Thursday, January 8, 2009

PPIM : Lancar Boikot Produk Amerika-Israel!!!



Jangan Lupa Hari Ini! Jumaat 09 Januari 2009, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan melancarkan kempen memboikot besar-besaran produk "Amerika-Isreal" yang bertempat di Masjid Negara. Kempen tersebut juga akan disertai oleh seluruh umat Islam seluruh negara dan juga badan-badan NGO yang terdiri daripada Malaysian Chinese Muslim Associaton (MCMA), Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Interactive Muslimah Association (IMAN).

Selain daripada itu, Demonstrasi aman juga akan berlaku di hadapan kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak pada pukul 2 petang. Penyokong-penyokong digalakkan memakai warna hitam, putih dan merah atau sebarang lambang Palestine. Jika boleh bawa sama sepanduk dan kain rentang mengutuk kekejaman Isreal. Terdapat juga beberapa kawasan lain demonstrasi ini dijalankan pada bulan ini seperti di Bangsar Sports Complex, Jalan Terasek 3, Bangsar pada 18 Januari. Untuk lebih lanjut mengenai demonstrasi-demonstrasi tadi sila klik sini .


Setiausaha Agung PPIM Dr Ma'mor telah/akan menggesa Halal Industry Development Corporation (HDC) menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat-syarikat milik Yahudi.


"Ini kerana hasil keuntungan daripada produk-produk itu, digunakan untuk menzalimi rakyat negara Islam dengan mengeluarkan bom dan juga peluru" kata Dr Ma'amor.


Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) turut sama menyokong tindakan rakyat untuk memboikot produk Amerika-Israel ini. Presidennya Datuk Ibrahim Ali mengatakan bahawa inilah salah satu cara untuk rakyat mengajar dan menetang kebiadaban Isreal terhadap Palestine yang disokong kuat oleh Amerika.

Untuk maklumat pembaca, produk keluaran Isreal boleh dikenalpasti kerana tertulisnya kod 729 pada produk mereka. Ini salah satu caralah nak kesan. Kalau ada cara lain, sila kongsikan bersama.

Antara syarikat-syarikat dan jenama yang dipercayai menyalurkan dana ketenteraan Isreal:
Coca-cola, Huggies Rive Island, Mc Donalds, Clinique, Disney, Donna Karan, Star Bucks, GAP, Garnier, Parrier, Kotex, Sanex, Jo Malone, Lancome, Libbys, Tchibo, Loreal, Marks & Spencer, Kleenex, Maybelline, Nestle, Vittle, Revlon, Wonderbra.

Ada banyak lagi. Ini sahaja yang saya terima dari rakan-rakan. Kalau ada tambahan sila kongsi. Kita cuba boikot semua kalau boleh. Tak susah.

Berdasarkan kajian, syarikat-syarikat ini meluaskan empayar sehingga ke belah Asia atau Timur kerana pasaran di negara mereka Eropah atau Barat sudah tepu. Terlalu banyak saingan. Jika operasi boikot dilaksanakan seluruh Asia sekurang-kurangnya 20%-50% jualan mereka akan merosot dengan mendadak. Kerana 3/4 penduduk dunia adalah Asia.
Saya percaya beberapa strategi Psikologi akan dilakukan oleh empayar perniagaan ini. Antaranya dengan berdiam. Setakat ini tiada satu pun syarikat ini bersuara mempertahankan diri apabila diselar oleh rakyat dan penduduk dunia kerana menyalurkan dana ke Israel.

Beberapa otai blogger dan wartawan telah pun menyiarkan berita ini, mengajak rakyat memboikot produk Amerika-Isreal. Sila panjangkan kepada rakan-rakan.


http://noorhasilahismail.blogspot.com/

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/



Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga menyuarakan yang mereka akan turut sama-sama menyertai apa jua usaha UMNO dalam mengutuk tindakan Israel. Syukurlah ada kesepakatan walaupun berlainan ideologi. Tapi agensi berita RTM atau TV3 tidak pula menghebahkan secara terang tentang hasrat murni PKR dan PAS ini. Jangan politikkan isu ini!



Link menarik
http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php



Berita kekejaman Israel:
http://buyehantizionis.blogspot.com/

No comments: