Wednesday, January 28, 2009

Betul Ke Tak Halal?

Ini adalah kesinambungan dari artikel nan-naga bertajuk "Tak Halal" (klik sini). Topik ini mendapat reaksi pelbagai pihak dari forum-forum dan blog-blog yang tertanya-tanya betul ke tak halal? Sini nan-naga jumpa sijil halal lama dari salah sebuah kedai "Kopi Putih Pekan Lama" tarikh Luput 2008. Dapat dari seorang blogger lain yang berkongsi pengalamannya melawat "Pekan Lama". Di galakkan membaca (KLIK SINI)

Tapi yang hairan Sijil Halal ini bukan untuk keseluruhan premis atau menu makanan Old Town. Ia hanyalah Sijil Halal untuk beberapa jenis minuman sahaja! Makanan Tak Ada!

Macam ini punya sijil pun adakah? Ni Sijil Halal ke Sijil Separuh Halal. Err..boleh ker macam tu. Bukan nak jatuhkan sesiapa. Sedikit Terkeliru.


Sijil Halal Jabatan Agama Islam Negeri Perak


Memang Sijil tu dah luput pada Jan 2008. Soalnya kenapa pulak sijil Halalnya bentuk begini? Sebelum 2008? Pasti ramai yang sudah melantak kat kedai "Pekan Lama" ni. Ramai ke tahu pasal senarai minuman ni jer yang halal? Rasanya tidak. Kalau anda perhatikan minuman yang tersenarai adalah minuman segera 3 in 1 atau 2 in 1. Cuba anda klik pada gambar dan nilai sendiri.


Hari ni Surat Khabar Utusan, ada artikel-artikel tentang kopitiam-kopitiam di Malaysia, termasuklah "Kedai Kopi Putih Pekan Lama". Tapi tidak dinyatakan pula status halalnya dengan jelas. Ramai pula wartawan utusan yang membuat liputan tentang kopitiam-kopitiam ni. Kalau boleh letak kan sekali gambar sijil Halal tu yerr.

Bagi nan-naga "Pekan Lama" tak Halal! Kalau ada sesiapa yang boleh nafikan yang Pekan Lama ni adalah Halal sepenuhnya. Sila ajukan! Ramai nak tahu. Kalau betul! nan-naga akan perbetulkan segala artikel dengan segera. Tak ada hal.



Kelemahan yang dapat dilihat dengan ketara ialah tiada keseragaman dalam mengeluarkan Sijil Halal ni di Jabatan Agama Islam. Setiap satu Jabatan Agama Islam Negeri dengan negeri lain mempunyai pengiktirafan dan senarai premis halal yang berbeza.



Bila kita rujuk satu Jabatan negeri, dia cakap "Tak ada, tapi mungkin ada pengesahan di Jabatan Agama Islam Negeri Lain". Kenapa perlu macam ni??? Menjadi tanggungjawab Jabatan atau JPM untuk mengelakkan kekeliruan dan memperbaiki kelemahan ni. Kalau diseragamkan, lebih mudah untuk pengguna Islam merujuk yang mana satu premis Halal dan Tidak.




Link-link lain :

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7433&a=U
http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=84268
http://www.ehoza.com/v4/forum/isu-semasa/33620-status-halal-old-town-white-coffee-benarkah.html

Monday, January 26, 2009

Mat Rempit Otak Sempit?

"Adik dah besar nak jadi macam abang tu lah mak"


Analisis yang dilakukan oleh UKM menunjukkan Mat Rempit ini adalah antara penyumbang kepada meningkatnya indeks jenayah negara. Indeks kemalangan jalan raya pun tinggi jugak ni. Dalam kajian tersebut menyatakan bahawa 97% daripada Mat Rempit ini adalah "kepala angin" yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat keseronokan.

Keseronokan yang dilakukan tanpa batasan membawa kepada pelbagai gejala yang tidak bermoral seperti seks bebas, meragut, pecah rumah, curi motosikal, vandalisme dan menyertai kumpulan kongsi gelap/samseng. Majoriti daripada mereka dalam lingkungan usia 14 hingga 25 tahun! Tapi dari pengalaman saya sendiri, ada juga diantara mereka berumur 12 tahun! Dalam usia begitu muda sudah melakukan jenayah.

Selain jenayah yang dinyatakan dalam kajian UKM. Ada juga segelintir dari mereka semakin ekstrem yang kononnya ingin dihormati dan ditakuti di pandangan rakan sebaya serta masyarakat. Mereka yang ekstrem ini terlibat dalam jenayah berat seperti rompakan bersenjata, membunuh dan tokan dadah. Mengharapkan penghormatan yang berakhir di bilik akhir. Jenayah yang penamatnya di tali gantung.

Dari sini kita dapat lihat bertapa mudahnya pengaruh Mat Rempit ini meracun fikiran budak-budak sekolah dan remaja yang masih belajar di IPTS serta IPTA. Golongan-golongan macam ni, otai-otai dan sifu-sifu cakap:
Budak Mentah! Hingus meleleh! Kencing bercabang! Spender pun mak belikan! Jangan buang masa!
Pergi Mengaji dalam-dalam dulu! Penuhkan ilmu di dada! Jangan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal!

Aduh! adalah yang berdarah telinga ni.
Diharap yang masih sekolah dan muda lagi tu jangan lah terlalu ikutkan perasaan. Kesian lah kat kedua orang tua kita, yang punya happy nak sambut kita bila lahir. Tapi dah besar kita pijak-pijak pula muka mereka. Tu dah kira menderhaka! Jangan jadi macam budak menderhaka dalam video ni. Kena sumpah jadi menatang apa ntah! Kalau nak kena sumpah cuba lah buat.


"Oh mommy! Ampunkan Ali mommy! Ali janji tak rempit lagi"
Tu lah degil! Kan dah kena sumpah!


Penganalisis UKM mencadangkan beberapa langkah bagi membendung gejala mat rempit ini antaranya menyediakan tempat aktiviti yang sesuai seperti litar lumba percuma? Ni nak bendung ke nak galakkan lagi ni?. Mungkin penganalisis ada sebab-sebab kukuh mencadangkan perkara tersebut.

Aktiviti di Litar Lumba Percuma
Low maintainance!
No monthly Installment!
No Insurance!
No Road Tax!
Tak perlu Minyak!
10 Kuasa Batin !
8 Kuasa Ghaib!

Tak payah risau pasal Road Block lagi!

INFO: Mat Rempit
  • 76 peratus pernah ditahan polis sekurang-kurangnya sekali atau kesalahan sama atau jenayah.
  • 24 peratus daripada mereka akan mat rempit baru (ikutan).
  • 11 peratus daripada mereka adalah pelajar termasuk Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Kajian:
  • pembabitan Mat Rempit dalam Jenayah (560 responden)
  • Faktor Pembabitan Mat Rempit (100 responden)
  • Mat Rempit dan Hubungan dengan Masalah Sosial (108 responden)
Kawasan kajian:
  • Zon Utara (Kedah dan Pulau Pinang)
  • Zon Tengah (Kuala Lumpur dan Perak)
  • Zon Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan)
  • Zon Selatan (Johor).
Atara geng mat rempit:
  • Apache (Kuala Lumpur)
  • Budak Shell (Kuala Lumpur)
  • Man Botak (Pantai Timur)
  • Man Kerinting (Pantai Timur)
  • Skuter Boys (Sungai Besi, Kuala Lumpur)


Ahli Geng Skuter

Jenis motosikal paling popular digunakan mat rempit:

  • Yamaha RXZ
  • Honda EX5
  • Yamaha Nuovo
  • Suzuki 100
  • Modenas Kriss
Cadangan:
1) Mewujudkan tempat aktiviti sesuai untuk mereka seperti litar lumba secara percuma.
2) Menghantar mat rempit menyertai aktiviti atau program yang mampu mengubah tingkah laku mereka dan wujudkan sikap saling menghargai.


Link lain :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090125084713/Article/

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada rakyat Malaysia yang beragama Buddha.
Terutama sekali kepada kawan-kawan cina dari masa tadika, SRK, SMK, Kolej, Uni, sampailah Geng kat Ofis ni. Disebabkan tahun 2009 ni tahun gawat. Gua terpaksalah pau Ang Pow setiap seorang. Hahaha!
p/s: aku serius ni!

Wednesday, January 21, 2009

Tak Halal!

Tak Halal Town

Tidak lama sebelum ini pun, seorang rakan dah beritahu yang kedai kopi tu tak halal! Jangan makan dan minum kat situ! Pada mulanya, saya menganggap ia hanyalah satu lagi sms berantai. Ye lah kedai kopi yang semakin banyak muncul di bandar-bandar utama dan pusat membeli belah serta mempunyai cawangan di 15 buah negara. Pasti ada yang cemburu, sebab tu buat sms berantai untuk menjatuhkan reputasi macam ni.

Untuk puaskan hati, saya dan seorang rakan pergi sendiri ke kedai tersebut, kami perhatikan para pekerjanya adalah warga asing Myanmar dan Nepal. Apabila seorang pekerja menghampiri ,kami terus bertanya "Sini Halal Ke?". Pekerja tersebut dengan lidah Nepalnya menjawab "Tak Halal!" dan kami pun bangun dengan selamba berjalan di dalam kedai tersebut (Di kaunter bayaran dan di kaunter dapur/buat minuman) memang tidak terdapat logo halal.

Tolong panjangkan kepada rakan-rakan anda yang tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Nyatakan kepada rakan anda yang OldTown White Coffee tidak halal. Selepas ini sila pastikan kedai yang anda kunjungi mempunyai logo halal yang sah dari Jabatan Agama Islam. Saya dapati ada juga peniaga bukan Islam kurang memahami konsep halal disini. Bagi mereka tak de sapi buntut pendek je, sudah dikira halal.

Ada juga kedai mereka meletakkan "sijil Halal menyembelih" oleh pembekal ayam?? Apa ke hal nya. Pembekal ayam punya sijil halal terus perniagaan mereka dikira halal. Sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam melingkupi bahan-bahan yang digunakan (ramuan yang digunakan) dan cara penyediaan makanan (tempat memasak). Untuk lebih lanjut mengenai garis panduan sila klik sini.

Di Parlimen, Menteri di JPM Dr Mashitah pernah didesak bagi mendedahkan nama-nama hotel tidak mempunyai status halal. Dari laman web (klik sini), menunjukkan hanya 21 hotel yang mempunyai status halal? Beratus hotel di Malaysia hanya 21 jer ker yang halal. Rupanya senarai tersebut tidak termasuk sijil halal yang tidak dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Di harap senarai lengkap dapat dikeluarkan oleh Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri.

Tuesday, January 20, 2009

Kerajaan Positif: Reaktor Nuklear Untuk Penjanaan Elektrik


Nuklear di Malaysia

Nampaknya kerajaan sedang memulakan beberapa langkah positif untuk memulakan projek pembinaan reaktor nuklear di Malaysia. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus di PICC Putrajaya selepas majlis penjenamaan semula MOSTI. Peringkat awal kerajaan sedang melakukan beberapa kajian lebih terperinci dan menghimpunkan beberapa tenaga pakar dari dalam dan luar negara bagi melihat dari segala aspek pembinaan Reaktor Nuklear ini. Dari segi lokasi, keselamatan, kesan jangka panjang dan bajet.



Datuk Dr Maximus

Datuk Dr Maximus turut menyatakan tarif elektrik akan menjadi lebih murah jika penjanaan melalui Reaktor nuklear dilaksanakan. Ini bermakna selain rakyat dapat menikmati tarif elektrik yang lebih murah, ia juga dapat menarik pelabur asing untuk datang melabur ke negara kita. Kerana kebanyakan pelabur yang datang, akan meneliti beberapa aspek, salah satunya ialah aspek tenaga. Adakah Malaysia mempunyai bekalan tenaga mencukupi.

Kerana mereka tidak mahu operasi syarikat mereka terganggu kerana masalah kekurangan tenaga elektrik. Seperti yang sering berlaku di New York yang sering mengalami beberapa gangguan elektrik setiap bulan.


Proses Penjanaan Elektrik Dalam Reaktor Nuklear


Negara Jiran Thailand telah pun mula membelanjakan USD6 billion bagi membina 4 reaktor nuklearnya yang dijangka siap pada 2012. Reaktor nuklear yang sedang dalam pembinaan itu dikatakan mampu menghasilkan 4000KW elektrik. Indonesia, Vietnam dan Filipina juga telah mula membina reaktor nuklear di negara masing-masing.

Empangan Bakun di Sarawak yang dijangka siap pada 2012 hanya mampu membekalkan 2400KW tenaga. Adakah Malaysia ketinggalan. Sebelum ini saya ada menulis tetang analisis Penjanaa Nuklear di Malaysia. Untuk lebih lanjut klik sini.

Saturday, January 17, 2009

Wahid Endut : "Dia Punya Muka Ada Senyuuum"


Muka Ada Senyuum

Akhirnya terjawab sudah apabila secara rasminya PAS diumumkan menang kerusi P36. Dengan perbezaan 2631 membuktikan PAS semakin mendapat kepercayaan di hati rakyat. Semua ini seolah telah dijangka, perbualan dan temubual sesama rakan rata-ratanya telah memberikan jawapan yang serupa. Iaitu BN akan kalah di Kuala Terengganu. Ada juga mengatakan BN harus kalah? Marah sungguh nampaknya?

Pada awalnya kami semua hanya berseloroh sahaja dengan isi perbualan tersebut. Mana tidaknya media cetak dan elektronik yang PRO-BN dengan rancak memaparkan kemurahan hati jentera BN memberi pelbagai dana, insentif dan bantuan ekonomi yang nilainya jutaan ringgit. Besar umpan yang digunakan.

Tapi apabila meneliti pada media PRO-PR tidak pulak membuat perkara yang sama. Seolah tiada sebarang suntikan dana atau modal yang diberikan oleh PR kepada Kuala Terengganu (KT). Cukup dengan sekadar berceramah sahaja. Nampaknya umpan BN tak menjadi. Dengan kemenangan PAS, ini menunjukkan yang rakyat KT sudah jelak dengan strategi lapuk BN.

Ada yang menyuarakan yang bantuan BN adalah berupa strategi dan bantuan bermusim? Iaitu "musim pilihanraya" sahaja! Bagi mereka segala dana dan insentif yang diberikan sepatutnya telah diterima lebih awal lagi, iaitu sebelum PRU 2008. Tapi bila tiba PRK-KT, mulalah terhegeh-hegeh!. Itu kata-kata yang biasa kita dengar.

Ada juga yang berkata "Kan bagus kalau setiap hari adalah musim pilihanraya". Sebab bila tiba musim pilihanraya, melimpah ruah segala bentuk bantuan dan insentif. Selain itu, ketika musim piliharaya ini jugalah masa yang paling mudah untuk melihat wakil rakyat membuat pelbagai amal. Masa inilah ada yang sanggup nak melawat dari rumah ke rumah berjumpa dengan rakyat! Selepas pilihanraya? Haramm. Nak buat appointment pun payah.


huhuhu..dah kalah

Sekarang keputusan tidak memihak kepada BN. Apa akan terjadi dengan segala insentif, dana dan bantuan yang disalurkan kepada rakyat KT masa kempen pilihanraya? Jangan dihentikan, sudah lah. Dah bagi, lepas tu tak jadi pulak. Tu bukan buruk siku. Tu namanya hati busuk.

Takkan rakyat KT dapat cek replika jer?



Friday, January 16, 2009

Perstiwa-Peristiwa Mengenai Masjid al-Aqsa


Kedudukan Masjid al-Aqsa yang sebenar (dalam bulatan)


Sebelum ini saya ada membuat sebuah artikel mengenai kekeliruan umat Islam terhadap Masjid al-Aqsa. Pada yang tak pernah baca, rajin-rajinkanlah diri dengan klik sini. Berikutnya adalah sisipan peristiwa yang telah terjadi selepas PBB melaksanakan pelan pembahagian negara 1947.

07 Jun 1967 : Jeneral Isreal Mordechai Gur didalam kenderaan bersenjata lengkap menduduki Masjid Al Aqsa hingga tiga hari berturut-turut dari awal perang 1967.


07 Jun 1967 : Pihak Israel setelah menjajah bahagian timur kota Al Quds ( Jerusalem) serta mengambil kunci-kunci pintu bahagian barat Masjid Al Aqsa dan hingga kini belum dikembalikan lagi.

09 Jun 1967 : Pelaksanaan solat Jumaat di Masjid Al Aqsa dihalang oleh tentera penjajah Israel. Ini adalah kali pertama solat Jumaat tidak dilakukan sejak pembebasan Jurusalem oleh Shalahuddin Al Ayyubi (Saladin) tahun 1187M.

Salahuddin Al Ayyubi


15 Jun 1967 : Pendeta Yahudi, Shalomo Gorn, pendeta besar tentera pendera Israel bersama 50 pengikutnya melaksanakan ibadah keagamaan di halaman Masjid Al Aqsa.

15 Julai 1967 : Pusat Perundangan Tinggi Syariat Islam menolak pemintaan organisasi Fremansory Amerika untuk membangun Haikal Sulaiman di halaman Masjid Al Aqsa.



24 Jun 1969 : Pemerintah kolonial Israel menguasai sekolah " Tankuziah" yang dikenal dengan nama Mahkamah terletak di pintu tangga dan digunakan pihak Israel sebagai markas tentera.

21 Ogos 1969 : Seorang pengganas, Danis Dohan, menyerbu halaman masjid dan mendekati mihrab serta sempat membakarnya.



Kebakaran Masjid al-Aqsa

28 Januari 1976 : Pusat Perundangan Israel memutuskan bahawa orang Yahudi mempunyai hak menunaikan upacara keagamaan didalam Masjid Al Aqsa.

14 Ogos 1979 : Sekumpulan radikal Yahudi Gourson Salmon menyerbu masjid. Namun penduduk Palestin berjaya menghalang dan menggagalkan cubaan jahat yahudi tersebut.

13 Januari 1981 : Para anggota gerakan penjaga gunung Haikal menyerbu Masjid Al Aqsa bersama pendeta Moshe Shegel dan sejumlah tokoh gerakan Hatheya.

07 Mei 1981 : 25 orang dari kumpulan radikal Yahudi berusaha memasuki ke halaman Masjid Al Aqsa, namun sempat dihalang para penjaga dan pengawal Masjid Al Aqsa.

28 Ogos 1981 : Penemuan terowong di bawah Masjid Al Aqsa yang gerbangnya berada di Tembok Ratapan. Pondasi terowong dibina oleh pendeta tembok ratapan dan para pekerja dari Bahagian Agama Israel.

31 Ogos 1981 : Aktiviti penggalian terowong di bawah Masjid Al Aqsa masih tetap berlangsung yang menyebabkan keretakan serius di sejumlah bangunan Warisan Islam yang bersebelahan dengan Masjid Al Aqsa.

08 April 1982 : Penemuan sebuah kotak berisi bom dan surat ancaman di pintu masuk Masjid Al Aqsa. Bersama bom itu ditemukan pula alat pengukur waktu dan radio transitor.

11 April 1982 : Penindasan ke atas Masjid Al Aqsa juga dilakukan seorang tentera Israel bernama Hary Goldman. Beliau menyerbunya sambil melepaskan tembakan rambang.

29 Mac 1984 : Tangga menuju gerbang Majlis Islam Tinggi runtuh. Sebuah lubang yang panjangnya 3 meter, lebarnya 2 meter dan kedalamannya mencapai lebih dari 10 meter terbentuk.

08 Oktober 1990 : Pasukan penjajah Israel melakukan serangan di dalam Masjid Al Aqsa. Seramai 22 Jemaah solat terbunuh dan lebih dari 200 cedera parah.


14 Julai 1996 : Golongan esktrimis Yahudi meminta Perdana Menteri Netanyahu membahagikan Masjid Al Aqsa.

24 September 1996 : Terowong di bawah pagar bahagian barat Masjid Al Aqsa terbuka lebar.


04 Oktober 1996 : Tentera Isreal diletakan sebagai pengawal pintu Masjid dan pemuda Islam yang usianya di bawah 35 tahun dilarang masuk menunaikan Solat di Masjid Al Aqsa.

28 Januari 1997 : Penggalian terowong Israel terus berlangsung di bahagian barat daya Masjid Al Aqsa dengan ketinggian 6 – 9 meter.

08 Jun 1999 : Seorang warga Yahudi masuk secara senyap ke halaman Masjid Al Aqsa dan melakukan tindakan bermoral dengan mengotori kesucian Masjid Al Aqsa. (tidak pasti apa yang dilakukan)

31 Ogos 1999 : Israel mengeluarkan kenyataan untuk menghancurkan Istana era Dinasti Umayyah yang bersebelahan dengan Masjid Al Aqsa dan meluaskan tembok ratapan untuk warga Yahudi serta meruntuhkan segala bentuk simbol Islam.

09 Mac 2000 : Kelompok Yahudi radikal yang bernama “ Ezrat Menahem “ berusaha melaksanakan pesta besar di halaman tembok ratapan yang kononnya diperuntukan bagi upacara – upacara Yahudi .



Selamatkan Palestine Selamatkan Masjid al-Aqsa

Thursday, January 15, 2009

Masjid al-Aqsa akan di Bom.

Masjid al-Aqsa

Maaf bukan sengaja nak timbulkan kontroversi cuma saya terima mesej dari rakan-rakan mengenai Masjid al-Aqsa. Berderau juga darah saya apabila membaca mesej tersebut. Tak dapat saya pastikan kesahihan mesej ini, sebab berkemungkinan niat jahat individu atau kumpulan untuk membuat propaganda tentang isu Palestine. Antara isi mesej yang saya terima:

"malam ini palestin akn di bom habis oleh yahudi termasuk masjid al-aqsa. ini benar ikhwam palestin yg menalipon ikhwan m'sia. kt diwajibkn membaca surah yunus 85-88 n al fath 26-27..tolong fowardkan.. ALLAHUAKBAR!!! dolphine cha's: Pimpinan Hizbullah, libanon sydHasanNasrallah meminta Seluruh msulim utk ELAFADZKAN QS. AL-FATH ayat 26-27. MALAM INI.. tolong disebarkan agar Israel hancur. skrg masjid Al Aqsa Sdg diserang oleh IsraelSkutu. Mhn disebarkan ke 10orang. jangan dihapus klo blom disebarkan."

Mungkin ada rakan-rakan bloggers ada maklumat tentang perkara ini. Saya harap ini hanyalah tipu muslihat atau niat jahat si polan yang mengambil kesempatan tentang isu ini.
Klik sini untuk mengetahui mengenai Masjid al-Aqsa.

Israel Si Pembelit & Tukang Karut


Amerika sekutu rapat Isreal - "Nak cium sikit boleh" Kata Bush


Terbukti yang Israel pembelit fakta, hari ni cakap lain, besok cerita lain. Ini berikutan Resolusi yang telah diluluskan oleh PBB yang dosokong oleh 14 negara dan Amerika bertindak berkecuali. Mengapa Amerika Berkecuali? Baca selanjutnya.


Dilaporkan didalam berita bahawa Resolusi ini telah diluluskan, tapi malangnya Israel dan Hamas masing-masing tidak mahu menghentikan serangan. Alasan Hamas adalah mereka tidak akan henti menyerang selagi Israel tidak berundur. Israel pula mengatakan yang mereka tidak terima usul Resolusi tersebut kerana tidak mengetahui mengenainya. Saya ulang sekali lagi kenyataan Israel, mereka mengatakan TIDAK MENGETAHUI mengenai resolusi yang diperbincangan. Sebab itu mereka masih meneruskan serangan.



Ehud bersama Penyembelih Palestine Ariel Sharon


Tapi beberapa hari kemudian berita Reuters Melaporkan sebaliknya.
Dapati bahawa 10 minit sebelum perbincangan untuk membahaskan Resolusi "mendesak gencatan senjata" tersebut bermula. Perdana Menteri Isreal Ehud Olmert telah secara peribadi menghubungi Bush untuk menyatakan hasrat mengenai Resolusi tersebut. Dijelaskan bahawa Bush 'sedang berucap' dan ketika itu di Philadelphia.

Ketika menghubungi Presiden Amerika, pegawai Bush mengatakan yang beliau sedang berucap dan tidak dapat menjawab panggilan Perdana Menteri Israel. Namun Ehud Olmert bertegas bahawa beliau perlu bercakap dengan Bush.

Para Pegawai menarik Bush turun dari pentas dan membawa beliau ke sebuah bilik lain untuk bercakap dengan Ehud Olmert!?? Biar betul! Sekarang anda tahu bagaimana kuasa Israel boleh mendesak Bush daripada berhenti berucap. Dalam perbualan tersebut Israel telah mendesak Amerika supaya tidak menyokong usul tersebut. Jadi sekarang kita tahu mengapa Amerika mengambil keputusan berkecuali dalam meluluskan Resolusi tempoh hari.

Disini juga dengan jelas menunjukkan bahawa Israel ini memutarbelit kenyataan, pada awalnya mengatakan yang mereka "tidak mengetahui" tentang Resolusi gencatan senjata. Tapi sebenarnya Isreal mempunyai agenda tersembunyi untuk terus meratah bumi Palestine.

Laporan Berita Reuters:
Pemimpin Zionis dedah perbualan telefon
BAITULMAQDIS: Tindakan Amerika Syarikat yang menyokong kezaliman Israel di Gaza semakin jelas apabila Perdana Menteri rejim Zionis itu, Ehud Olmert, mendedahkan panggilan telefon yang dibuat kepada Presiden George W Bush minggu lalu memaksa Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice, tidak menyokong usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perang di Gaza, yang membuatkan beliau 'malu.'


Dalam ucapannya lewat kelmarin, Olmert berkata, beliau mendesak untuk bercakap dengan Bush dengan cuma 10 minit masa yang masih ada sebelum Majlis Keselamatan PBB mengundi Khamis lalu mengenai resolusi mendesak diadakan gencatan senjata segera yang dibantah Israel.

"Apabila kami mendapati Setiausaha Negara Amerika, atas alasan yang kami tidak memahami, mahu mengundi menyokong resolusi PBB, saya segera menelefon Presiden Bush dan mereka memberitahu saya, beliau sedang berucap di Philadelphia.

"Saya berkata, 'Saya tidak peduli'. Saya mahu bercakap dengannya sekarang. "Mereka menarik beliau dari pentas, membawanya ke satu bilik lain dan saya bercakap dengannya. Saya memberitahu beliau tidak boleh mengundi menyokong resolusi itu.

"Beliau berkata, 'Dengar sini, saya tidak tahu mengenainya, saya tidak melihatnya dan saya tidak memahaminya," kata Olmert sambil menyifatkan Bush yang akan meninggalkan pejabat pada 20 Januari ini sebagai 'rakan yang tiada tandingnya' kepada Israel.

Olmert menambah, beliau kemudian memberitahu Bush: "Saya memahaminya. Anda tidak boleh menyokong. Bush memberikan arahan kepada Rice dan beliau tidak mengundi menyokong resolusi itu – resolusi yang ditimbulkan dan dianjurkan olehnya.
"Rice malu dan tidak menyokong resolusi yang diaturnya," katanya. – Reuters

Surat 'Panas' Anwar Ibrahim?

Betul ke ini suratnyer?


Terbaca dalam ruangan agendadaily tentang surat yang dikatakan 'panas' oleh Ezam, Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan. Surat yang ditulis tangan oleh Anwar Ibrahim kepada Dr Mahathir. Tapi apabila dibaca surat tersebut..hampeh!.. takda apa yang panas pun.? Cuba baca sendiri dan nilai.


Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.:

YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan. Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.

Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim. 8 September 1998


Apa benda ni? Dari pengamatan saya adakah UMNO sudah ketandusan idea untuk pilihanraya kecil ni. Sehingga terpaksa menggunakan Ezam yang juga digelar sebagai 'Raja Sesumpah' oleh penyokong PAS.

UMNO menunjukkan kurang keyakinan dengan pilihanraya kecil ini apabila sanggup menganggap calonnya sebagai 'underdog' (bukan pilihan)? Apa pilih calon main baling dadu ke? Bukankah kerusi Kuala Terengganu telah mereka menangi masa PRU March tahun lepas. Tapi masih tak yakin? Mungkin sebab PRU lepas mereka menang "tipis". Takut kali jadi kalah tipis pulak? Geli hati den.

