Monday, January 12, 2009

Yahudi Kutuk Yahudi?


Antara demonstrasi yang dilakukan oleh Yahudi menyelar kewujudan Israel
Seluruh dunia telah/sedang melancarkan kempen mengutuk tindakan ganas Israel dan ada juga yang berang dengan sikap tutup mata PBB. Difahamkan Amerika merupakan peyumbang utama dana PBB ini, iaitu >22%. Negara seperti Jepun 17%, Jerman 7% dan United Kingdom 6%. Lain-lain negara diantara 1%-5%.

Adakah ini menjadi salah satu sebab mengapa PBB terikat dengan kuasa Amerika? Ada rakan mengatakan inilah akhir zaman, kerana manusia sudah tunduk kepada Kuasa Wang. Ada juga rakan mengatakan yang PBB adalah Amerika dan Amerika adalah PBB. Buang masa jer desak PBB.



Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad bersalam dengan Rabbi Weiss



Saya dapati ada juga golongan Yahudi yang tidak menyokong kewujudan Isreal. Di beberapa negara terutamanya di Amerika sendiri, golongan Yahudi ini turut serta dalam perhimpunan, bagi menentang dan mengutuk keras dasar Isreal di Gaza serta mengutuk kewujudan Israel. Mungkin ada yang tak percaya? Antara individu yahudi yang lantang mengutuk keras kewujudan Isreal adalah Rabbi Weiss.

Menurut golongan Yahudi ini Isreal hanyalah satu konspirasi jahat dan jijik yang memutar belitkan fakta di dalam kitab mereka (Taurat). Mereka juga mengatakan Zionisme merupakan satu ideologi yang telah meracun pemikiran penganut Yahudi seluruh dunia.
Golongan Yahudi yang menyelar Israel ini juga sering menerima beberapa serangan oleh penyokong Isreal. Kediaman dibakar, diugut bunuh dan pelbagai cara bagi mendiamkan golongan yahudi yang menentang Israel.

Hmmm...Adakah kita patut mengutuk Yahudi secara keseluruhan atau
mengutuk Yahudi yang menyokong Israel sahaja? Saya serahkan kepada anda untuk memberi pendapat dan pandangan .

Beberapa pertemuan telah diatur antara Presiden Mahmoud Ahmadinejad dengan Rabbi Weiss bagi menyuarakan kesepakatan yang Isreal tidak harus wujud di dunia ini. Presiden Iran juga telah mengeluarkan kenyataan yang Israel akan dihapuskan terus dari muka bumi ini. Ekoran dari kenyataan ini, jika anda perasan dengan tiba-tiba Amerika menuduh Iran menghasilkan senjata Nuklear. Kebetulan pula! Nampaknya Amerika dan Israel tidak senang duduk dengan kenyataan Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Video di bawah adalah kenyataan Presiden tersebut.






Terdapat beberapa video yang menunjukkan tentangan Yahudi terhadap pembentukan Israel. Ada banyak sebenarnya, cubalah guna kretiviti untuk mencari maklumat anda.


Pertemuan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dengan golongan Yahudi anti-Zionis.
http://www.youtube.com/watch?v=R-r04SQ97_Q
http://www.youtube.com/watch?v=3xA1DbBAcOQ&feature=related

Golongan Yahudi yang menetang:
http://www.youtube.com/watch?v=3dSHl3C9kgYhttp://www.youtube.com/watch?v=ffUTRjQSihk&feature=relatedhttp://www.youtube.com/watch?v=ffUTRjQSihk&feature=related


Rabbi Weiss yang mengutuk kewujudan Isreal
http://www.youtube.com/watch?v=1y6rh79OKVQ&feature=related
http://www.tellingfilms.co.uk/netureikarta-attacks.htm

2 comments:

Tamindhari said...

Tuan bertanya;
"Hmmm...Adakah kita patut mengutuk Yahudi secara keseluruhan atau
mengutuk Yahudi yang menyokong Israel sahaja? "

Jawab saya,
Kita tak perlu mengutuk Yahudi atau Israel, kita hanya perlu usaha betulkan semula amalan agama orang-orang Islam.
Disebalik amalan agama ini, adanya nusrah/bantuan Allah swt.

Kebatilan ini bagaikan satu kegelapan. Apabila gelap, usaha kita hanya perlu bawakan cahaya. Cahaya bersinar, maka gelap pun hilanglah.

Amalan nabi adalah cahaya dan amalan Yahudi adalah kegelapan...

Allah Maha Mengetahui..

admin said...

Saya rasa itu yang patut kita lakukan dari awal. Ikut yang termampu untuk memperbetulkan mana yang kurang amalannya.

Kalau tidak mampu merubah ramai orang. Kita boleh bermula dengan diri kita sendiri.