Tuesday, January 20, 2009

Kerajaan Positif: Reaktor Nuklear Untuk Penjanaan Elektrik


Nuklear di Malaysia

Nampaknya kerajaan sedang memulakan beberapa langkah positif untuk memulakan projek pembinaan reaktor nuklear di Malaysia. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus di PICC Putrajaya selepas majlis penjenamaan semula MOSTI. Peringkat awal kerajaan sedang melakukan beberapa kajian lebih terperinci dan menghimpunkan beberapa tenaga pakar dari dalam dan luar negara bagi melihat dari segala aspek pembinaan Reaktor Nuklear ini. Dari segi lokasi, keselamatan, kesan jangka panjang dan bajet.



Datuk Dr Maximus

Datuk Dr Maximus turut menyatakan tarif elektrik akan menjadi lebih murah jika penjanaan melalui Reaktor nuklear dilaksanakan. Ini bermakna selain rakyat dapat menikmati tarif elektrik yang lebih murah, ia juga dapat menarik pelabur asing untuk datang melabur ke negara kita. Kerana kebanyakan pelabur yang datang, akan meneliti beberapa aspek, salah satunya ialah aspek tenaga. Adakah Malaysia mempunyai bekalan tenaga mencukupi.

Kerana mereka tidak mahu operasi syarikat mereka terganggu kerana masalah kekurangan tenaga elektrik. Seperti yang sering berlaku di New York yang sering mengalami beberapa gangguan elektrik setiap bulan.


Proses Penjanaan Elektrik Dalam Reaktor Nuklear


Negara Jiran Thailand telah pun mula membelanjakan USD6 billion bagi membina 4 reaktor nuklearnya yang dijangka siap pada 2012. Reaktor nuklear yang sedang dalam pembinaan itu dikatakan mampu menghasilkan 4000KW elektrik. Indonesia, Vietnam dan Filipina juga telah mula membina reaktor nuklear di negara masing-masing.

Empangan Bakun di Sarawak yang dijangka siap pada 2012 hanya mampu membekalkan 2400KW tenaga. Adakah Malaysia ketinggalan. Sebelum ini saya ada menulis tetang analisis Penjanaa Nuklear di Malaysia. Untuk lebih lanjut klik sini.

No comments: