidang media, beliau dengan tegas mendedahkan penyelewengan yang telah dan sedang berlaku di dalam UMNO. Beliau yang merupakan bekas ketua Bahagian Petaling Jaya Selatan sebelum ini telah digantung 3 tahun kerana salah laku.


"Aiseh..nak lompat? Takper You Jump, I Jump"

Datuk Zahar digantung oleh Lembaga Disiplin UMNO diatas kesalahan mendedahkan isu pembelian Eurocopter dan mengkritik keras kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah serta Timbalannya Datuk Seri Najib secara terbuka. Nampaknya UMNO terloncat mendengar kelantangan Datuk Zahar kali ini. 

Mungkin Lembaga Disiplin UMNO berharap dengan pergantungan Datuk Zahar akan mendiamkan beliau. Tapi tak menjadi!. Difahamkan dalam peraturan 18.C Akta Pertubuhan 1966,  keputusan yang melibatkan parti politik dalam kes salah laku ahli UMNO adalah dilarang dibawa ke mahkamah!?!. Jika di bawa juga ke mahkamah, Lembaga Disipilin UMNO mempunyai kuasa untuk menggugurkan keahliannya. Perkara ini telah pun diumumkan sendiri oleh YM Tengku Tan Sri Dato' Ahmad  Rithauddeen Tengku Ismail dalam sidang media Lembaga Disiplin UMNO pada 22 Disember.
 
 
Ahmad Rithauddeen

Adakah ini dipanggil Demokrasi? Adakah ini keputusan majoriti para ahli UMNO? Sebab jika diteliti ahli yang disabitkan kesalahan tidak diberi peluang untuk mencabar keputusan Lembaga Disiplin bagi mempertahankan diri. Jikalau BENAR kesalahan itu berpunca dari ahli itu sendiri, memang padan mukalah! Tapi kalau kesalahan kerana menegur dan ingin memperbetulkan kelemahan di dalam UMNO. Adalah tidak wajar sama sekali kerana nama ahli terbabit dan kredibilitinya akan tercemar! Ini akan menimbulkan pemberontakan dan kemarahan dalam UMNO sendiri. Kemarahan ahlinya ibarat Bom Jangka, hanya menanti masa untuk meletup.

Saya rasa ini merupakan salah satu sebab mengapa ramai bahagian UMNO mengambil keputusan untuk melompat parti. Sekarang baru satu bahagian yang lompat, menurut sumber ada banyak Bahagian lain telah menyatakan hasrat untuk mengikut langkah Datuk Zahar. Tapi macam biasa, bila ditanya kepada pembangkang, jawapannya "tidak boleh didedahkan bahagian mana" dan "kita tunggu waktu yang sesuai". Bila agaknya tu?
 
Tindakan Datuk Zahar ini telah dibidas oleh beberapa orang UMNO antaranya Exco Ketua Penerangan Pemuda Negeri, Nor Azman Mohd Nor. Dalam kenyataan Nor Azman :

"Tindakan Majlis Tertinggi (menggantung beliau) perlu kerana ia boleh merosakkan parti dan (merupakan) satu kesalahan. Ahli Umno perlu setia kepada parti," katanya kepada Malaysiakini.

Saya setuju ahli UMNO perlu setia. Tapi setia bertempat! Kalau jelas ada kecacatan, kelemahan, kerosakan dan kemerengan dalam parti. Ahli juga mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat bagi memperbetulkannya. Tapi ahli seolah dicengkam kuku besi dan perlu menurut telunjuk parti walaupun jelas sesat.

Perlu diingat di kalangan ahli UMNO juga terdiri daripada latar belakang yang bukan calang-calang. Tapi suara mereka yang jalang-jalang pula dirujuk!


Orang lama selalu menasihatkan golongan muda. 
Langit berkelikir, Bumi bertemberang,
Hati-hati berfikir, Jangan sampai jadi hamba orang!
________________________________________________
 
Raja (pemimpin) yang adil, Raja disembah (dilindungi / disokong)
Raja yang zalim, Raja Disanggah (digulingkan)
Ramai rasanya telah tahu, tapi mungkin terlupa


Sendiri Mau Ingat!




Wednesday, December 17, 2008

Nasir Tan Sri P Ramlee: Pulang ke Rahmatullah!



Allahyarham Nasir Tan Sri P Ramlee


Saya mendapat berita, anak Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, Nasir P. Ramlee telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 5.30 petang tadi di Hospital KL. Jenazah akan dibawa ke rumahnya di:
Q15, Jalan Sampadi,
Setapak Garden,
Kuala Lumpur.

Sama-samalah kita sedekahkan AL-FATIHAH dan bertafakur sejenak
.





Nasir P Ramlee Dalam Kenangan:



Allahyarham dalam filem Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1969),
keluaran Merdeka Studio arahan Omar Rojik

Allahyarham Nasir P.Ramlee diperkenalkan ke layar perak oleh S.Kadarisman melalui filem Panca Indera Harimau Berantai tahun 1970. Dalam filem tu, jelas Nasir masih muda, dan rupanya macam budak sekolah menengah saja.

Antara filem yang pernah dibintangi Allahyarham :

Anak Bapak (1968) arahan P. Ramlee
Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1969) arahan Omar Rojik
Panca Indera Harimau Berantai (1970)
Bujang Lapok Kembali Daa (1986)
Fantasi (1991) - ditayangkan pada 1994


Allahyarham pernah menghasilkan buku berjudul 'BAPAKU P. RAMLEE' yang mengisahkan hubungan peribadi antara bapa dan anak.

Untuk mengetahui saat akhir Allahyarham Nasir P Ramlee disamping keluarga sila rujuk web berita www.agendadaily.com artikel bertajuk "Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee… ".

AL-FATIHAH
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh
AMIN



Monday, December 15, 2008

Kereta Malaysia Bermasalah!

Bermasalah! Itulah gambaran yang dapat diberikan setelah beberapa kerajaan negeri bercadang memberhentikan penggunaan Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi para exconya. Seperti satu penyakit pula apabila Kerajaan Terengganu yang mula-mula sekali menyuarakan pendirian membeli 14 buah Mercedes Benz E200. Sekarang, Kerajaan Perak dan Selangor pula bercadang untuk bertukar kepada Toyota Camry. Kesemua kerajaan negeri telah memberi pendapat yang serupa iaitu kos selenggara Perdana V6 terlalu tinggi.

Nampaknya Proton perlu bertindak menangani masalah ni sebelum ia menjadi satu 'trend'. Kini kerajaan-kerajaan negeri bertindak betukar kepada kereta import lain. Kemudian hari rakyat pula akan melakukan perkara yang serupa. Sebenarnya perkara ini bukan berkisar kepada Proton sahaja.



Kebetulan dalam banyak-banyak model kenderaan keluaran Malaysia hanya Proton sahaja yang mempunyai model yang bertaraf eksklusif iaitu Perdana V6. Kalau kita bandingkan jenama yang lain, Perodua, hanya sekadar mempunyai model bersaiz kecil dan sederhana (kancil,Myvi,Viva). Jenama lain seperti Modenas hanya sekadar mengeluarkan motor sahaja seperti Jaguh, Kriss, skuter dan Elegan. Model Proton yang lain Saga, Gen2, Satria Neo, Tiara dan Juara bukan dalam kategori eksklusif.


Juara

Rasanya ada ke ahli parlimen atau exco nak pakai Kancil atau Myvi sebagai kenderaan rasmi? Ada ke yang nak bawak Juara yang menerima gelaran mesin basuh bergerak, almari bergerak dan peti sejuk bergerak? Ada ke mereka ini sanggup menunggang skuter atau kriss sebagai kenderaan sehari-hari nak pergi bersidang atau melawat kawasan? Kalau sekali-sekala MUNGKIN ada yang sanggup. Kalau hari-hari macam mana? Disinilah V6 diperkenalkan.

Perdana V6

Ramai juga rakan-rakan saya menggunakan Proton, ada yang memuji tak kurang juga yang memberi reaksi negatif. Reaksi negatifnya, rakan saya baru sebulan membeli Gen2 (bukan terpakai) tapi lapik getah pada pintu sudah tertanggal. Dipendekkan cerita semasa di pusat Servis Proton, rakan diberitahu yang bahagian tersebut akan ditukar, namun tempoh yang diberikan adalah 2 MINGGU! Bahagian yang kecil terpaksa ditunggu selama itu. Ini bukan kali pertama rakan saya terpaksa berhadapan dengan tindakan lembab Servis tersebut. Sejak daripada itu dia mengambil keputusan menghantar ke bengkel biasa. Lantak pi lah pasal warranty.

Situasi negatif rakan saya pengguna Perodua Myvi (bukan terpakai) pula, menceritakan bahawa dia sudah berulang alik ke pusat servis Perodua beberapa kali kerana masalah yang sama. Rakan pun mengadulah kepada Pusat servis tersebut, tapi pekerja di situ menjawab "Beli Kereta memanglah tak ada 100% perfect". Hampa rakan saya mendengarnya. Sebagai pengguna sememangnya kita hendak barang yang kita miliki dalam keadaan sempurna. Tapi jawapan bangang macam tu pula diterima.

Kesimpulannya masalah kereta Malaysia ini bermula dari produk siap tu sendiri, dimana komponen-komponen atau bahagian kecil kereta tersebut mempunyai kelemahan senibina serta mempunyai daya ketahanan yang rendah. Baru sebulan dua beli dah timbul masalah.

Masalah lain pula ialah perkhidmatan selepas jualan (After-sale service). Pusat servis ini kadang kala lembab dalam menyelesaikan sesebuah masalah. Komponen atau bahagaian-bahagian kereta kena tunggu terlalu lama untuk diperolehi. Bukankan kereta ni buatan Malaysia. Difahamkan juga komponennya juga dibuat di sini. Kalau hantar ke bengkel biasa, mereka boleh mendapatkan barangan gantian tidak sampai 2 jam. Mengapa Proton tidak boleh melakukan perkara yang sama?

Selain daripada itu harga servis dan komponen yang dikenakan pula terlalu mahal jika dibandingkan dengan harga bengkel-bengkel diluar. Barang yang sama, tapi harga jauh berbeza. Terakhir ialah layanan, sesetengah pekerja perlu dilatih cara behadapan dengan pelanggan. Jangan sampai beri jawapan bangang macam kawan saya tadi.




Sunday, December 14, 2008

Royalti Minyak Terengganu : Duit Kerajaan ke Duit Rakyat?

Terengganu terima royalti minyak dari Petronas

Tahun ini Kerajaan Terengganu (KT) menerima lagi wang royalti sebanyak RM400 juta, royalti tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri. Di sini saya ingin satukan beberapa analisis dari para blogger dan otai-otai politik tentang isu ini.

Ramai sudah mengetahui KT ni terima 5% wang royalti (ada yang kata sepatutnya 20%) yang banyaknya berkoyan-koyan dari Petronas. Sebelum tahun 1999, ketika Terengganu masih di bawah kuasa BN, royalti terkumpul yang telah diterima mencecah RM7 billion. Tetapi sepanjang era pemerintahan PAS di Terengganu dari 1999-2004, pemberian royalti ini telah diberhentikan/dimansuhkan tiba-tiba?! Minyak habis kot kat Terengganu!??


Perebutan Terengganu antara dua parti ini

Sejurus selepas BN kembali berkuasa, diumumkan dari MAC 2004 hingga MAC 2007 sejumlah RM7.364 billion wang royalti telah dibayar kepada KT ni? Dah tiba-tiba jumpa balik minyak kat sana!?? Ditambah pula dengan royalti 2008, RM400 juta ni, maka jumlah terkumpul adalah RM7.764 billion! Ini bermakna sebelum dan selepas era PAS di Terengganu wang royalti tidak kurang dari RM14.7 billion telah masuk ke Terengganu!


Royalti

Sepatutnya tak kiralah siapa yang berkuasa! Kerajaan pusat tidak berhak menyekat wang royalti yang menjadi hak mutlak rakyat Terengganu ini. Bayar tetap bayar! Perlu diingatkan pemimpin dipilih oleh rakyat, untuk mewakili rakyat dalam pentadbiran negeri. Ia tidak bermaksud dipilih oleh rakyat dan terus memiliki hak rakyat serta wang royalti ! Ini jawabnya Kepala Otak Ko Lah Kerajaan Negeri!

Ramai tertanya, apalah yang telah dibuat oleh KT ini dengan wang royalti RM14 billion ni. Kalau kita lihat di sini. Berdasarkan rekod yang telah dikemaskini pada 26 Mac 2008, Terengganu merupakan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan kedua tertinggi iaitu 15.4%. Mereka kata kadar itu "lebih baik" daripada 1999 iaitu sebanyak 22.7%. Tahun 1999??

Kebetulan pula tahun PAS menang! hehehe. Sehingga 2004, PAS mendakwa telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan kepada 10.4%!! Tapi rekod yang telah "dikemaskini" pada 2008 tadi mengatakan kadar 15.4%. Ini menunjukkan kadar kemiskinan meningkat dengan mendadak selepas BN merampas kembali Terengganu.

Sumber lain pada 6 Mac 2008 (klik sini), mengatakan kadar kemiskinan telah menurun kepada 6.5%. Lagi pelik sebab ada percanggahan, mana satu yang betul di sini? Mungkin yang bertarikh 6 Mac kot, ye lah kebetulan pula bulan tu tengah kempen pilihanraya 2008. Tapi kalau ikut tarikh mana lagi terkini?

Ramai juga tertanya, bagaimana Terengganu yang merupakan negeri kedua terkaya di Malaysia masih mempunyai kadar kemiskinan kedua tertinggi? Kemana agaknya wang royalti telah dibelanjakan selama ini. Paling jelas dan kontroversi ialah dengan perlaksanaan projek seperti Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, serta projek Monsoon Cup di Pulau Duyung. Tidak lupa juga pembelian 14 buah kereta Mercedes Benz E200 Kompressor yang bernilai RM245,000 setiap satu.

Projek Taman Tamadun Islam yang bernilai RM249.3 juta ini, terkenal dengan pelbagai monumen masjid-masjid dari seluruh dunia. Taman ini turut menempatkan sebuah masjid kontroversi, iaitu Masjid Kristal. Pada awal pembinaannya pelbagai reaksi diterima dari masyarakat setempat. Ada mengatakan yang masjid itu dibina tidak mengikut arah kiblat!? Ada juga penduduk mengadu yang dihalang bersolat atau melakukan solat Jumaat di sana? Tapi saya dapati Masjid Kristal ini telah pun mempunyai sijil perakuan arah kiblat yang disahkan oleh Timbalan Mufti Terengganu.


Sijil Pengesahan Kiblat (kiri) dan Masjid Kristal

Penganjuran Monsoon Cup juga dianggap luar biasa apabila KT membelanjakan sejumlah RM300 juta untuk setiap satu acara tahunan tersebut. Acara yang berlangsung di Pulau Duyung ini juga telah membawa kepada sebuah lagi projek iaitu Kelab Teluk Warisan yang bernilai RM250 juta. Ada otai wartawan memberitahu bahawa tanah-tanah di Pulau Duyung ini telah diambil secara paksa? Minta-minta tak betul. Kalau betul, dah macam perangai Israel pula. Ada pembaca boleh sah kan?


Pembelian Mercedes Benz E200 untuk exco-exco bagi saya dianggap tidak munasabah sama sekali. Kerana KT mendakwa pembelian ini berikutan kos penyelengaraan kereta Proton Perdana V6 yang baru berusia 2 tahun sudah mencecah RM50,000-RM170,000 sebuah. MB Dato' Ahmad Said mengatakan walaupun Mercedes Benz ini harganya mahal tapi kos selengaranya jauh lebih murah berbanding Perdana V6 untuk tempoh jangka panjang. Isunya disini adalah mengenai kos selenggara!


Merz E200 kompressor

Sebagai pengguna, apabila menghantar kereta untuk diselenggara sepatutnya kita sudah boleh mengagak harganya serta mengesan penipuan dalam perkhidmatan tersebut. Sebab sudah tentu KT menyimpan rekod-rekod harga selenggara. Kita sebagai pengguna, mempunyai hak untuk menafikan harga yang dikenakan jika ada unsur penipuan. Lebih-lebih lagi kalau anda adalah Kerajaan. Lagi lah besar haknya tu. Tapi di sini, mungkin pihak KT terlalu lemah dalam menguruskan kenderaan rasmi exconya sehingga mudah ditipu atau membiarkan diri ditipu mengenai harga selenggara ini. Yelah nak kena tunggu 2 tahun baru nak sedar!



Baik pakai kereta ni takyah risau pasal nak selenggara
Rakyat pun sayang KT


Ini menjadi tanda tanya bagi rakyat Terengganu, terhadap kewibawaan kerajaan negeri dalam menguruskan pentadbiran kewangan. Sedangkan nak menguruskan pembayaran selenggara kereta pun dah tak betul. Macam mana pula agaknya KT menguruskan wang royalti RM14.7 billion ni.




Lebih lanjut:
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9017&Itemid=104
http://www.parti-pas.org/index.php?option=com_content&task=view&id=811&Itemid=32

Friday, December 12, 2008

Guru Bahlul Mempertikai Kewujudan Tuhan!!

Seorang bloggers Sangtawal telah menghantar surat terbuka kepada blogger kontroversi Surind. Bagi yang baru mengikuti blog ini kalau rajin sila rujuk sini dan sini untuk lebih faham. Mengenai surat itu tadi apabila membacanya, saya rasa inilah cara dan strategi terbaik untuk berhadapan dengan insan seperti Surind ini lain kali. Tidak perlu menggunakan sebarang konfrontasi yang keras dengan caci, carut dan maki hamun untuk menegur.




Dalam surat tersebut, saya tertarik dengan petikan dialog antara murid dan guru tentang kewujudan Tuhan. Saya sudah membacanya sebelum ini, tapi ingin sekadar berkongsi. Ini berikutan ada petikan di dalam artikel Blogger Surind yang berbunyi begini:

"And I am sickened by it. Allah does not exist. Mohammad was just a normal man - now dead for over 1300 years." - Surind

Sekarang kita baca kisah seorang guru sekolah rendah yang cuba untuk mengubah persepsi murid-muridnya tentang Tuhan di dalam kelas. Dialognya:

Guru :Apakah kalian dapat melihatku?

Murid : Ya, dapat!

Guru : Itu tandanya saya wujud.

Guru : Adakah kamu dapat melihat kapur untuk menulis ini?

Murid: Ya, kami dapat melihatnya!

Guru : Itu buktinya batu kapur untuk menulis ini wujud. Apakah kalian boleh melihat pembaris ini pula?

Murid : Ya, kami melihatnya!

Guru : Apakah kalian boleh melihat Allah?

Murid : Tidak cikgu!

Guru : Naaah!.. Itu tandanya Allah tidak ada, Tidak Wujud!

Lalu ada diantara mereka seorang murid yang pintar bangun dan bertanya kepada kawan –kawan di hadapan gurunya pula

Murid : Kawan-kawan. Adakah kamu boleh melihat akal guru kita ini?

Murid lain : Tidak!!! (Jawab mereka serentak)

Murid : Naaah!..Itu tandanya guru kita, tidak mempunyai akal !!!

(guru tadi hanya terkebil kebil mendengarnya)


Lebih lanjut tentang surat terbuka tersebut:

http://sangtawal.blogspot.com/2008/12/surat-terbuka1-untuk-blogger-surind-raj.html

Thursday, December 11, 2008

Batang Berjuntai : Satu Negeri Dua Lokasi?

Peta Selangor bakal berubah dengan mempunyai dua lokasi bernama Batang Berjuntai? Seperti anda sedia maklum, memang ada nama tempat Batang Berjuntai di Kuala Selangor dan satu lagi lokasi baru batang berjuntai saya serahkan kepada kumpulan Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) untuk tentukan besok. Kalau ikutkan pemahaman bahasa bila dah berkumpulan tak boleh dipanggil berjuntai, tapi berjuntai-juntai. Betul ke?

Reformis yang menggelarkan diri mereka skuad berani bogel, sebuah skuad atau kumpulan reformis paling bangang dalam sejarah Malaysia. Besok 12 Disember merupakan tarikh keramat, setelah sebulan tempoh diberikan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi memenuhi tuntutan mereka. Difahamkan sebelum ini mereka telah merancang untuk melakukan demonstrasi bogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Namun tidak berjaya kerana tidak mendapat permit dari pihak polis.

Reformis ini telah menuntut Kerajaan Negeri Selangor mengkaji semula kadar sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dinaikkan daripada RM124 kepada RM250. Di kalangan reformis yang rata-rata berpendapatan bawah RM600 sebulan boleh dianggap membebankan kerana kesan kenaikan harga barang dan jumlah tanggungan mereka.


Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri telah pun memutuskan untuk mengurangkan balik kadar sewa kepada RM124. Tetapi kadar sewa tersebut hanya boleh dinikmati penghuni PPR yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Dengan keputusan tersebut MB Abdul Khalid sudah menganggap isu tersebut telah selesai, tapi Presiden Reformis Ramlan Abu Bakar tidak bersetuju kerana berpendapat keputusan kerajaan sebagai tidak adil? Dan beliau menuntut supaya semua penghuni berhak mendapat kadar yang sama RM124.


Sebenarnya ada juga dikalangan ahli gerakan Reformis yang masih waras. Mereka ini menyelar tindakan Ramlan kerana bertindak bertentangan dengan dasar perlembagaan pertubuhan tersebut. Lebih lanjut klik sini


Walau apa pun isu yang menimbulkan ketidakpuashati, idea untuk melakukan demonstrasi bogel bukanlah budaya yang boleh diterima pakai di negara kita. Di minta Presidennya En Ramlan dan para pengikutnya renungi diri sendiri jika melakukan idea ini dan kesannya kepada ahli keluarga mereka. Saya rasa tak ada seorang pun mahu melihat ahli keluarga sendiri bogel di khalayak ramai.




Fikir dalam-dalam sebelum bertindak melakukan aksi bangang.


Tak cukup dalam fikir tu!


Saya diberitahu reformis yang melakukan demonstrasi bogel ini akan ditangkap berlandaskan undang-undang Sivil dan Syariah. Manakala yang datang menyaksikan demonstrasi ini juga akan ditangkap berlandaskan undang-undang Syariah.



Link lain:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
http://harimau-menaip.blogspot.com/2008/12/ekslusif-gambar-gambar-reformis-bogel.html



Wednesday, December 10, 2008

Mempersenda Agama adalah Kebebasan Bersuara?

Sebagai rakyat Malaysia, saya akui kebebasan bersuara adalah hak individu. Namun kita harus mempunyai batasan supaya tidak menimbulkan sentimen kaum dan agama yang terlampau. Kerana mulut badan binasa!



Saya agak terkeliru dengan definasi kebebasan bersuara apabila melihat artikel serta komen di blog-blog yang memaparkan isu-isu politik, kaum dan agama. Ada pula bagi sesetengah individu, mempersenda ajaran sesebuah agama adalah kebebasan bersuara!? Lebih menghairankan ada pula menyokong kenyataan artikel blog seperti itu, kerana bagi mereka itu adalah hak kebebasan bersuara blogger tersebut!? Bagi yang menentang saya rasa anda faham kenapa.

Dalam artikel saya sebelum ini ada contoh artikel dari blogger Surind. Anda baca dan anda nilai sendiri. Adakah ini contoh baik kebebasan bersuara?

Kebanyakan blogger yang memperjuangkan kebebasan bersuara, sering kali mengambil contoh dasar kebebasan bersuara dari negara luar terutamanya Amerika. Di sini saya ingin ingatkan sebelum Amerika dijadikan contoh, beberapa faktor kependudukan perlu diambil kira terutamanya faktor budaya! faktor agama! faktor bangsa! dan faktor sejarah! sudah tentu perbezaannya jauh langit dan bumi diantara Amerika dan Malaysia. Jadi tiada contoh terbaik yang boleh diadaptasi dari negara luar untuk dibawa ke Malaysia.

Bagi saya definasi kebebasan bersuara haruslah diperbataskan dengan berpegang kepada prinsip-prinsip RUKUN NEGARA. Rukun Negara ini telah diterima pakai oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Jika prinsip ini dipegang teguh dan disematkan dalam ingatan serta sanubari individu rakyat, saya rasa tidak akan wujud artikel-artikel berbentuk sentimen yang menikam perasaan sesebuah penganut agama seperti yang telah dilakukan oleh Surind.

Sebarang kenyataan individu atau kumpulan dalam bentuk apa jua yang menyentuh sentimen perkauman dan agama terlampau, boleh dianggap menghina prinsip-prinsip Rukun Negara. Mereka ini harus dihadapkan kemuka pengadilan dan hukuman setimpal harus dikenakan bagi persalah yang MENGHINA RUKUN NEGARA.

Petikan mengenai Rukun Negara ini saya ambil dari blogger DUNIA TIGER. Sila baca dan hayati intipati Rukun Negara.
LATAR BELAKANG
Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.

MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.
i)Matlamat Rukun Negara - mengukuhkan perpaduan. memelihara corak hidup demokratik. mencipta sebuah masyarakat yang adil. menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

ii)Prinsip-prinsip Rukun Negara -
a)Kepercayaan kepada Tuhan -
agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.

b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara - semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

c)Keluhuran Perlembagaan - perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

d)Kedaulatan Undang-Undang - rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

e)Kesopanan Dan Kesusilaan - rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.


Setelah memaparkan artikel kontroversi yang membangkitkan kemarahan umat Islam Malaysia era digital, akhirnya blogger Surind mengeluarkan kenyataan terakhir sebelum bercuti panjang. Tetapi adakah ini bermaksud dia akan terlepas daripada undang-undang begitu sahaja?

Surind Raj said...
All comments have now been closed!

I agree with Nick's reasoning here. Malaysia is probably not ready & is also probably beyond saving.... if the people get up and do nothing in the name of democracy, human rights, liberty, freedom, secularism, non violence, maturity, development, etc.

This blog & this blogger is also going on a long vacation. Apologies once again to all liberal / moderate Muslims, whom I might have unintentionally upset, or angered.

Please note to read this post carefully for the info on my views not being the same as the video from victimlesscriminal (I have no issue against the Hajj) & the link to my formal apology as well.

I hope you can find it in your hearts to forgive me & to emphatise with me as well.

There will be no more posts, or comments for a long / long time.

If you see me as a coward, fine... in my eyes & I know in many out there as well, I am not. I am simply playing the game, according to the environment and watching my back as well.

Take care & signing out for a long long time,
Surind.





Tuesday, December 9, 2008

Blogger Lakhanat! : Mencabar Kesabaran Umat Islam


Blogger Lakhanat


Saya terkejut membaca sebuah blog warga Malaysia yang bertajuk The Hajj: The Most Shameful Journey in History?. Saya dapati tanda "?" diletakkan kemudian setelah laporan polis dibuat terhadap blogger lakhanat ni. Tanda "?" diletakkan kononnya ia sebuah pertanyaan namun isi kandungannya menceritakan sebaliknya. Ramai juga diantara bukan Islam, menyatakan tidak setuju dengan kandungan blog ini yang dianggap putar belit serta menokok tambah yang bertujuan menimbulkan kemarahan umat Islam.


Antara isi kandungan yang telah dibuangkan dari blog si lakhanat ini:

The 5th Pillar of Islam wastes more money and effort and time and lives than any other single journey in human history. Muslims from all around the world - many of them excessively poor - devote a significant proportion of their income to complying with the demand of the Qur'an that they should visit the Kaaba in Mecca, Saudi Arabia at least once in their miserable lives.

I find this a disgusting and lamentable superstition. Not only this, but some of the poorest families in the some of the poorest Muslim countries in the world save all their lives to send their children to wander around a tomb to a long dead deluded bloke called Mohammad - a self-appointed prophet who raised himself above the status of all other humans and still from the ashes reaches out and financially ruins people's lives to this very day by having insisted that all his deluded followers should pop in to his birth town.

You couldn't write more insane fiction than this if you tried. If you saw this on the pages of George Orwell, you would think it would never happen. But it does. And I am sickened by it.Allah does not exist. Mohammad was just a normal man - now dead for over 1300 years. There is no spiritual realm. Every single Muslim who makes this journey is diverting money and energy away from making this world a better place - building better nations, developing education, science, technology, politics, medicine and so forth.

Each Muslim who makes this lamentable journey is guilty of squandering money in as wasteful a way as those people that they criticise for spending on alcohol that they piss down the drain. In some ways, even worse.At least some boozed-up bloke who struggles off to work the next morning with a hangover knows that he has overdone it.

Muslims NEVER think they have overdone it and will simply pass on this world-wide destruction of potential to their poor children.The greatest aim of all Muslims is to take part in the Hajj? No wonder Islam makes its victims less successful in the real world of the 21st Century: their aspirations are so pathetically low.

Petikan ini saya ambil dari blog harimau-menaip

Memang kita semua ada hak dan kebebasan bersuara. Tapi mestilah mempunyai had atau batas-batas yang tertentu. Janganlah sampai menyentuh sentimen agama dan bangsa yang terlampau macam ini. Si lakhanat ini telah menjadi contoh kepada ketegangan antara agama. Pada 7 Disember 2008 blogger Mahaguru58 telah membuat laporan polis mengenai blogger lakhanat ini. Blogger Bila Harimau Sudah Menaip juga ada artikel terperinci mengenai isu ini.


Jangan biarkan Agama & Bangsa dipijak! Sebarkan info ini!

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada kawan-kawan yang mengenali saya.

Saturday, December 6, 2008

Tanah Runtuh: Apa Dah Jadi?


Hari ini Bukit Antarabangsa digegarkan dengan kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo serta meragut nyawa. Setakat ini mangsa korban yang telah dikenalpasti ialah Shaiful Khas,20, N. Yogeswary,40, Ng Yee Peng,30, dan seorang warga Indonesia yang ber nama Surinah,30. Semua rakyat Malaysia turut merasa dukacita diatas kejadian ini dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban.


Seramai 93 mangsa yang terselamat rata-ratanya masih terkejut dengan kejadian yang menimpa mereka. Walaupun kehilangan tempat tinggal, mereka tetap bersyukur kerana terselamat dari maut. Mereka turut terharu dan sedih kepada jiran tetangga yang ahli keluarganya masih tertimbus atau terkorban.


Pandangan Dari Udara Bukit Antarabangsa

Bimbangkan kejadian tanah runtuh susulan, 5000 penduduk terpaksa mengosongkan kediaman mereka dan diletakkan ke penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Ulu Kelang. Angkatan Tentera Malaysia dikerahkan membina laluan bagi melancarkan proses pemindahan.

Selain itu Jabatan Bomba, Palang Merah, Smart Team dan Polis juga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. Anjing pengesan dan alat petunjuk (life detector) digunakan bagi mengesan serta mengenal pasti mangsa-mangsa yang masih terperangkap di bawah timbunan tanah.

Sebelum ini, pada tahun 1999 jalan utama ke Bukit Antarabangsa telah ditimbus oleh runtuhan tanah. Kejadian tersebut nyaris meragut nyawa seorang pemandu teksi yang sempat menyelamatkan diri apabila teksinya hampir terbenam dalam runtuhan tersebut.

Pada 24 Februari 2000, seorang kanak-kanak berumur 4 tahun terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Kg. Seri Damai berhampiran dengan Taman Kencana Ampang. Pada Syawal tahun yang sama, berlaku lagi tanah runtuh di Taman Saga,Ampang Jaya yang telah menutup laluan utama ke taman tersebut.

Pada 20 November 2002, Baglo di Taman Hillview milik Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Ismail Omar juga pengerusi Affin Bank musnah akibat tanah runtuh. Kejadian yang berlaku pada 4:35 pagi tersebut telah meragut nyawa isterinya Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu, dua cucu dan dua pembantu rumahnya.

Paling buruk dalam sejarah Malaysia ialah kejadian Kondominium Highland Towers pada 11 Disember 1993 yang tumbang menyembah bumi. Keruntuhan Blok A yang setinggi 12 tingkat itu telah mengorbankan banyak nyawa dan pihak berkuasa mengesahkan penemuan 48 mayat dalam runtuhan tersebut. Pada 22 Disember 1993 operasi pencarian dihentikan!



Highland Towers



Sudah banyak kejadian tanah runtuh berlaku di sekitar Ampang Jaya sebelum ini, yang saya nyatakan tadi hanyalah sebahagian sahaja. Sepatutnya kerajaan, pihak berkuasa dan jurutera sudah peka dalam meningkatkan tahap keselamatan binaan dan sekitarnya. Aspek kajian geologi adalah perkara asas dan yang paling awal dilakukan sebelum struktur bangunan dibina. Tapi Apa Dah Jadi?!

Fakta Analsis:
Kesemua kejadian tanah runtuh berlaku, ketika hujan lebat yang turun berturut-turut selama beberapa hari! Hujan yang turun selama beberapa hari telah melemahkan struktur tanah serta turut mewujudkan aliran air bawah tanah.

Kejadian Highland Towers dikatakan berpunca kerana terdapat aliran air bawah tanah. Hari ini 7 Disember 2008, pihak berkuasa mengesahkan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah disebabkan punca yang sama.

*Takziah kepada mangsa korban Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan bertafakur sejenak

Thursday, December 4, 2008

Janakuasa Nuklear di Malaysia?

Kerajaan Malaysia sedang membincangkan kemungkinan membina reaktor nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik. Adakah ini perkara baik atau buruk bagi kita? Sebelum anda memberi jawapannya. Mari kita sama-sama huraikan dengan lebih terperinci mengenainya.

Janakuasa Nuklear

Untuk pengetahuan semua, teknologi nuklear ini bukanlah satu perkara yang asing bagi negara kita. Kerana Malaysia sudah pun mempunyai reaktor sendiri yang dikenali sebagai Reaktor Triga Puspati (RTP). RTP mula beroperasi pada tahun 1982 dibina bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan yang memfokuskan kepada perubatan, pertanian serta kajian neutron.

Agensi Nuklear Malaysia (Malaysia Nuclear Agency) telah memainkan peranan menguruskan kemudahan reaktor nuklear ini. Selain daripada RTP, terdapat beberapa pusat penyelidikan seperti Sinagama, Alurtron, Raymintex dan lain-lain yang turut diuruskan oleh Agensi Nuklear Malaysia. Saya diberitahu bahawa seramai 40 pakar penyelidikkan (kesemuanya PHD) yang menjadi tulang belakang menggerakan Agensi Nuklear Malaysia. Untuk lebih lanjut boleh klik sini.

Secara umumnya sumber tenaga elektrik di Malaysia dijana oleh beberapa empangan di semenanjung Malaysia. Di sini kita akan lihat analisis dan fakta dua empangan terkenal iaitu Empangan Temenggor dan Empangan Kenyir.

Empangan Temenggor yang terletak di Gerik, Perak mula dibina pada tahun 1967 dan siap pada tahun 1972. Empangan yang menelan belanja RM352juta ini mempunyai 4 buah turbin. Dimana setiap turbin boleh menjana 87 MW, maka sejumlah 384 MW kapasiti elektrik mampu dihasilkan. Setelah dipenuhi air, empangan ini mempunyai keluasan 152 km persegi.

Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud yang terletak di Terengganu pula merupakan empangan terbesar di Malaysia. Ia mula dibina pada tahun 1978 dan siap pada tahun 1986. Empangan ini juga mempunyai 4 buah turbin, dimana setiap turbin mampu menjana 100MW yang menyumbang sejumlah 400MW kapasiti elektrik. Keluasan empangan ini meliputi 370 km persegi, iaitu cukup untuk menenggelamkan Kuala Lumpur atau Shah Alam yang masing-masing berkeluasan 244 dan 290 km persegi.

Kedua-dua empangan ini jelas menunjukkan, bahawa pembinaannya memerlukan ruang tanah yang luas iaitu lebih daripada 100km persegi. Dalam proses pembinaan empangan ini berpuluh buah kampung terpaksa dipindahkan ke penempatan baru. Khazanah hutan yang terdiri daripada pokok yang berusia ratusan tahun juga terpaksa dikorbankan.


Khazanah Negara

Dalam analisis reaktor nuklear, saya mengambil contoh Pusat Janakuasa Nuklear di Ikata, Jepun. Pusat ini mempunyai 3 buah reaktor, dimana minimum kapasiti elektrik yang mampu dihasilkan setiap reaktor adalah sebanyak 566MW dan maksimum kapasitinya adalah 890 MW! Jika 3 reaktor ini berjalan serentak, sejumlah 2,022MW mampu dihasilkan di satu lokasi sahaja. Pusat janakuasa Ikata juga dibina di tapak yang berkeluasan kurang dari 18 km persegi! Ianya hampir sama dengan keluasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur (iaitu 16.25 km persegi).


Janakuasa Nuklear Ikata

Dapat dirumuskan bahawa, dengan gabungan dua Empangan Kenyir dan Temenggor masih tidak dapat menandingi keupayaan satu Pusat Janakuasa Nuklear Ikata. Jika dihitung, dua empangan tersebut hanya mampu menghasilkan 784 MW kapasiti elektrik, walaupun kesemua turbin dijalankan. Manakala keluasan tanah yang telah digunakan untuk membina dua empangan ini mencecah 520km persegi! Dua kali ganda KL.

Perbezaan yang ketara ini menunjukkan pembinaan empangan untuk menjana elektrik adalah tidak efisien sama sekali. Disini janakuasa nuklear dilihat relevan bagi meminimumkan penggunaan tanah disamping dapat menyelamatkan khazanah hutan yang tak ternilai harganya.

Akan datang Empangan Bakun di Sarawak yang dijangka siap 2012, dikatakan mempunyai kemampuan menjana 2400MW kapasiti elektrik. Tetapi pembinaan satu empangan ini sahaja memerlukan penggunaan tanah seluas 695 km persegi iaitu hampir sama dengan Singapura (707 km persegi).

Terdapat beberapa kebaikan lain jika teknologi janakuasa nuklear dijalankan di Malaysia. Antaranya ialah penghasilan tenaga elektrik janakuasa ini tidak melepaskan sisa bahan bakar atau beradioaktif ke udara berbanding dengan sistem janakuasa berasaskan arang batu dan diesel. Kos penyelenggaraan juga bertambah murah kerana tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada minyak dan arang batu. Tarif elektrik juga akan menjadi lebih murah dan ini baik bagi menarik pelabur masuk ke negara kita.

Jika Malaysia ingin membina pusat janakuasa nuklear, beberapa faktor perlu diambil kira. Paling penting ialah isu keselamatan. Majoriti rakyat tentu sudah memberi tanggapan negatif mengenai janakuasa nuklear ini. Perkara yang terlintas di kepala ialah kemalangan di Stesen Janakuasa Chernobyl, Rusia. Kemalangan tersebut telah menyebabkan bahan radioaktif terlepas ke udara sehingga merebak ke benua eropah. Kesan dari radioaktif tersebut telah menyebabkan mutasi serta banyak penyakit barah dilaporkan. Kemusnahan Chernobyl dipercayai berlaku kerana kelemahan senibina reaktor ketika itu.


Kemalangan Chernobyl

Faktor kedua ialah dimanakah lokasi yang dijangka sesuai untuk membina pusat janakuasa nuklear di Malaysia. Kalau di selidik reaktor nuklear di seluruh dunia, kebanyakannya dibina di pesisiran pantai. Saya dapati reaktor ini memerlukan jumlah air yang banyak sebagai agen penyejukan. Mungkin itu menjadi sebab mengapa ia dibina di tepi laut. Kita ambil contoh Reaktor Nuklear di Stellafield, Britain dimana maksimum air yang diperlukan sehari adalah 18,184.4 meter padu air bersamaan dengan 18,184,200 liter atau 568 buah lori tangki (lori kapasiti 32000 liter sebuah). Jadi disini pantai mana yang akan menjadi pilihan?


Proses Penjanaan Elektrik

Perkara seterusnya ialah dimanakah tempat sisa nuklear ini akan dilupus atau disimpan. Kerana sisa nuklear ini tidak terurai walaupun selepas 300 tahun malah ada yang mengesahkan ia boleh kekal sehingga 10,000 tahun. Walaupun ada kajian yang menyatakan bahawa sisa nuklear tersebut boleh diproses semula untuk digunakan namun ianya hanya 30% kejayaan. Mungkinkah Malaysia akan mengambil langkah seperti Amerika dimana Yucca Mountain dijadikan pusat simpanan sisa nuklear. Sehingga kini sebanyak 50,000 ton metrik sisa nuklear telah disimpan disana.



Yucca Mountain

Sekarang pun semakin banyak negara dunia ketiga turut serta membina janakuasa nuklear dan yang paling kontroversi ialah Iran. Presidennya Mahmoud Ahmadinejad berulang kali menegaskan bahawa nuklear di Iran adalah untuk tujuan keamanan dan penjanaan elektrik, namun tetap dinafikan sekeras-kerasnya oleh Amerika. Sedangkan Amerika sendiri telah mempunyai 101 buah reaktor janakuasa nuklear. Iran nak bina satu pun kecoh.