Bagi saya kalah tipis kira ok lagi. Menunjukkan masih ada Rakyat KT menyokong BN. Tapi kalau kalah teruk. Faham-faham sahajalah.


Monday, January 12, 2009

Yahudi Kutuk Yahudi?


Antara demonstrasi yang dilakukan oleh Yahudi menyelar kewujudan Israel
Seluruh dunia telah/sedang melancarkan kempen mengutuk tindakan ganas Israel dan ada juga yang berang dengan sikap tutup mata PBB. Difahamkan Amerika merupakan peyumbang utama dana PBB ini, iaitu >22%. Negara seperti Jepun 17%, Jerman 7% dan United Kingdom 6%. Lain-lain negara diantara 1%-5%.

Adakah ini menjadi salah satu sebab mengapa PBB terikat dengan kuasa Amerika? Ada rakan mengatakan inilah akhir zaman, kerana manusia sudah tunduk kepada Kuasa Wang. Ada juga rakan mengatakan yang PBB adalah Amerika dan Amerika adalah PBB. Buang masa jer desak PBB.



Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad bersalam dengan Rabbi Weiss



Saya dapati ada juga golongan Yahudi yang tidak menyokong kewujudan Isreal. Di beberapa negara terutamanya di Amerika sendiri, golongan Yahudi ini turut serta dalam perhimpunan, bagi menentang dan mengutuk keras dasar Isreal di Gaza serta mengutuk kewujudan Israel. Mungkin ada yang tak percaya? Antara individu yahudi yang lantang mengutuk keras kewujudan Isreal adalah Rabbi Weiss.

Menurut golongan Yahudi ini Isreal hanyalah satu konspirasi jahat dan jijik yang memutar belitkan fakta di dalam kitab mereka (Taurat). Mereka juga mengatakan Zionisme merupakan satu ideologi yang telah meracun pemikiran penganut Yahudi seluruh dunia.
Golongan Yahudi yang menyelar Israel ini juga sering menerima beberapa serangan oleh penyokong Isreal. Kediaman dibakar, diugut bunuh dan pelbagai cara bagi mendiamkan golongan yahudi yang menentang Israel.

Hmmm...Adakah kita patut mengutuk Yahudi secara keseluruhan atau
mengutuk Yahudi yang menyokong Israel sahaja? Saya serahkan kepada anda untuk memberi pendapat dan pandangan .

Beberapa pertemuan telah diatur antara Presiden Mahmoud Ahmadinejad dengan Rabbi Weiss bagi menyuarakan kesepakatan yang Isreal tidak harus wujud di dunia ini. Presiden Iran juga telah mengeluarkan kenyataan yang Israel akan dihapuskan terus dari muka bumi ini. Ekoran dari kenyataan ini, jika anda perasan dengan tiba-tiba Amerika menuduh Iran menghasilkan senjata Nuklear. Kebetulan pula! Nampaknya Amerika dan Israel tidak senang duduk dengan kenyataan Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Video di bawah adalah kenyataan Presiden tersebut.






Terdapat beberapa video yang menunjukkan tentangan Yahudi terhadap pembentukan Israel. Ada banyak sebenarnya, cubalah guna kretiviti untuk mencari maklumat anda.


Pertemuan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dengan golongan Yahudi anti-Zionis.
http://www.youtube.com/watch?v=R-r04SQ97_Q
http://www.youtube.com/watch?v=3xA1DbBAcOQ&feature=related

Golongan Yahudi yang menetang:
http://www.youtube.com/watch?v=3dSHl3C9kgYhttp://www.youtube.com/watch?v=ffUTRjQSihk&feature=relatedhttp://www.youtube.com/watch?v=ffUTRjQSihk&feature=related


Rabbi Weiss yang mengutuk kewujudan Isreal
http://www.youtube.com/watch?v=1y6rh79OKVQ&feature=related
http://www.tellingfilms.co.uk/netureikarta-attacks.htm

Friday, January 9, 2009

Info: Demonstrasi Di Kedutaan Amerika!!

Selamatkan Palestine!

"Hancur,Hancur....Hancur Israel........Hidup,Hidup....Hidup Palestine" itulah antara laungan yang kedengaran ketika demonstrasi mengutuk tindakan Israel, yang berlangsung di kedutaan Amerika. Demonstrasi yang bermula selepas solat Jumaat terbahagi kepada beberapa kumpulan. Satu Kumpulan di Masjid As-Syakirin dan satu lagi kumpulan di Masjid Tabung Haji. Kedua-dua kumpulan tersebut berarak dan bertemu di hadapan kedutaan Amerika. Dijangkakan lebih 5,000 yang terdiri dari pada pelbagai kaum dan etnik hadir, memberi sokongan demonstrasi tadi. Demontrasi ini juga dibanjiri oleh para pemberita dan jurugambar dari dalam dan luar negara.



Antara pemimpin dan NGO yang hadir menyerahkan memorandum



Demonstrasi aman juga turut berlaku serentak hari ini dibeberapa kawasan, antaranya di Masjid Negara, Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir dan Mukhriz. Masjid Kampung Baru yang dianjurkan oleh UMNO Titiwangsa.

Sejumlah Demonstrasi yang terdiri daripada 127 badan bukan kerajaan, pelbagai kaum, dari dalam dan luar negara serta sorang perseorangan


Antara pemimpin yang hadir di kedutaan Amerika adalah Datuk Husam, Mat Sabu dari Pas dan Pengerusi COMPLETE Adnan Mohd Tahir. Mereka bersama-sama menyerahkan sendiri memorandum tersebut.




Sepanduk menyelar kekejaman Israel (kiri).
Replika Patung Bush yang bakal dibakar (kanan)


Sebelum itu, Masjid As-Syakirin,KLCC, saya sempat mencatitkan di dalam ingatan beberapa isi penting dari khutbah. Antaranya ialah:

1- Menurut sejarah, yahudi menduduki Palestine hanya selama 4 kurun (400 tahun) sahaja.

2- Selepas itu kemasukan Parsi menakluk Palestine dan kemudiannya kemasukan Pejuang Kristian dari Eropah. Tapi tidak dinyatakan berapa lama.

3- Kemudiannya, umat Islam menawan Palestine. Iaitu dari 636 Masihi sehinggalah pada tahun 1947 iaitu tahun PBB mengeluarkan pelan pembahagian negara. Ini bermakna lebih kurang 12 abad (1,200 tahun) umat Islam di Palestine.
4- Sejak pembahagian tersebut berlakulah beberapa siri peperangan di antara negara-negara arab dengan Isreal. Sehingga kini lebih kurang 282,000 rakyat Palestine terkorban yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua.
5- Kepercayaan Bangsa Yahudi ini mendakwa bahawa mereka adalah dipilih oleh tuhan dan mempunyai hak membunuh bukan yahudi. Tapi inilah ciri-ciri pemerintahan yang dipertahankan oleh Amerika.
6- Tapi Hamas yang dipilih secara demokrasi melalui pilihanraya digelar pula oleh Amerika sebagai pertubuhan haram. Walhal mereka dipilih oleh rakyat Palestine untuk membela nasib mereka.
7- Umat Islam serta pemimpinnya wajib menyokong perjuangan Hamas merampas kembali tanah air.
8-Nabi Daud a.s dan Nabi Isa telah melaknat kaum Yahudi. Ini telah dinyatakan dengan terang di dalam Zabur dan Injil.

Antara NGO yang hadir

Esok beberapa perhimpunan aman akan berlangsung di beberapa tempat iaitu di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur 10 dan 11 Januari 2009 dan di Stadium Melawati Shah Alam pada 10 Januari 2009. Semua dijemput hadir. Sila panjangkan kepada rakan-rakan. Saya tidak dapat pastikan masanya.

1 juta tandatangan sedang dikumpul

Minggu depan 16 Januari 2009, dijangka berlaku demonstrasi susulan di kedutaan Amerika bagi menyerahkan 1 juta tandantangan boikot mengutuk keganasan Isreal. Ketika demonstrasi tersebut sudah ramai yang beratur bagi menandatangani memorandum tersebut. Saya jangka lebih sejuta dapat dikumpul.




Thursday, January 8, 2009

PPIM : Lancar Boikot Produk Amerika-Israel!!!



Jangan Lupa Hari Ini! Jumaat 09 Januari 2009, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan melancarkan kempen memboikot besar-besaran produk "Amerika-Isreal" yang bertempat di Masjid Negara. Kempen tersebut juga akan disertai oleh seluruh umat Islam seluruh negara dan juga badan-badan NGO yang terdiri daripada Malaysian Chinese Muslim Associaton (MCMA), Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Interactive Muslimah Association (IMAN).

Selain daripada itu, Demonstrasi aman juga akan berlaku di hadapan kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak pada pukul 2 petang. Penyokong-penyokong digalakkan memakai warna hitam, putih dan merah atau sebarang lambang Palestine. Jika boleh bawa sama sepanduk dan kain rentang mengutuk kekejaman Isreal. Terdapat juga beberapa kawasan lain demonstrasi ini dijalankan pada bulan ini seperti di Bangsar Sports Complex, Jalan Terasek 3, Bangsar pada 18 Januari. Untuk lebih lanjut mengenai demonstrasi-demonstrasi tadi sila klik sini .


Setiausaha Agung PPIM Dr Ma'mor telah/akan menggesa Halal Industry Development Corporation (HDC) menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat-syarikat milik Yahudi.


"Ini kerana hasil keuntungan daripada produk-produk itu, digunakan untuk menzalimi rakyat negara Islam dengan mengeluarkan bom dan juga peluru" kata Dr Ma'amor.


Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) turut sama menyokong tindakan rakyat untuk memboikot produk Amerika-Israel ini. Presidennya Datuk Ibrahim Ali mengatakan bahawa inilah salah satu cara untuk rakyat mengajar dan menetang kebiadaban Isreal terhadap Palestine yang disokong kuat oleh Amerika.

Untuk maklumat pembaca, produk keluaran Isreal boleh dikenalpasti kerana tertulisnya kod 729 pada produk mereka. Ini salah satu caralah nak kesan. Kalau ada cara lain, sila kongsikan bersama.

Antara syarikat-syarikat dan jenama yang dipercayai menyalurkan dana ketenteraan Isreal:
Coca-cola, Huggies Rive Island, Mc Donalds, Clinique, Disney, Donna Karan, Star Bucks, GAP, Garnier, Parrier, Kotex, Sanex, Jo Malone, Lancome, Libbys, Tchibo, Loreal, Marks & Spencer, Kleenex, Maybelline, Nestle, Vittle, Revlon, Wonderbra.

Ada banyak lagi. Ini sahaja yang saya terima dari rakan-rakan. Kalau ada tambahan sila kongsi. Kita cuba boikot semua kalau boleh. Tak susah.

Berdasarkan kajian, syarikat-syarikat ini meluaskan empayar sehingga ke belah Asia atau Timur kerana pasaran di negara mereka Eropah atau Barat sudah tepu. Terlalu banyak saingan. Jika operasi boikot dilaksanakan seluruh Asia sekurang-kurangnya 20%-50% jualan mereka akan merosot dengan mendadak. Kerana 3/4 penduduk dunia adalah Asia.
Saya percaya beberapa strategi Psikologi akan dilakukan oleh empayar perniagaan ini. Antaranya dengan berdiam. Setakat ini tiada satu pun syarikat ini bersuara mempertahankan diri apabila diselar oleh rakyat dan penduduk dunia kerana menyalurkan dana ke Israel.

Beberapa otai blogger dan wartawan telah pun menyiarkan berita ini, mengajak rakyat memboikot produk Amerika-Isreal. Sila panjangkan kepada rakan-rakan.


http://noorhasilahismail.blogspot.com/

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/



Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga menyuarakan yang mereka akan turut sama-sama menyertai apa jua usaha UMNO dalam mengutuk tindakan Israel. Syukurlah ada kesepakatan walaupun berlainan ideologi. Tapi agensi berita RTM atau TV3 tidak pula menghebahkan secara terang tentang hasrat murni PKR dan PAS ini. Jangan politikkan isu ini!



Link menarik
http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php



Berita kekejaman Israel:
http://buyehantizionis.blogspot.com/

Wednesday, January 7, 2009

Israel Terdesak: Produk Tak Laku!

Untuk mengetahui produk-produk dari Israel saya cuba melayari beberapa laman web milik negara berkenaan. Didapati mereka sekarang sedang terdesak dan mengharapkan simpati dari penduduk dunia supaya membeli produk mereka. Mengapa saya berkata demikian, kerana setelah klik beberapa link dan tiba-tiba muncul satu pop-up seperti dibawah:


Pop-up dari laman tersebut sila klik pada gambar untuk lebih lanjut


Kesimpulan dari petikan mereka:

Memohon penduduk dunia supaya merestui gerakan ketenteraan mereka?
Dah bunuh ratusan kanak-kanak lagi mahu minta restu ker.

Menidakkan tanggapan dunia yang menuduh mereka pembunuh rakyat Palestine?
Ini bukan zaman dululah. Penduduk dunia dah masak dengan lakonan Amerika-Israel. Banyak sumber-sumber nyata menunjukkan kezaliman Israel.

Mengemukakan hujah-hujah lapok dan basi?
Apa cerita 9/11? Itu Umat Islam dunia pun menyelar insiden tu. Tapi lu orang tak nak fikir punca asalnya. Cerita basi lah.

Menuduh Hamas mempergunakan kanak-kanak kecil sebagai benteng pertahanan?
Menuduh Hamas mempergunakan Masjid, Hospital dan Sekolah sebagai tapak simpanan senjata?
Mana Buktinya. Setakat ini hanya cakap mulut. Liputan berita pun tak jelas. Auta sungguh

Dan akhir kata, mereka menyatakan Rakyat Israel hidup dalam ketakutan?
Aiseh.. nak tergelak pun ada. Israel dah bunuh kanak-kanak, perempuan dan orang tua Palestine. Tindak balas mesti ada punya. Itu namanya tindakbalas semulajadi. Bila ahli keluarga terancam, adakah anda akan berdiam?

Jelas palsu dan memesongkan, itulah cerita yang cuba disampaikan oleh mereka. Dah tersepit mulalah mencipta sajak-sajak mengemis simpati dunia. Boikot! Boikot! Boikot!


PBB Lembab: Penduduk Dunia Hilang Sabar?



Boikot Tarik diri dari PBB? Negara Mana akan buat dulu?

Ramai sudah bengang dan muak dengan sikap pilih kasih PBB! Berbuih-buih mulut pemimpin dan penduduk dunia menyelar tindakan Israel yang semakin rakus meragut nyawa orang awam Palestine. Tak kurang juga, ada yang mengutuk sikap tutup mata Amerika dan PBB. Sikap birokrasi PBB sudah jelas, kerana sehingga kini masih tiada suara kedengaran atau tindakan tegas yang dikeluarkan oleh badan dunia itu.

Tiada apa yang boleh dilakukan lagi oleh para pemimpin dunia sama ada dari Liga Arab, OIC, NAM, G7,G14 atau lain-lain pertubuhan untuk menghentikan pembunuhan di Palestine. Dah bersuara dan berhimpun ratusan ribu pun tak ada perubahan. Malah Amerika-Israel hanya tertawa sinis melihat kelibat negara-negara kerdil ini terkinja-kinja mempertahankan Palestine.

Negara-negara anggota PBB dari 1945

Jika PBB-Amerika-Isreal tetap terus pekakkan telinga untuk mendengar rintihan penduduk dunia. Membutakan mata tidak mahu melihat kehancuran dan kematian orang awam Palestine. Ini menunjukkan yang PBB tidak lagi relevan sebagai badan yang mampu memantau keamanan sejagat.

Negara-negara yang tidak bersetuju dengan tidak tanduk Amerika-Israel-PBB boleh bertindak memboikot dengan keluar dari menjadi anggota PBB. Negara-negara anggota OIC, Liga Arab, Asean dan lain-lain pertubuhan sepatutnya mendesak dengan memboikot atau menarik diri dari menjadi anggota pertubuhan dunia itu.

Keluar dari PBB dan bentukkan pertubuhan baru tanpa sikap birokrasi dan tanpa wujudnya kuasa VETO. Soalnya negara mana yang akan bertindak dahulu?

Boikot! Produk Amerika-Israel :Adakah Kita Benar-Benar Melakukannya?

"Rakyat Palestine menyerang askar Israel dengan ganas"??. Kata Amerika-Isreal.
"Israel kecut telor terpaksa menggunakan kereta kebal melawan seorang kanak-kanak ". kata saya..hahaha


Amerika Syarikat dengan bongkak menolak resolusi yang dikemukakan oleh Liga Arab bagi mendesak israel menghentikan serangan ke atas Gaza. Mereka mendakwa bahawa kandungan resolusi tersebut tidak menyatakan yang Hamas perlu menghentikan serangan mortar terhadap israel.


"Suka hati lah aku nak lulus ke tidak resolusi tu, Aku ada Veto". Amerika

Nampaknya Amerika memutarbelitkan fakta dengan mencanang kepada rakyat dan sekutunya bahawa Hamas yang memulakan serangan. Mencanangkan yang rakyat Palestine menyokong dan melindungi pengganas. Meracun pemikiran penduduk dunia, bagi merestui operasi ketenteraan Israel. Penduduk dunia dah lali dengan taktik basi ni. Lupakan lah usaha mu itu Amerika-Israel.

Liga Arab atau OIC sepatutnya sudah masak dengan layanan diskriminasi yang telah dan sedang dilakukan oleh Amerika dan PBB. Sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh PBB bagi mengekang serangan israel. Membiarkan sahaja israel dengan rakus meluaskan serangan. Mereka membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar.

Mengapa saya berkata begitu, kerana sudah jelas sejak dahulu lagi apabila segala yang dilakukan oleh israel dalam operasi ketenteraan ke atas Palestine semuanya dianggap benar belaka oleh Amerika. Bagi mereka, kematian rakyat Palestine adalah sebagai tindak balas kerana menyerang anggota tentera Israel.

Namun apabila Palestine menyerang, begitu pantas agensi berita mereka memaparkan dan memperbesarkan yang Israel telah ditindas dengan ganas. Rumah Putih juga dengan segera menyelar, seolah Palestine telah melakukan kekejaman terhadap tentera dan rakyat Israel.

Berita tentang kematian rakyat dan tenteranya disiar secara esklusif selama hampir seminggu! Saya perhatikan agensi berita CNN dan BBC ini hanya memaparkan visual yang berulang-ulang sepanjang minggu itu. Seolah-olah yang pejuang Hamas atau Hizbullah telah menyerang secara terus menerus selama tujuh hari. Taktik murahan untuk tagih simpati.



Agensi berita BBC dan CNN
Terbalikkan tanda protes


Bila tiba Israel melakukan serangan tidak pula disiarkan visual keganasan Israel. Jika anda perasan agensi tersebut hanya memaparkan sekejap sahaja berita mengenai Asia Barat dan kemudian dengan cepat mengubah topik kepada isu lain. Laju jer nak ubah topik, memang itu lah kepakaran mereka dalam menanamkan simpati terhadap Isreal dan benci terhadap negara-negara di sekelilingnya.


Sekat kemasukan dan tarik balik produk Amerika-Israel di pasaran

Yang lebih menghairankan apabila Amerika-Israel menuduh rakyat Palestine sebagai ganas? Setakat ini laporan berita hanya menunjukkan ramai rakyat Palestine hanya bersenjatakan batu dan kasut???? Baling batu dan kasut, sudah dikira ganas dan boleh mengancam nyawa? Bodoh betul Amerika dan Israel.

Nampaknya Amerika dan Israel hilang telor kerana takutkan senjata batu dan kasut Palestine. Jadi serangan balas menggunakan serangan udara Jet F22 dan kereta kebal 'Merkava' adalah perlu bagi menyekat kemarahan Rakyat Palestine.



Boikot! Boikot! Boikot.. Kita minum jus kurma dan chinese tea lagi bagus


Kebanjiran rancangan Amerika di Malaysia

Saya setuju dengan cadangan kebanyakan pemimpin dunia yang menyelar tindakan Amerika-Israel ini. Iaitu cadangan memboikot produk dan matawang USD. Kalau 192 negara anggota PBB dengan jayanya memboikot Iraq. Tidak mustahil kita mampu lakukan terhadap Amerika-Israel.



Tiga stesen tv utama di Malaysia.

Adakah Malaysia benar-benar boikot produk Amerika-Israel?


Jangan sekadar produk di pasaraya atau pusat membeli belah sahaja. Rancangan tv mereka juga haruslah di boikot. Cuma sekarang, sanggupkah stesen tv seperti RTM, Media Prima dan Astro menghentikan program-program dari Amerika serta merta? Sedangkan agensi berita di setiap stesen ini dengan rancak memaparkan dan menyelar tindakan Amerika-Israel. Tapi intisari rancangannya masih menyokong produk Amerika. Adakah kita meludah ke langit?

Friday, January 2, 2009

Palestine Hancur : Salah Kita Berdiam? atau Salah Israel Menyerang?


Serangan Israel

Sabtu 27 Dec 2008, bumi Palestine telah dihujani serangan bertubi-tubi oleh pihak Israel. Angka korban terkini mencecah lebih 670 orang awam yang tidak berdosa dan lebih 3500 yang lain cerera. Sedih membaca artikel-artikel tetang kemusnahan dan kematian yang tidak henti-henti di sana. Lebih-lebih lagi sedang umat Islam Palestine dan seluruh dunia membuat persediaan menyambut Maal Hijrah 1430 ketika itu.

Bagaimana kita tergamak membiarkan kesengsaraan bermaharajalela di sana? Bagaimana kita boleh terus menjadi tunggul menyaksikan si ibu bapa yang mengutip setiap cebis tubuh anak kecilnya yang hancur berkecai? Bagaimana kita hanya boleh melihat bayi kelaparan menangis merangkak ke tubuh kaku ibunya untuk menyusu? Bagaimana kalau kita dan ahli keluarga yang berada di tempat si ibu bapa dan si bayi itu tadi?


Bayi 4 bulan yang terkorban (kiri).
Si ibu ketakutan melindungi anaknya dari askar israel (Kanan)

Ya! memang kita tidak dapat rasakan semua ni. Sebab kita tidak berada di sana dan kita harus bersyukur kerana masih ada keamanan di negara kita. Jikalau perkara yang sama berlaku disini? Cuba anda tafsirkan sendiri.

Pihak Israel mendakwa serangan tersebut adalah untuk memusnahkan kubu Hamas yang bertapak di Gaza. Walau apa pun dakwaan si Israel jahanam, tidak bererti nyawa orang tua, perempuan dan kanak-kanak halal dikorbankan. Inilah strategi yahudi, melakukan operasi yang kononnya untuk membunuh perjuang Hamas. Mereka hanya mementingkan operasi terlaksana, walaupun nyawa orang awam Palestine menjadi korban.

Sudah berpuluh kali serangan berlaku di sana. Beribu-ribu kematian telah direkodkan. Macam biasa pemimpin dari seluruh dunia akan mengeluarkan kenyataan yang sama. "Kami menyelar tindakan serangan Israel"!! Cakap cakap cakap. Blah bla bla.. Takkan cakap jer! Macam anjing menyalak bukit. Siapa yang anjing.. siapa yang bukit? Maaf jika terkasar. Tiada guna lagi melakukan gencatan senjata! Sudah berpuluh gencatan senjata di antara Israel dengan musuhnya dimeterai. Apabila tamat sahaja tempoh, berlaku serangan, berlaku lagi kematian orang awam.

Israel apabila diselar, selamba menafikan dengan menyatakan bahawa serangan mereka tidak dituju kepada orang awam! Perkara ini dikukuhkan dengan liputan berita oleh CNN dan BBC. Dua agensi berita dari Amerika dan Britain, yang telah berjaya manipulasi pemikiran rakyat mereka. Saya dapati liputan agensi ini berat sebelah dan tidak memaparkan kesengsaraan rakyat Palestine dengan jelas.

Pernah sekali, dua agensi ini memaparkan kesengsaraan rakyat Israel ? Apa ke hal nya? Dalam liputan itu dikatakan rakyat Israel ditindas dan 50 orang terkorban setiap tahun. Bila saya melihatnya, saya faham mengapa rakyat Amerika dan Britain lebih simpati pada Israel dari Palestine. Persoalannya siapa yang ditindas? Lagi satu angka korban Palestin adalah 200 kali ganda lebih tinggi dari Israel sepanjang tahun. Di sini siapa yang lebih sengsara.

PBB jelas tidak komited untuk menyelesaikan isu ini. Jika tidak, takkan perkara ini berlanjutan sehingga lebih 60 tahun? PBB yang majoritinya terdiri daripada negara dunia ketiga hanya Kesatuan kerana kuantiti bukan kualiti. Kesatuan pilih bulu dan berat sebelah. Ini semua kerana adanya kuasa Veto. Apa itu Kuasa Veto? Ini lah satu bentuk kuasa kuku besi , satu bentuk kuasa diskriminasi yang hanya dimiliki oleh 5 buah negara iaitu US, Britain, Russia, Perancis dan China.


PBB yang terdiri dari 192 buah negara

Mengapa saya mengatakan kuku besi. Sebab kuasa ini juga dikenali sebagai kuasa Pembatal. Iaitu mempunyai hak membatalkan segala bentuk resolusi yang dianggap bercanggah pendapat dengan mana-mana negara kuasa Veto ini. Lebih menghairankan dengan hanya tentangan dari SATU kuasa veto sahaja! Ya satuu sahaja! Sudah cukup untuk membatalkan resolusi. Disebabkan Veto inilah tiada keseimbangan dalam pergerakan keamanan PBB.

Kerana PBB inilah negara Israel terwujud! Kerana pada 29 November 1947 PBB telah meluluskan Pelan pembahagian Negara. Di mana pembahagian kepada satu Negara Arab dan satu Negara Yahudi. Kononya pembahagian ini adalah bertujuan untuk mengelakkan konflik yang berpanjangan. Tapi sekarang dah lebih 60 tahun! Tak cukup panjang ke konflik ni.

Pelan ini tidak mendapat kelulusan dan persetujuan negara-negara Arab yang terlibat. Negara mana yang hendak bersetuju jika tanah, rumah dan harta benda di rampas dan kemudian dibentuk menjadi sebuah negara lain. Lebih pelik majoriti negara yang meluluskan pelan tersebut terdiri dari negara yang tidak terusik langsung kedaulatannya (US, Britain). Liga Arab yang terdiri dari pada Mesir, Iraq, Jordan, Lebanon, Arab Saudi dan Syria menentang sekeras-kerasnya pelan ini. Tapi apa boleh buat, tidak ada satu pun negara arab mahupun negara Islam mempunyai kuasa Veto. Jadi suara mereka di PBB hanya didengar tapi tidak dilaksana.

OIC pula telah melakukan banyak perbincangan mengenai isu di Asia Barat. Mencari jalan penyelesaian bagi menghentikan kepincangan di sana. Salah satu perbincangan pada 15 and 16 Feb 2007 yang berlansung di Kuala Lumpur adalah bagi membincang bagaimana menghentikan penaklukan Israel ke atas bumi Palestine. Namun tiada tanda-tanda sengketa akan reda disana. Tiada tanda yang Israel akan berhenti.


OIC yang terdiri dari 57 negara

Nasib Palestine ibarat telur dihujung tanduk, rakyatnya hanya memikirkan adakah 'aku' akan hidup keesokkan harinya. Adakah akan ada masa depan untuk anak-anak 'aku'? Keberanian OIC yang terdiri dari 57 buah negara pula dilihat ibarat telur dihujung tanduk juga, terlalu berhati-hati membuat keputusan dan seolah tunduk dengan dasar PBB.
Perkara ini berulang-ulang sebenarnya.
1- Israel menyerang, banyak negara menyelar.
2- Negara yang menyelar tu pulak akan bersidang.
3- Kata putus di persidangan adalah 'gencatan senjata'.
4- Selepas tamat gencatan senjata
5- Ulang langkah 1
Bla bla bla.. berterusan tanpa perubahan. Yang berubah adalah jumlah kematian orang awam, yang memang semakin bertambah di Palestine. Jika beginilah cara PBB dan OIC nak menyelesaikan masalah memang tidak akan ada kemanan di Palestine.

"Fuyoooh!! Nampak real lah"

Saya ucapkan 'terima kasih sahajalah' kalau mereka ingin terus melakukan langkah 1 hingga 5 tadi. Tahniah juga kerana berjaya mendapat tempat duduk esklusif menonton kematian rakyat Palestine.