Berita dari negara jiran, Thailand pula telah melabur sejumlah USD6 billion untuk membina 4 reaktor janakuasa nuklear di negara mereka dan dijangka siap 2012. Setiap Janakuasa nuklear mereka dijangka mampu menghasilkan sejumlah 1000MW. Selain Thailand, beberapa negara lain seperti Vietnam, Indonesia dan Filipina telah pun mula membina pusat janakuasa nuklear untuk memenuhi keperluan di negara masing-masing.

Malaysia? Bila lagi? Anda sebagai rakyat boleh memutuskan sama ada, perlu atau tidak janakuasa nuklear di Malaysia. Sebab duit rakyatlah yang akan digunakan untuk membangunkan infrastruktur seperti empangan dan janakuasa nuklear. Anda Tentukan!!


Fakta menarik:
Janakuasa nuklear menggunakan uranium dalam bentuk isotop, dengan melakukan beberapa siri tindakbalas bagi menghasilkan haba yang banyak. Haba tersebut akan digunakan untuk memutarkan turbin bagi menghasilkan elektrik. Uranium merupakan salah satu unsur yang paling mudah dijumpai di tanah, pokok dan air. Antara negara yang menjadi pengeluar terbesar uranium ialah Kazakhstan, Australia dan Canada.


Lebih lanjut:
http://www.larouchepac.com/news/2007/06/14/thailand-investing-6-billion-cluster-nucl%20ear-power-plants.html
http://www.irrawaddy.org/article.php?art_id=7889
http://en.wikipedia.org/wiki/Ikata_Nuclear_Power_Plant

*Terima kasih kerana sudi membaca analisis ini. Segala idea dan pandangan amat di alu-alukan

Tuesday, December 2, 2008

Minyak: Nak Lantai ke Nak Apung?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad mencadangkan supaya kerajaan menggunakan mekanisme ‘pengapungan terurus’ untuk menentukan harga minyak kerana ia dianggap kaedah terbaik buat masa ini jika dibandingkan dengan penggunaan mekanisme harga lantai dan harga siling.

Mekanisme ini dicadangkan ekoran penurunan mendadak harga komoditi itu di pasaran dunia. Penurunan yang begitu signifikan memerlukan satu mekanisme jelas di mana kerajaan boleh menentukan agar adanya perubahan harga di peringkat runcit secara teratur dan terurus. Tetapi jika kita menggunakan mekanisme pengapungan terurus bagi harga minyak bermakna, kita akan berpandukan harga purata pasaran, dan timbul pula soal subsidi. Tetapi bagaimana subsidi itu akan ditentukan?

Apakah jika harga minyak menjadi begitu rendah dan memungkinkan kerajaan tidak perlu memberikan subsidi lagi? Atau adakah kerajaan akan terus mengambil sebahagian daripadanya sebagai pendapatan sebagai langkah menghadapi krisis kewangan dunia sekarang?





Subsidi?



"Pengapungan terurus" ini merujuk kepada mekanisme bagi mengukuhkan nilai komoditi berdasarkan harga purata pasaran. Kita ambil contoh, jika harga runcit komersial (harga yang patut dijual sekarang) petrol RM1.60 seliter dilaksanakan serta merta, ia boleh menambahkan hutang serta membantutkan ekonomi negara.

Disini kita katakan kerajaan mengadaptasi mekanisme "Harga Pengapungan Terurus" sebanyak *20% atau *30% bagi mengukuhkan harga minyak. Jadi dengan mekanisme ini harga petrol RM1.60 itu tadi akan mengukuh kepada RM1.92 atau RM2.08 seliter. Jika petrol Malaysia RM1.70, maka dengan mekanisme 'pengapungan terurus’, harga petrol menjadi RM2.04 atau RM2.21 seliter. Ia seperti melawan arus, menolak kejatuhan harga pasaran bagi meningkatkan nilai minyak. Tapi sebenarnya ia seperti satu tempoh masa untuk menyesuaikan negara kepada harga pasaran.

**Nilai peratus (%) merupakan pembolehubah, ia berdasarkan harga purata pasaran. Ia dikatakan terurus kerana perlu mengikut beberapa faktor lain bagi meminimumkan kerugian dan tidak membebankan rakyat.

Mekanisme ini telah pun digunapakai untuk mengawal nilai matawang Malaysia bagi menggantikan "Tambatan Ringgit". Tujuannya tetap sama seperti "Tambatan Ringgit" iaitu mengawal nilai Ringgit dari terus menjadi lemah berbanding Dolar Amerika. Bezanya ialah nilai "Tambatan Ringgit" mengekalkan nilai tukaran USD1 bersamaan RM3.50. Manakala "Pengapungan Terurus" ini nilainya berubah-ubah mengikut nilai purata pasaran (USD1 = RM3.xx). Mungkin lebih tinggi atau rendah dari RM3.50.


Penggunaan mekanisme “harga lantai“ adalah bertujuan untuk mengawal harga runcit minyak yang semakin lemah di dalam pasaran daripada terus jatuh. Ini bermakna satu harga minimum akan ditetapkan bagi komoditi tersebut. Sebagai contoh berdasarkan pasaran dunia, harga petrol Malaysia sekarang sepatutnya dijual pada harga RM1.60. Jadi bagi mengawal aliran tunai dan mengelak kerugian yang berpanjangan, kerajaan akan meletakkan harga lantai RM1.80 seliter. Jadi bagaimana rendah pun harga pasaran minyak dunia sama ada RM1.60 atau RM1.30. Harga jualan minyak Malaysia tetap pada kadar RM1.80 seliter.

Kesimpulannya "Harga Pengapungan Terurus" mengambil kira nilai purata harga pasaran dan ia berubah-ubah mengikut naik turunnya pasaran. Memandangkan ia mengambil nilai purata, maka ia boleh dianggap satu situasi "win win solution" di mana rakyat tak untung banyak dan kerajaan tak rugi teruk, atau rakyat tak rugi teruk dan kerajaan tak untung banyak. Anda tentukanlah yang mana satu?

Ini kerana jika kita kaji “harga siling”, ia sememangnya lebih menguntungkan pengguna kerana harga tidak akan melonjak naik walaupun harga pasaran minyak tinggi. Pada “Harga lantai” pula dilihat menguntungkan kerajaan kerana produk tidak boleh dijual lebih rendah dari harga minimum yang telah ditetapkan walaupun harga pasaran jatuh.

Seperti kita sedia maklum, minyak adalah penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan negara. Kejatuhan harga minyak dunia telah menyebabkan pendapatan negara menguncup. Kurangnya pendapatan bererti kurangnya suntikan modal untuk meningkatkan aliran tunai dalam negara serta kurangnya dana-dana untuk membangunkan infrastruktur dan ekonomi negara.

Jadi penggunaan salah satu mekanisme ini penting bagi mengawal kerugian yang lebih parah berlaku kepada Malaysia. Supaya kita tidak menjadi seperti Iceland iaitu negara pertama diisytiharkan MUFLIS! Semua urusan perbankan dibekukan, ekoran daripada itu rakyat Iceland tidak boleh melakukan apa-apa transaksi jual beli atau perdagangan.

Nak minyak 'E' ke ekonomi 'E'?

Diharap kerajaan lebih telus menyatakan sebab musabab mengapa dan bagaimana mekanisme tersebut harus di jalankan. Kerana rakyat mempunyai hak untuk mengetahui mekanisma harga yang mana sesuai sama ada Di Lantai ke Di Apung.


**segala pandangan dan pembetulan dalam artikel ini adalah amat dialu-alukan**

Friday, November 28, 2008

Fatwa Di Perlekeh Si Selekeh


Tertarik apabila membaca di dada akhbar, media elektronik dan artikel-artikel bloggers mengenai isu yoga. Ini bermula apabila Majlis Fatwa Kebangsaan yang terdiri dikalangan pakar-pakar ilmuan perundangan dan hukum Islam telah sebulat suara menyatakan amalan YOGA itu haram. Tapi dengan pantas pula di bidas oleh segelintir NGO yang tidak mengkaji mendalam tentang apa itu FATWA serta tujuannya.

Paling asas yang perlu diketahui adalah Fatwa dikeluarkan untuk Umat ISLAM. Mengapa sekarang kita lihat apabila fatwa dikeluarkan, ada pula bukan Islam yang melatah dan membantah. Seperti isu Pengkid sebelum ini, segelintir bukan Islam telah melakukan demonstrasi memprotes Fatwa pengharaman Pengkid. Kita umat Islam yang melihat pun merasa hairan, apa pasal dia orang pula melebih-lebih. Kemungkinan besar mereka kurang faham erti fatwa ini.

Di Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) perlu melalui satu proses yang panjang sebelum Fatwa dikeluarkan. Ia bukan semudah dengan hanya "lat-ta-li-lat" , "one 2 jus" atau "ku-chi-pak" untuk memutuskan sesatu fatwa. Kalau semudah itu, saya akan paham mengapa orang akan mempertikaikan keputusan MFK.

Proses mengeluarkan fatwa bermula, apabila timbul sesuatu isu baru yang menimbulkan keraguan mengenai hukumnya di dalam Islam. Keraguan dari segi hukum halal, haram, wajib, harus dan sunat tentang sesuatu perkara. Maka perbincangan lanjut bagi menghuraikan perkara tersebut harus dilaksanakan.

Peringkat awalnya Jabatan Mufti negeri-negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bermusyawarah (bermesyuarat) bagi memperbincangkan isu baru yang telah dibangkitkan. Dalam perbincangan tersebut, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa akan mengundang para ilmuan cendekiawan dan pakar-pakar bagi mencari penyelesaian. Malah di dalam Jawatankuasa fatwa itu sendiri, adalah terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang yang merupakan pelapis untuk di masa akan datang.

Sebagai contoh baru-baru ini mengenai isu yoga, MFK telah berbincang selama 2 hari. Saya difahamkan, itu adalah hari perbincangan rasmi. Sebelum bermulanya perbincangan rasmi tersebut. Mereka yang terdiri dari pada para ulama , ilmuan dan cendekiawan telah berbincang serta mentelaah terlebih dahulu bagi mengumpul bahan-bahan kajian mengenai yoga dan impak terhadap umat Islam dari sudut Sunnah dan Al-Quran. Dalil-dalil dan nas juga akan disertakan bagi menyokong hujahan mereka nanti. Semua ini penting bagi menyiapkan diri dari semua aspek supaya dapat memahami intipati perbincangan itu nanti

Sekali lagi diingatkan bahawa barisan panel MFK ini terdiri daripada pakar-pakar perundangan dan ilmuan Islam. Mereka tidak datang berbincang dengan tangan dan hati yang kosong. Tidak sempurna perbincangan itu nanti jika isu yang dibangkitkan tidak difahami, dialami dan diteliti mengikut sudut Al-Quran dan Sunnah. Ini bukan perbincangan seperti ala kedai kopi yang penuh dengan gurau senda atau gelak tawa. Ini mengenai hukum-hakam bagi mencari jawapan kepada isu-isu baru.


Gambar rajah dibawah adalah proses-proses dalam mengeluarkan sesuatu fatwa.


Yang sedihnya ada juga NGO dan individu yang mempertikaikan fatwa pengharaman yoga ini. Tiba-tiba ramai pula ahli perniagaan, doktor dan lain-lain muncul sebagai pakar dalam Agama Islam. Menyatakan MFK telah silap menghuraikan isu yoga. Mulalah membuka kitab menyuarakan dalil-dalil dan nas bagi mempertahankan kedudukan mereka. Ramai pula 'ulama baru' lahir dalam menentukan fatwa yoga ini.

Sememangnya MFK yang terdiri daripada para ulama, ahli kitab, cendekiawan dan ilmuan ini telah mengkaji seluruh aspek Islam lebih mendalam daripada kamu yang sedang membaca ini. Tetapi masih juga diperlekehkan oleh mereka yang cetek dan selekeh keperibadiannya. Mereka yang hanya bersuara menampakkan pangkat dan darjat luaran namun hakikatnya selekeh iman dan amalan.

Kepada umat Islam yang membantah janganlah kita melihat dari satu sudut sahaja. Fahami dan selami kenapa fatwa ini dikeluarkan. Saya dapati majoriti yang bersuara menghentam MFK ini tidak mencari penjelasan terperinci mengenainya. Hukum Islam ini bukan boleh dibuat mengikut andaian sahaja dalam menentukan Halal dan Haram. Sekadar logik atau 'common sense' juga tidak memadai. Jika ragu-ragu merujuklah kepada yang lebih arif.

Kepada bukan Islam, diharap tidak lagi secara membuta tuli menghentam dan memprotes tanpa usul periksa. Kerana ini isu agama Islam, isu yang sensitif. Terutama mengenai Fatwa yang saya lihat ada yang membantah, walhal tidak tahu apa itu Fatwa.

Sekarang timbul pula kekeliruan didalam fatwa pengharaman yoga ini. Mengikut kefahaman saya, MFK telah mengharamkan yoga secara keseluruhannya. Tapi dikalangan pemimpin pula ada mengatakan tidak haram jika tiada unsur pemujaan hindu dan bacaan mantera dilakukan. Dua pendapat berbeza ini mengelirukan masyarakat Islam. Diharap MFK dapat memperincikan lagi mengenai fatwa ini. Supaya kesepakatan diantara MFK dan pemimpin dapat dicapai.

Lebih lanjut:

http://demoloni.wordpress.com/2008/11/26/fatwa-pengharaman-yoga-dipertikai-salah-siapa/


**segala pandangan dan pembetulan dalam artikel ini adalah amat dialu-alukan**